Thursday, July 22, 2010

Manja Ku...

Salam pagi,

Dah beberapa hari Sarah tak update blog, 'bizi' sikit dengan kerja di ofis. Sampai rumah je, terus 'pengsan' sampai subuh esoknya. Konon-konon jam loceng dah 'disetkan' timer sebelum subuh nak update blog mana-mana yang patut, hampes jer mata Sarah ni. Jam 6am biasanya baru dia nak celik-celikkan diri. Hahahah... Mata Sarah pun dah senget macam tuan dia jugak...

Ok, sebagai permulaan, Sarah nak cerita tentang haiwan peliharaan Sarah. Seekor kucing yang telah Sarah bela sejak sekian waktu, pemberian arwah ayah beberapa bulan sebelum pemergiannya iaitu dalam tahun 2006. Begitu mendalam sayangnya Sarah pada Manja Sarah itu. Ya, namanya Manja. Dan setiap kali Sarah balik kerja, Manjalah yang pertama menyambut Sarah disebalik pintu 'slide'. Dia tak pernah Sarah benarkan keluar kerana Sarah tak benarkan dia bergaul dengan kucing-kucing lain diluar. Hahahah... Apa punya tuan kucing nieh, ada kucing tak bagi keluar rumah. Memang betul, Sarah tak suka jika Manja Sarah itu terlepas keluar, lepas tu melepak kat rumah entah sapa-sapa. Itu belum lagi sesi suai kenalnya nanti dengan baka-baka kucing tempatan yang terkenal dengan 'kegangsteran' mereka. Terutama jika yang kelihatan itu 'lain' sikit atau lebih sikit dari mereka, mulalah nak bercakaran bagai segala. Huisss... Tak sanggup Sarah lihat kesayangan Sarah disakiti oleh mereka. 

3D


Jeng jeng jeng... Inilah dia Manja Sarah. Suka peluk dia, 'teddybear' kesayangan Sarah ni.

Dan bercerita tentang kucing peliharaan ni pulak, ada yang suka membela berekor-ekor banyakkan. Mengalahkan anak sendiri yang ada dirumah. Bila dan terlalu banyak dibela, mulalah berkeliaran mencari 'kebebasan' diluar rumah. Sarah perhatikann ada seorang jiran Sarah di taman perumahan tempat tinggal Sarah. Memandangkan deretan rumah Sarah majoriti penghuni melayu, jadi tiadalah masalah anjing di situ. Tapi, masalah kucing berkeliaran pulak yang timbul. Ada saja sisa-sisa hasil perkumuhan mereka di sekitarnya. Haisss... Macamana agaknya nak educate tuan punya kucing-kucing ini ye? Jikalau tuan punya kucing ni muda baya-baya Sarah, bolehlah Sarah ajak-ajak berbual iye tak? Ini baya umi Sarah, orang tua. Iskk... payah ni...

Dipendekkan cerita, ada satu pagi Sarah nak reverse kereta nak keluar pergi kerja. Tiba-tiba dengar pulak makcik tuan punya kucing ni menjerit,

"BERHENTI SARAH, BERHENTI....!!!"

Sarah yang tengah dok asyik nak mengundurkan kereta terkena pulak 'monkey shocked'. Cepat-cepat Sarah tekan break. Sarah tanya makcik tu kenapa... Rupa-rupanya salah seekor 'anak' dia kat bawah kereta Sarah. Ishhh... Memang suka cari pasal betullah 'anak-anak' makcik tu. Geram betul Sarah dibuatnya. 

3D

"KESIAN ANAK MAMA, ANAK MAMA TAK APA-APA KE? ABU SAKIT TAK???"

Wahh... Bukan nak minta maaf sebab biarkan 'anak' tu berkeliaran kat rumah orang, buatnya kena lenyek bukan satu keje pulak nak panggil dia? Boleh makcik tu bawak 'anak' dia gitu je... Takde nak tegur Sarah ke hape... Memang berangin Sarah pagi tu.

Dah malas nak cerita lebih-lebih. Nanti keluar segala ayat perkataan "tolak, tambah, darap, bahagi, sama dengan" yang menggambarkan betapa berangin dan berasapnya telinga Sarah tempoh hari. Haisss... The ponit is, kalau iye pun nak bela binatang peliharaan tu (bukan sekadar nak tunjuk bahawa diri tu sayang dengan makhluk Allah yang bernyawa je ye...) , belalah elok-elok. Kalau taknak kurung dalam rumah, buatkanlah rumah khas untuk mereka diluar rumah. Pastu, tutupkan semua pagar tu, seal dengan jaring ke, apa ke yang bersesuaian supaya kucing-kucing yang banyak tu tak berkeliaran ke rumah-rumah orang lain dan tak menyusahkan jiran tetangga semua. Haisss...

Hello Kitty 2

8 comments:

  1. comelnye.... adik dni suka kucen ;)

    ReplyDelete
  2. dni: segeng lah sarah ngan adik dni camnieh, huhuhu

    princeduyung: yep, kucen sokmo...:P

    ReplyDelete
  3. pakcik: aaa...jgn jeles lak...hik hik :P

    ReplyDelete
  4. kalu nak lagi kucing..pakcik leh jadi kucing.. kucing beruban... meoowww!! haha..gurau je.

    ReplyDelete
  5. blakepaghe: ngeee...ada lak yg nak jdik kucen sarah...ahahahah

    ReplyDelete
  6. Lain org lain ragamnya yek..

    ReplyDelete