Monday, August 23, 2010

CINA BUTA



Salam sayang semua...

Hurmm... Prestasi blogging merundum sedikit di bulan Ramadan ni. Almaklumlah, sibuk sikit. Ahaaa... Dah baca topik kan? Ini bukan kisah tentang seorang cina yang buta ye. Mesti tertanya-tanya kenapa boleh terfikirkan isu ni, kan? Seperti biasa jika bukan perkara ni yang berlaku di keliling Sarah la... Mana lagi Sarah nak ceduk idea nak buat entri dalam blog Sarah ni, huhuhu

Kak Shida: Sarah, husband akak nak jadi CINA BUTA lah Sarah...hishhh...sakit hati betullah.

Sarah: Errmmm... CINA BUTA (muka tengah nak ingatkan meaning CINA BUTA...owhhh...seorang lelaki perlu berkahwin dengan seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dengan talak 3 bagi membolehkannya berkahwin kembali dengan suami asalnya tadi...<= correct me if i'm wrong ye... ;P) Kenapa pulak kak?

Kak Shida: Husband akak kata seorang kawan dia nak balik semula dengan bini dia. Dia nak bagi upah RM10k. (wah wah wah... banyak betul duit yee... Dah banyak macam tu kenapa tak cari perempuan lain je buat isteri?)

Ok, mati di situ perbualan kami, sebab bos dah panggil Sarah masa tu. Jadi tak dapat nak buat sesi soaljawab yang lebih intensif lagi dengan Kak Shida, orang HR kat pejabat Sarah tu. Malam tadi Sarah terfikirkan tentang kisah ni. Kisah dimana seorang lelaki yang pernah menceraikan isterinya, dengan talak yang maksimum kini ingin kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Mengapa boleh jadi begitu ye?

Mungkin dia merasakan dia tak dapat mencari wanita lain setanding kesabaran bekas isterinya itu. Mungkin juga dia telah cuba mencari tetapi tiada yang serupa. Mungkin kerana anak-anak juga... Ermmm, mungkin juga. (Berapa banyak mungkin daa... heheheh). Ok, the point is yang Sarah ingin tekankan di sini, lelaki ini telah diberi peluang 3 kali sepanjang perkahwinannya. Itupun jika talak yang dijatuhkan ke atas isterinya itu 1 talak bagi setiap lafaz laa. Walau apapun sebab utama yang menyebabkan dia menjatuhkan talak itu, sepatutnya kewarasan dirinya sebagai seorang lelaki untuk menimbangkan segala aspek kehidupannya jika jatuh talak tersebut, perlu dikaji pro dan kontranya. Kerana sememangnya kuasa talak itu berada ditangan lelaki. Jika suka membuat keputusan tanpa menimbang baik buruknya, beginilah jadinya. Pendek kata, SESAL DAHULU PENDAPATAN, faham? Jadi, bila dah 'terhalang' terus antara dirinya dan bekas isterinya untuk rujuk semula, barulah terhegeh-hegeh mencari jalan agar bekas isterinya itu dapat dilepaskan dari boundaries itu. Sejujurnya, Sarah tidak setuju dengan kaedah CINA BUTA ini. Sebab, berkahwin semata-mata untuk menjadikan wanita yang mempunyai talak 3 itu supaya bebas semula.

Frankly speaking, Sarah pelik bagi mereka yang 'menyanggupkan diri' untuk menjadi CINA BUTA ini. Kerana duit...? Hurmm... in one word to describe these kind of people: MATA DUITAN. Jadi, apakah namanya perkahwinan sebegini? Semacam kahwin kontrak pun iya juga. Paling penting, kasihan pada wanita itu jika dia perlu berkahwin dengan mana-mana lelaki demi menjadikan dirinya keluar dari kongkongan talak 3 ini. Kemudian perlu melalui proses penceraian lagi. Sebenarnya apakah nilai wanita itu di mata lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak 3 ini, kemudian mengupah lelaki lain untuk berkahwin dengan bekas isterinya agar dia dapat kembali dengannya di kemudian hari? Itu pun kalau lelaki yang diupah itu mahu menceraikan wanita itu, jika dia menuntut sejumlah wang lagi, bagaimana??? Bagi yang berduit mungkin tiada masalah. Namun, bila adanya unsur duit dalam masalah sebegini sesungguhnya ianya amat kejam terhadap wanita pada mata Sarah. Tiada nilai kemanusiaan langsung! Tiada perasaan! Ewahh... Ter'emo' pulak, maaf ye...

Seharusnya sebagai manusia kita mempunyai rasa timbang rasa, bersyukur seadanya. Dan jika setiap yang kita miliki sering 'dirungutkan', dalam erti kata sering disesalkan, maka hasilnya akan amat mengecewakan. Maka adalah penting jika kita hidup secara bersederhana, jadi jika kesusahan menimpa, kita bersedia untuknya. Dan sekiranya Tuhan ingin memberi kesenangan pula, janganlah pula lupa bersyukur terhadapNya.

P/S: Hari ni terasa nak berbuka makan spegheti la... Huhuhu...

No comments:

Post a Comment