Good morning...
大家早上好...
Wahhh... Bukan main lagi bagi salam pagi segala. Hahaha... Sebenarnya, ada perkara Sarah nak post kat entri kali ni. Tentang apa tu cik Sarah ooiii...? Haaa... Dah baca title entri Sarah kan? Sesiapa dah baca entri Sarah yang lalu berkaitan kisah Camry dan City ni, mesti tau kisahnya. Oh ya, tak lupa nak pesan pada cik Kiah tu yer, lepas baca ni duk diam-diam. Jangan kecoh-kecoh kat siapa-siapa yang belum tahu pulak lepas ni yer... Bagi sesiapa yang baru mengikuti coretan 'entah-apa-apa' Sarah ni nanti, sila baca entri Camry vs City ni. Nanti anda faham apa cerita di sebaliknya.
Baiklah, terus ke kisah yang berlaku baru pagi ini. Sebab pagi ni Sarah keluar awal, entah kenapa rasa nak keluar awal sebab sakit hati movie yang Sarah muat turun dari web semuanya berbahasa Jerman. Haisss... Dah lah Sarah tak faham, jadi rasa macam dah membazir masa memuat turun movie tersebut. Maka, bagi mengurangkan rasa sakit hati Sarah pun keluar seawal pagi dari biasa.
Tiba di parkir kereta, macam biasa Camry dah ada di parkir. Aikk... Awal pulak Camry tu kali ni. Haaaa... Bulat kejap mata Sarah memandang, sambil senyum ramah. Huhuhu... (senyum ramah? cemana tu cik Sarah ooiii...?). Contoh senyum ramah kat bawah ni haaa...
Dipendekkan cerita, Camry dan City berjalan beriringan ke lif. (cewahhh... terasa macam dalam klip video lagu jiwang-jiwang karat pulak, hahahah...). Dan si Camry pun mula menegur si City nie,
Camry: Lama tak nampak.
City: Saya ambik cuti tahunan, saja rehat-rehatkan minda. (haaa... masih didalam kawalan cara menjawab tu... huhuhu)
Camry: Ooo... Cuti bertunang ke? (ngeee... soalan apakah itu? Soalan nak dapatkan kepastiankah? hurmmm...)
City: Taklah, cuti-cuti Malaysia je.
Camry: Ooo... Bercuti ke mana tu? Mesti best kan?
City: Tak ke mana sangat pun, dalam Johor je.
Dan City dapat melihat si Camry mengangguk sambil tersenyum sendirian. Entah apa yang disenyumkan tu entah. Hmm... Lawak ke jawapan City tadi? Musykil sekejap (dalam gabra, ahahahah..). Di waktu yang sama , lif pun terbuka. Maka Camry dengan City pun masuk ke dalam perut lif berdua. Dan sewaktu pintu lif tu nak tertutup kedengaran suara yang memang biasa sangat City dengar memanggil nama City dalam sayup. City dah tekan butang hold tu, cik Kiah. SERIUS tau! Tapi, dah tak sempat. Dan lif tu pun macam dah tak sabar-sabar nak ke destinasinya pula. So sorry dear... haissss... Jangan marah eaaa...?
Haaa... Ini kisah yang paling tense rasanya sepanjang tahun 2010 ni kot. Apa cik Sarah? Begini, sewaktu dalam lif tu, Camry ni senyap je. Tak tahu lah dia tengah fikir apa kan, mungkin sibuk memikirkan tentang kerja kot, tak pun mungkin masalah makwe dia kot, haisss... Jadi bila orang dah senyap kelihatan seperti memikir, si City ni diam ajelah taknak ganggu. Dan bila tiba floor si City nak keluar tiba-tiba Camry kembali bersuara,
Camry: Tengahari ni lunch sama-sama dengan saya nak tak?
HAAAA... Terbeliak kejap mata si City terkejut dengan soalan mudah yang menggegar dunia si City sekejap. City dah kelu tak terkata apa. Masih memikir apa nak jawab.Dan Camry dengan sabar menanti jawapan City. Haduihhh... Apa nak jawab ni. Rilek Sarah, rilek... Dan dia kembali bersuara bertanya,
Camry: Hari ni puasa ke?
City: Tak lah, hari ni tak puasa.
Haaa... Jawapan City tu ada macam jawapan 'green light' ke? hmm... Masih memikir lagi...
Camry: Ok. Nanti 12.50pm saya tunggu kat parking lot ye. Jangan lupa. Wish you luck dalam kerja hari ni ye.
City hanya mengangguk sahaja. Tak terkata apa. Dan sekali lagi sebelum pintu lif tu tertutup rapat, ianya terbuka semula. Dan Camry hanya tersenyum lalu berkata,
Camry: Camry misses his City, you know.
Hahhh...??? Ini benar-benar atau cubaan? Berdegup kencang jantung City dipagi hari. Haduihhh...
Dan cik Kiah pun keluar dari lif sebelah, membebel-bebel di pagi hari, namun City masih dalam keadaan 'koma' nya. Si City ni telinganya dah tak dengar dah satu butir bebelannya langsung. Fuhhh... Konfirm koma sampai esok ni.
P/S: Kenapa rasa macam ni ye? Hadusss... Tak sukalah. Nanti tak boleh concentrate kat kerja. Haisss....
No comments:
Post a Comment