Source: Google Search Image = Holiday
Salam pagi semua,
Hmm... Pagi ni lewat sikit bangun dari katil, maklumlah tengah bercuti. Aik? Cuti cik Sarah? Ha-ah... Saja ambik cuti tahunan yang banyak tak berusik tu. Hahaha... Jangan jeles pulak ye...
Aku nak bercerita tentang lelaki pagi ni. Kenapa pula ni? Sebenarnya insiden ni berlaku petang semalam disebuah kedai runcit yang sering aku singgah untuk membeli barang-barang keperluan yang kecil-kecil. Kalau nak beli barang banyak untuk stok tahan lama, aku lebih suka beli di supermarket atau hypermarket. Apa yang menarik sangat cik Sarah sampai nak cerita kat semua ni?
Baiklah, begini ceritanya. Tuan punya kedai ni, antara salah seorang yang amat berpengaruh di kawasan ni lah. Tak perlulah aku sebut, sebab aku percaya mana-mana kawasan, samada taman perumahan mahupun kampung pasti ada orang yang berpengaruh bagi mewakili penduduk sesuatu tempat itu. Jadi, dalam kisah aku ini pula orang berpengaruh ini yang menjadi perhatian aku sebenarnya. Orangnya nak kata dah tua sangat tu tidak. Anak-anak dah besar panjang, malah dah berumahtangga dan punya anak masing-masing. Jadi kiranya beliau ini sudah berpangkat 'datuk' yang punya cuculah ni? Ya, betul tu.
Bagusnya dengan sikap beliau, peramah dengan pelanggan yang datang ke kedai runcit beliau. Meskipun beliau tidak sentiasa berada di kedai runcit tersebut, kerana beliau mempunyai 3 kedai runcit di 3 buah penempatan perumahan. Hmm... aku bangga dengan beliau dalam bab perniagaan ini. Beliau pernah bercerita, dia berusaha nak buka lagi beberapa kedai runcit. Setiap satu untuk setiap seorang anak-anaknya. Wahh... Kalau aku ni anaknya, bahagianya. Ahaks...
Tapi, satu perkara yang aku perhatikan (tak pasti samada aku yang "perasan-syok-sendiri" atau memang betul perasaan aku @ sixth sense aku lah...), layanan beliau terhadap aku lain sikit. Lain macamana tu cik Sarah? Ialah, bila beliau ternampak aku turun dari kereta menuju ke kedai runcit beliau, dengan sengih kerangnya beliau akan tunggu di koridor kedai lantas datang dekat aku (seolah-olah beliau ada masalah pendengaran???!!! ngeeeee...) bertanya apa aku nak beli hari tu. Aku kadang-kadang naik rimas, tapi disebabkan aku hormatkan beliau sebagai orang tua, aku senyum sahaja. Eh, cik Sarah. Biar betul ni, boleh tahan miang jugak orang tua tu ekk... Dan aku pun pernah jugak perhatikan beliau melayan pelanggan lain, jangan ingat aku tak 'monitor'. Aku perhatikan setiap satu yang mana aku nampak. Yang rata-rata aku perhatikan, tak ada pulak masalah pendengaran beliau bila berkomunikasi dengan pelanggan beliau yang lain. Kenapa dengan aku nak cakap rapat-rapat? Sengaja nak cari publisiti murahankah? Atau sengaja nak cipta konroversi? Ahaks, perasan diva ala-ala artis pulak cik Sarah kita kali ni. Racist kah? Atau sexist kah jika begini? Kalau layanan mengikut peringkat umur pulak? Nak guna perkataan apa ye?
Haa... Sila-sila dijemput memberi pandangan anda semua.
P/S: Nak jodohkan dengan anak beliau? Oh tidak, anak beliau majoriti perempuan. Anak lelaki beliau seorang dah berumahtangga, seorang lagi dah bertunang. Nak jodohkan dengan beliau sendiri??? Ish ish ish... No No No ye...
wah... bagus tu layanan dia, hrmati pelanggan. tapi bab cakap rapat2 tu hera gak dni.. isk3.. susah nak agak tapi mungkin dia rasa selesa dengan seseorang tu maka dia macam nak rapat2? hehe.. tatau juga kan apa motif beliau buat begitu.. tak pe kita anggap positif saja ^__^ cheers!
ReplyDeleteminat cik sarah kot..
ReplyDeletedini,
ReplyDeleteyep betul tu, think positive jer :)
ariff,
minat? huhuhu...terharu lak ada peminat nieh
:P
Haha, nak komen ape eh..ada la jugak sorg kawan pernah kena lebih kurang macam nilah..sebabnya, 'minat' :)
ReplyDelete