Setiap waktu mata terbuka,
hati bertanya mengapa,
mengapa perlu diri ini bangkit lagi,
untuk meneruskan lagi perjalanan ini.
Setiap masa nafas dihembus,
hati masih bertanya lagi,
sampai bila perlu diri menipu hati,
bahawa luka di hati akan sembuh bersama masa.
Setiap kali kaki melangkah,
hati tetap jua bertanya,
bilakah diri akan mengizinkan hati untuk membuka pintu itu kembali...
Duhai hati,
aku bimbang pada cinta manusia,
bimbang pada cinta harta,
bimbang ada segalanya.
Aku hanya kuat pada zahir sahaja,
sedangkan hakikatnya aku lemah.
Lemah pada kenyataan hidup yang benar,
kerana kebenaran itu amat menyakitkan,
dan aku yakin akan tersungkur demi kenyataan sesuatu kebenaran itu.
Nukilan rasa di kala seorang diri. Meskipun suasana sekeliling waktu ini riuh rendah, namun aku tenggelam dalam dunia aku sendiri. Kenapa ya? Kenapa aku dalam dunia aku sendiri? Bila aku akan berpijak di dunia nyata? Aku sendiri pun tak pasti. Mungkinkah hati aku masih tak dapat terima kenyataan sedangkan mulutku dan mindaku keras cuba memandu hatiku ke agar menerima kebenaran itu. Walaupun setelah sekian lama, namun hati masih begini. Mengapa?
Sudahlah Sarah, pergilah bercuti.
Hmm... Mungkin aku patut pergi bercuti. Sudah lama aku tidak bercuti, cuti-cuti Malaysia. Aku perlu dapatkan kembali diri aku dulu, diri aku yang aku sayang. Aku akan pergi bercuti nanti, aku nak bawa anak buah kesayangan aku, Irfan sekali.
Fan, kita pergi jalan2 dengan maklong ke Langkawi nak? Mama dengan Papa Fan tinggal, Fan ikut maklong aje ye...
No comments:
Post a Comment