Friday, July 23, 2010

Ikhlasnya Kasih Seorang Bapa Itu...



Entri ke-2 untuk hari ini, fuhhh... Banyak betul idea ye cik Sarah hari ni nampak? heheheh... Janganlah gitu. Banyak idea tengah dok ligat berpusing-pusing dalam minda Sarah sekarang ni, jadi apa salahnya Sarah curahkan disini, ye tak?

Cute smiley

Sarah terpanggil untuk mencoretkan apa yang Sarah perhatikan pada seorang insan yang bergelar 'bapa tunggal' yang tinggal berhampiran dengan rumah Sarah. Apa yang menarik perhatian cik Sarah kita kali ni pada insan tersebut? Berkenan pulak ke? Haisss... Apa pulak sampai situ, baca dulu apa Sarah nak 'bebel' kat sini.

 Cute smiley

Ok, begini kisahnya. Bapa tunggal yang berjaya menarik perhatian Sarah ni, Sarah akan gunakan nama ringkas untuk dia ok? Ermmm... SD-Single Dad. SD ni seorang pemandu lori sahaja, arwah isterinya seorang wanita yang peramah berasal dari Kelantan. Kehidupan mereka nak kata senang, tidak. Nak kata susah pun tidak, kira sangat-sangat sederhana. Meskipun anak mereka ada 5 orang, keluarga merekalah yang Sarah tidak pernah dengar jerit pekik suara memarahi anak-anak. Begitu patuh anak-anak mereka terhadap kedua orang tua walaupun masih kecil. Sarah begitu kagum melihat keluarga ini. Namun, Sarah memang terkejut di saat umi Sarah beritahu akan kematian ibu kepada 5 anak ini. Serta-merta Sarah terbayangkan anak-anaknya yang 5 orang itu. Yang sulung baru darjah 4, yang bongsu 7-8 bulan sahaja umurnya. Ingat lagi Sarah sewaktu umi bercerita tentang keluarga mereka yang bertambah saban tahun meskipun keluarga tidak sesenang mana kerana makan pun kais pagi makan pagi. Kagum dengan kesungguhan keluarga ini, kerana yakin bahawa rezeki anak telah Allah tentukan, cuma bila waktunya akan dapat melihat rezeki itu mereka bersabar dalam mengharungi dugaan demi dugaan bersama.

Pernah suatu ketika, SD ini pernah 'hilang' sebentar dikala waktu menjelang subuh. Eh? Hilang macamana pulak ni? Hilang yang misteri. Kerana menurut kisahnya isteri SD ini telah mengejut suaminya untuk solat subuh bersama pagi tersebut. Namun setelah ditunggu-tunggu untuk solat bersama, suaminya tidak siap-siap. Dicarinya seluruh rumah, bilik air, bilik tidur, seluruh rumah dicari tidak kelihatan. Malah pintu pagar juga masih berkunci, motor masih di anjung rumah. Si isteri mencari semula di bilik air sekali lagi, dan kelihatan suaminya terduduk di hujung bilik air dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kakinya dipenuhi lumpur tanah merah. Yang hairannya, menurut cerita umi Sarah, kesan tanah merah itu tiada di sekeliling rumah mereka, selain jejaknya bermula di pintu bilik air itu sahaja. Misteri bukan? Bukan Sarah nak cerita tentang kisah misteri, kisah pelik bagai. Cuma bila perkara seperti itu jika berlaku pada insan yang kita kenali, kita cuba memahami logiknya dari sudut yang boleh dimengerti dan boleh diterima akal akan jawapannya sehingga rasa nak pecah kepala. Sedangkan jawapannya mudah sahaja, bukan kita manusia sahaja penghuni bumi Allah ini. Jadi, faham-faham sendirilah ye... Berkenaan kenapa SD ini yang terpilih? Wallahuallam...

Setelah kematian isterinya, SD ini mengambil alih tugas sebagai bapa juga ibu dirumah. Digalas sebaiknya dengan tidak pernah lepas peluang menghantar anaknya kesekolah saban pagi, tengahari menjemput, anaknya yang ke-2 bersekolah sesi petang juga berhantar berjemput. Yang ke-3 pula bersekolah tadika. Sungguh kagum Sarah lihat ketabahan SD ini. Diwajahnya sentiasa berukir senyum setiap kali bertembung dengan jiran tetangga. Tak pernah sekali Sarah lihat SD ini meninggikan suara disamping anak-anaknya. Dan anak-anaknya pula tidak lagi kelihatan bermain di luar sehingga lewat senja seperti ketika ibu mereka masih di sisi mereka satu masa dulu. Mungkin abang yang sulung memainkan peranannya sebagai ketua sewaktu tiadaan bapa kerana keluar bekerja dengan berkesan. Begitulah sifat anak sulung, tidak kira berapa pun umurnya. Pasti akan dengan sendirinya mereka tahu saat waktunya bila mereka diperlukan oleh keluarga.

Jadi, point sebenar yang Sarah nak tekankan disini? Adakah lagi lelaki yang benar-benar mampu dan sanggup mengharungi segala cabaran demi cabaran yang menimpa diri dan keluarga yang dibina? Adakah lelaki yang betul-betul sabar sebegitu? Sesungguhnya kelihatan seperti mudah diharungi, sedangkan diri yang melaluinya.


P/S: I'd like to see more of super-man like this guy, a super-dad. 

 Cute smiley


4 comments:

  1. ssh jd bapa tunggal ni...kalau ibu tunggal tuh kita dh tau dia pasti boleh jaga anak...tapi tau la lelaki kan bknnye sehebat ibu...

    salute kepada ayah tunggal....

    ReplyDelete
  2. kagumnya kan dengan pengorbanan bapa tunggal... nak nak lagi yang kena jaga anak perempuan..

    ReplyDelete
  3. pakcik: mmg susah nk jumpa... kalau ada mmg tabik spring...

    dni: yep, dlm criter sarah ni, 3 anak pertama SD ni lelaki, the last 2 are girls.

    ReplyDelete
  4. Tuhan sukakan sesuatu yg indah, bercorak2 sebab tu lah ciptaannya pelbagai ragam & jenis.. Makna kata memang lah ada lelaki yg mcm tu cuma Sarah kena pandai menilai & sabar memilih.. Tentang keperibadian lak bergantung atas didikan yg kita terima & juga unsur barakah dlm rezki kita..

    ReplyDelete