Salam...
Alhamdulillah, aku telah pulih dari migrain aku yang amat teruk. Maaflah blog kerana dah 2 hari aku tak dapat nak menjenguk-jenguk kamu. Lappy aku telah 'dirampas' oleh umi di waktu-waktu kritikal tempohari, haisss...
Sebenarnya pagi ini aku nak bercerita yang mengikut kiraan mood aku yang kurang stabil sikit nie. Jadi rasa-rasanya macam ada ala-ala 'sengal' sikit gara-gara kesan ubatan yang aku makan ni. Pagi tadi dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, tangan aku ni gatal pulak nak mendengar lagu-lagu lama. Bila aku masukkan cd adik aku (yang mana aku memang tak tahu lagu apa dalamnya sebab atasnya cuma tulis mp3 sahaja), keluar pulak satu tone muzik yang dah lama sangat rasanya aku tak dengar. Sayu hati aku mendengarnya. Haisss... Boring betul macam ni. Nak tahu lagu apa? Cubalah klik kat youtube kat bawah nie,
Aku tak mahu huraikan kenapa hati aku sayu. Cuma aku masih tak faham kenapa orang yang dedikasikan lagu ini kepada aku suatu masa dahulu, sedangkan orang itulah yang telah berlalu meninggalkan aku. Aku masih tak faham, seriously. Dan yang paling aku tak faham sekali adalah hati aku sendiri. Meskipun aku yang ditinggalkan namun aku tidak pernah marah padanya!!! Kenapa? Aku ni baik hati sangatkah?
HAISSS... Aku nak megeluh sebentar, boleh ke???
HAISSS... Aku nak megeluh sebentar, boleh ke???
huhu.. dni tak bleyh dengar lagu one in a million, bosson... sayu je tatau nape
ReplyDeletehaaa...
ReplyDeletelagu tu ade dlm citer Miss Congeniality kan?
suke tgk citer tu, best Sandra Bullock.
tpi lagu tu rancak kan?
camner leh sayu lak?
huhuhu