Friday, July 2, 2010

myMetro | Penumpang berdiri dalam pesawat

Ish...
Ada pulak diorang nak buat penumpang berdiri dalam pesawat. Tak kebas ke kaki tu nanti? Ermm... Beban semua ke tumit tue...

GAMBARAN tempat duduk tegak yang hendak diperkenalkan Ryanair.

LONDON: Syarikat penerbangan Ryanair merancang merevolusikan perjalanan udara dengan memperkenalkan penerbangan dengan penumpangnya berdiri.

Harga tiket untuk setiap penumpang dalam penerbangan itu iaah serendah £4 (RM20).


Syarikat penerbangan tambang murah itu juga merancang mengenakan bayaran terhadap penumpang kerana menggunakan tandas dalam usaha ‘mengubah tingkah laku’ penumpang.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael O’Leary berkata, ujian keselamatan menggunakan ‘tempat duduk tegak’ itu akan dilakukan tahun depan. Pada masa sama, syarikat juga akan mula mengenakan bayaran £1 (RM5) terhadap penumpang yang menggunakan tandas.


Rancangan itu ialah untuk membolehkannya mengalihkan 10 barisan tempat duduk di belakang dalam 250 pesawatnya dan menggantikannya dengan 15 baris ‘kerusi tegak.’ Dua tandas di belakang juga boleh dialihkan untuk mewujudkan lebih banyak tempat duduk.


Antara 40 hingga 50 penumpang tambahan boleh dimuatkan dalam setiap penerbangan, membenarkan Ryanair mengurangkan kos operasi.


‘Tempat duduk tegak itu’ akan mula diperkenalkan dalam penerbangan penumpang yang mengambil masa kira-kira satu jam penerbangan.


Jika percubaan itu berjaya, ia merancang melaksanakannya dalam semua penerbangannya.

“Pendapatan yang diperoleh daripada bayaran untuk penggunaan tandas akan digunakan untuk membiayai tempat duduk baru itu,” kata O’Leary dalam program televisyen mengenai syarikat penerbangan tambang murah. - Agensi


P/S: Macam-macam zaman sekarang nie. Selagi namanya diorang boleh sumbat dalam tin sardin tu, diorang akan buat.

5 comments:

  1. isk isk.. kang lenguh lak berdiri kan? huhu

    ReplyDelete
  2. itulah...
    lenguh 1 cerita, part kebas kaki tu nnti sape nk tanggungjawab... O_O

    ramailah yg turun flight jer,
    terhoyong hayang sbb kaki dh kebas,
    takleh nk berdiri tegak...ahahahah
    :P

    ReplyDelete
  3. macam2 diorg buat nak tarik org rmai...
    huhu...

    ReplyDelete
  4. hehehe.. betul juga tu.. kalau kaki kebas cmana kita nak jalan turun kapal terbang.. jatuh gedebuk gedebak turun tangga nanti hik3..

    ReplyDelete