Tak sabar-sabar rasanya Sarah nak 'menge-post'entri ni. Sebabnya, terlalu banyak sangat kita asyik mendengar bagaimana dalam bab-bab wanita di belakang roda stereng (behind the steering wheels), pasti akan kedengaran seolah-olah para wanita ni kalau memandu, slow yang teramat maha ampun dan yang paling teruk di jalan raya.
Perlukah setiap kaum adam menjadi hakim dalam situasi pemanduan segelintir kaum hawa yang sedemikian? Sarah bukan apa, JANGANLAH HANYA KERANA NILA YANG SETITIK HABIS ROSAK SUSU BUKAN SETAKAT SEBELANGA SAHAJA TETAPI DALAM BELANGA-BELANGA YANG LAIN JUGA. Haiiisss... Aihh cik Sarah, apa kes pulak kali ni macam tak puas hati aje ni?
Begini kisahnya. Petang tadi sewaktu Sarah sedang memandu nak balik ke rumah, ada insiden yang Sarah rasa-rasanya lepas ni mesti ada yang mengata,
'Ala, apalah sangat. Baru sorang je yang perangai macam tu tak macam perempuan. Semua perempuan memang macam tu.'
Sewaktu Sarah pulang, mesti melalui laluan kawasan sekolah. Jadi kereta pasti akan memandu dengan kelajuan maksima 60kmj. Jadi, dalam situasi Sarah pula tadi ada sebuah kereta telah memotong kereta Sarah dan beberapa kereta lain juga. Habis tu, apa masalahnya pulak? Biarlah dia nak potong ke apa, mungkin ada hal agaknya orang tu nak cepat.
Masalahnya, tak berapa lama kemudian Sarah berada di belakang kereta ini, yang mana berada di laluan laju (line paling kanan), dan Sarah lihat kelajuan ketika itu 40-50kmj. Eh... Apa ni? Sarah fikir sendirian. Tadi bukan main nak rak lagi memotong kereta orang lain semua berdesup sahaja pada kawasan ada had kelajuan maksima, tiba-tiba 'slow' sahaja. Jadi Sarah terpaksa memotong dari kirilah kereta orang yang 'super-hebat' ini nak lihatlah apa 'masalah' sebenar beliau lah kan...
Nak tahu orang tu buat apa? Sedang bercakap di telefon bimbitnya, dan ianya seorang LELAKI. Wahhh... Bagus sesangat perangai kan? Lagi BAGUS dari pemandu wanita yang mengikut peraturan semasa menandu. Dahlah memandu di lorong paling kanan, pastu speed pulak macam orang yang nak cari parking space sahaja, siap boleh bergelak ketawa bercakap kat telefon bimbit lagi. BAGUS BETUL kan perangai. Memang sengal yang teramat sangat. Haisss...
Sarah hanya menggeleng kepala sahaja lihat cara orang tu memandu tanpa ada rasa timbangsara pada pemandu lain. Dan di waktu itu juga, Sarah teringatkan ada satu entri Sarah pernah terbaca dalam blog seorang kaum adam yang beriya-iya mengupas isu bagaimana pemandu wanita merupakan pemandu yang teruk/ lembab atau yang sewaktu dengannya. Sarah pun tak ingat apa nama blog tu, tapi memang ada. Kalau iye pun nak marah pada pemandu perempuan janganlah mengata SEMUA pemandu wanita ni begitu. Nampak lampu bertukar kuning mula nak perlahankan kenderaan, inilah baris yang paling Sarah ingat. Ada pemandu wanita yang bagus pemanduannya tau. Salahkah jika para pemandu wanita ini memandu mengikut peraturan? Dan jika hanya dengan mengabaikan peraturan yang disediakan adakah anda akan kelihatan 'super-cool'? 'Super-macho'? Atau 'super-hebat'?
Bukan Sarah nak mengatakan tiada pemandu wanita bercakap dalam telefon bimbit sewaktu memandu. Sarah sendiri adakala melakukannya. Tapi Sarah akan pastikan Sarah berada di lorong paling kiri sebelum menjawab telefon tu agar kereta Sarah tidak menjadi 'pengganggu' kepada orang yang ingin mengejar masa.
Pokok pangkalnya, diri sendiri. Jika dalam diri tu ada ego mengatakan "AKU HEBAT. MANA ADA ORANG LAIN YANG BOLEH LAWAN AKU" inilah yang buatkan betapa ramainya pembuli jalanraya berkeliaran di atas jalan raya. Ewahhh... pemerhatian lah ni ye cik Sarah? Apa-apa pun, bertimbang rasalah pada pemandu lain. Jangan ingat diri tu terhebat dalam mengawal kenderaan tu.
P/S: Letih bila kerap bertembung dengan mereka yang perasan bagus masa memandu kereta. Pantang sangat ke jika seorang perempuan memotong kereta seorang lelaki? Haisss...
jangan marah nnt kena jual....ahaks
ReplyDeletesetuju ;)
ReplyDeletetp tu la,klu sorg buat xsemestinye semua org same cmtu en ;))
yg plg penting,tgok diri sendiri dlu..
bru judge org len..
e2 ahhh.
ReplyDeletekalau jalan jam mesti slh pompuan.
walhal laki lagik drive macam ape! kan??
takpe, yang penting you drive carefully okk?
hehe... dni gangster kat jalan. sape bawak kete hampeh2 siap la kalo dni ngah hot.. wat lagak nak sondol belakang kete dia kih3
ReplyDeletelaki ke pompuan ke sama ja..
ReplyDeleteParkcheek: tak marah... nasihattt...huhuhu
ReplyDelete.hana.: betul3x...;)
aisha: itulah, kat mata diorg tu nmpk org pompuan je sbbkan jem kat jln... huhuhu...
dini: wahhh... gangster ker? huhuhu :P
hapiz: itulah...skrg ni lebih kurang aje...