Tuesday, July 20, 2010

SECRETS Dalam THE SORCERER APPRENTICE

Salam ceria semua...

Haaaaa... Tak sabar-sabar nak posting entri tentang movie yang baru je malam tadi Sarah tengok, selepas begitu penuh kesabaran 'men-donlod'nya. Movie apa? Siapa yang ada akaun mukabuku dan berada dalam kelompok kawan-kawan Sarah pasti tahu movie apakah itu sebab Sarah ada update status Sarah malam tadi. Ye... Sarah baru lepas menonton THE SORCERER APPRENTICE.

Bila tengok je file extract kat lappy Sarah dah complete, apa lagi... Sarah siap-siapkan nasi goreng (credits to Parkcheek sebab buat Sarah terliur tengok nasi goreng beliau di blog beliau, *wink*), bancuh air nescafe, kacau adik Sarah yang nak tidur ajak dia tengok movie ni sekali sebab nanti dia bising kenapa tak ajak dia tengok sekali... <= DAN HASILNYA PAGI INI, ADIK SARAH YG MASIH KENA PERGI BUAT PRACTICAL 'KESIANGAN' HARI NI, THANKS TO HER ELDEST SIS YANG SENGET NI KAN...HAHAHAH





 Pic ni semua Sarah amik dari google search, tak banyak pilihan yang dapat Sarah gunakan bagaimana nak menggambarkan perasaan Sarah setelah mononton movie ini. Bahagian yang paling Sarah suka adalah di penghujung movie apabila Dave the Prime Merlinian (fuhhh...title dia memang best lah) mampu bertarung dengan Morgana (the evil lady sorcerer yang mahu menguasai dunia dengan kuasanya dengan menjadikan setiap manusia di dunia ni zombie dia semata-mata) menggunakan kuasanya tanpa bantuan cincin Merlin (cincin berbentuk dragon tu). Tengok effect masa pertarungan tu, whoaaaa... rasa teruja sekejap. Tak terungkap dengan kata-kata, cewahhh.

Dan sesiapa mahu menontonnya di pawagam Khamis ni (kalau tak silap Sarahlah), memang best sebab movie ni tak serius pun. Drama + komedi. 
 

Oh ya, setiap movie mesti ada lagu tema atau theme song atau lebih tepat soundtracknya lah. Haaa... kat bawah ni pulak lagu yang ada dimainkan dalam movie ni, SECRETS oleh ONEREPUBLIC.



P/S: Bestnya kalau ada kuasa 'magic' macam filem-filem barat ni. Rasa tak puas hati kat orang je, just cast a spell kat orang tu. Hahahahah... Amboihhh, evilnya cik Sarah nieh.




2 comments:

  1. ngeeehehe... dni nak ada kuasa magic gak. zaman dulu kala suka berangan jadi sailormoon. ;p

    ReplyDelete
  2. dni: haaa...jom kita jdi magical girl dlm sailormoon tu, ahahahah

    ReplyDelete