SAYANG
Senangnya mereka menuturkan perkataan itu keluar dari bibir mereka. Adakah mereka tahu apa makna sayang itu? Fahamkah mereka akan erti sayang itu? Dan benarkah dengan berkata sayang itu pihak yang mendengar dapat akan erti sayang itu bagi yang menuturkan itu kepada mereka?
Haaiii cik Sarah ni. Kenapa pulak tiba-tiba bercerita tentang sayang-sayang ni? Bukan apa, Sarah ternampak seorang sahabat di dalam pejabat pagi tadi. Seawal-awal pagi 'bersayang-sayang' dalam telefon bimbit. Tak cukup dengan itu, di FB dia pun 'bersayang-sayang' juga. Ok, apa point yang Sarah nak tunjuk? Begini...
Apa bezanya antara perempuan dengan lelaki dalam mengungkapkan kata 'sayang' itu? Kerana perkataan sayang itu sendiri bagi Sarah yang bergelar perempuan ini, teramatlah MAHAL. Hanya yang benar-benar layak sahaja yang Sarah akan panggil SAYANG. Sebabnya? Itulah caranya Sarah menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Sarah terhadap orang itu. Perempuan lain? Kalau lelaki pula? Itu Sarah tak pasti, kaki 'lelaki' ke, kaki 'perempuan' ke... Maaf Sarah tak pasti ye. Cuma, berbalik kepada kisah sahabat Sarah di pejabat tadi tu, sebelum ni dia tak pernah nak 'bersayang-sayang' begitu, mungkin belum bertemu yang berkenan dihati kot.... Namun sejak dia berkenalan dengan seorang lelaki yang memanggilnya dengan perkataan 'sayang' itu, sahabat Sarah ini mula berubah. Walaupun perkenalan tak sampai seminggu, dia jadi 'angau' begitu. Haisss...
Eh... Sarah cemburu ke? Ada pulak Sarah nak cemburu, buang karan je. Masalahnya disini, bagi mereka yang gemar menjadikan perkataan 'sayang' itu sebagai 'umpan' untuk memancing bagi mendapatkan pasangan terutama bagi mereka yang baru hanya berkenalan seminggu, dua minggu atau sebulan, adakah mereka benar-benar maksudkannya atau sekadar bagi mengisi kekosongan? Kerana mengikut pandangan Sarah lah ye, ini dari kaca mata Sarah ye... Orang-orang sebegini seolah-olah tiada keyakinan diri sewaktu bercakap dengan lawan jantina mereka itu. Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Sebabnya, mereka bimbang jika mereka tidak diterima, atau lebih tepat salam 'kasih' mereka ditolak mentah-mentah. Iye ke cik Sarah nie. Iya-iya sahaja entri, macam bagus je. Iye lah, memang cik Sarah bagus pun, hahahah.
Ok ok. Balik pada entri tadi, kenapa Sarah tulis golongan yang 'pemurah' dengan ungkapan 'sayang' ini kurang keyakinan diri? Mungkin sebelum itu pernah kecewa, pernah ditinggalkan. Lalu, mereka cuba 'test market' dengan 'modal yang kecil' begitu. Lalu, bila 'umpan' dicampak kelihatan 'mengena' pula, mulalah nak tunjuk hebat mengongkong segala.
Kenapa tak jawab call?
Kenapa tak balas sms?
Kenapa tak call balik tadi?
Tadi tu siapa yang jawab call?
Tadi makan dengan siapa?
Makan berapa orang?
Hmm... Ini pengalaman Sarah sendiri. Terus terang Sarah katakan, SARAH RIMAS DENGAN UNGKAPAN TERSEBUT YANG TIDAK KENA PADA MASA. Setiap masa nak ucap sayang, setiap masa nak dengar kita ucap sayang balik. Terasa macam kena paksa pun ada. Tak boleh ke berfikiran bahawa 'aku telah memberi dengan penuh ikhlas, dan aku harap dia dapat menerima aku seikhlasnya.' Dan bagaimanakah rasanya jika mereka tahu bahawa balasan ungkapan 'sayang' mereka itu sekadar ungkapan semata-mata, tiada keikhlasan langsung di situ?
Di sini bukan Sarah ingin katakan tak perlu 'bersayang-sayang' begitu, bagi yang benar-benar sayangkan pasangan mereka, baguslah kerana betul-betul memahami apa itu 'sayang'. Namun, bagi yang baru cuba menyelam di lautan 'sayang' ini, cuma cubalah tanya pada diri sendiri,
ADAKAH AKU IKHLAS SAYANGKAN DIA SEBAB MEMANG AKU SAYANG DIA,
AKU SAYANG DIA AKAN SEADANYA,
ATAU SEBAB DIA SELALU CAKAP DIA SAYANG AKU?
ATAU SEBAB DIA SELALU SURUH AKU CAKAP AKU SAYANG DIA?????
Pilihan di tangan kamu sendiri. Tak perlulah besusah payah nak marah-marah jika setiap ungkapan 'sayang' kita itu tidak mendapat balasan darinya. Kerana, jika benar dia sayang kita seikhlasnya, kita tahu di mana keberadaan kita di dalam hatinya. Cewahhh... ayatttt...
P/S: Sarah suka coffee. Extra creamer lagi. Ahahahah... Apa kaitan dengan entri? Takde kena mengena langsung, cuma sebab pic kat atas tu coffee, saja je... huhuhuu...
sukaR nk ungkaP syaNg... hanya pd mereka yg betul ku sayanG..heheh
ReplyDeletepd lain jantina..pd dia yg ku betul2 syg jer ku ungkap...
tp mmg byk kenal llaki yg senang ungkap perkataan ini sesuka hati co zbg dioRg xslh pon..mgkin dh biase ungkap kata tue pd sesiapa yg diorg rase suka ..ermmm..
p/s oppsss sy juga suka coffee...hik3
itulah,
ReplyDeleteumpan utk memancing...huhuhu
coffee best kan? heheheh :P
ni kali pertama dni dengar laki nak sangat dicakap sayang tau... bese laki tak kisah pempuan cakap sayang ke apa... hehe.. tak apalah.. kita cuba yang terbaik. kalau kita rimas, nak wat cmana kan dear..
ReplyDeletep/s: dni hantu kopi.. tak sah kalo tak minu,. sedoooop bangat!
selalunya laki susah tuk ungkap kan syg hehe..tp setuju ngn ungkapan nape tak balas call lah sms lah..kenkadang tak kena dgn masa..kenkadang kite busy dgn keje...
ReplyDeletedni: hmm...nak wat camner kan,kena yg tak kisah tu oklah rasenye relationship tue... kena lak cam yg sarah citer nie? haruuu...huhuhu
ReplyDeleteKumbang: sarah tahu byk yg ok kat luar tue, ini cuma luahan rase dari pengalaman...ahaks
cewahhh, ayatttt...
tak bleh pakai btul...
:P
bila kawen takdak plak kan sayang-sayang.. hohoh
ReplyDeleteHapiz: iye ke dah lepas kawen dah xde sayang-sayang lagi?
ReplyDeletehmm...
ni yg tak best nie... ahahahah