Salam...
Aaaa... Lama tak update blog Sarah kan? Hurmm... lama betul cik Sarah kita 'bertapa'. Nak buat cemana? Sakit hati, kalau Sarah layan sakit hati tu kat blog kesayangan Sarah ni nanti, yang bukan-bukan pulak Sarah membebel kat sini. Tak best pulak nanti kan?
Ok lah, tak mau cerita bab kisah lepas. Ni Sarah nak cerita kisah malam tadi. Haaa... Ingat tak Sarah pernah buat entri tentang best-friend Sarah yang 'ter-lost' contact dulu tu? Bagi yang tak berapa pasti tu, sila klik kat sini: YANG BERLALU TAKKAN BERULANG.
Yup, best friend Sarah yang dah lama tak berjumpa Liza. Dipendekkan cerita malam tadi sedang Sarah tengah beriya-iya menonton Buletin Utama telefon Sarah berbunyi. Mula-mula macam malas Sarah nak jawab. Almaklumlah, nombor telefon yang tertera tu nombor yang Sarah tak kenali. Rasa macam nak abaikan aje. Bila difikirkan balik, takpe lah, jawab ajelah. Mana tahu kot ada yang bermurah hati nak bagi duit ke... miahahahahah... Alahai cik Sarah, perasannya statement.
Berikut serba sedikit perbualan kami:
Sarah: Hello??
Liza: Hello, assalamualaikum Sarah. (time ni hati dah berbunga sebab Sarah kenal suara Liza. Aaaa... Akhirnya kau contact aku Liza.)
Sarah: Waalaikummussalam. LIZAAAAA... (menjerit keriangan bak kanak-kanak ribena, ahaks)
Liza: (Gelak kecil, lawak agaknya Sarah terjerit macam tu, huhuhu) Sarah, Sarah... Kau tengah sibuk ke? Kalau sibuk aku call lain kali je...
Sarah: Haiiisss... Apa kau ni, dah lah lama hilang. Tup tup call tanya aku sibuk ke tidak. Kau apa khabar Liz? Sihat? Aku rindu betul kat kau Liz. Mana kau pergi lama tak contact aku ni...?
Liza: Sorry lah Sarah. Aku sibuk betul. Aku sihat lah, kau? OK? Kau dengan Azxxx tu macamana? Ok? (aiseh, dia nak buka pulak cerita lama mek seorang ni... satu kerja pulak nak story kat kawan Sarah ni...)
Sarah: Ermm... Tak jadilah, takde jodoh kot. Dah nanti kita jumpa aku story kat kau. Eh, ada bunyi suara baby menangis tu, anak kau ke Liza? Haaa...??? Aku dah jadi aunty lah ni...?
Liza: Ha-ah, baby aku Sarah.
Ok, Sarah rasa sampai situ sudah ler. Panjang-panjang dialog perbualan antara dua best-friend rasa-rasanya nanti takde pulak orang nak baca. Huhuhu... Rupa-rupanya dia menghilang selama ni dia dah jadi fulltime housewife. Hmm... Patutlah. Apa-apa pun, minggu ni Sarah mesti pergi jenguk dia dan baby dia. Tak sabar pulak nak jumpa best friend Sarah seorang ni.
P/S: Sarah rindu kawan-kawan Sarah masa di sekolah rendah. Chua Chi Hou, Chow Siew Kar, Liang Woen Yee... Where are you guys...??
sarah bila pulak nak ada baby? :P
ReplyDeleteariff: eeeerrrrrrrrrrrr....*gulp*
ReplyDeleteAzxxx???? dh diganti dengan parkcxxxx....kan? hehhee
ReplyDeletepakcik: wahhh pakcik....kreatipnya minda anda..hahahah
ReplyDeletemesti lah....heheheheheeeeee
ReplyDelete