Banyak betul masa cik Sarah hari ni ekk... Maklumlah, dah settle kerja. Minggu ni punya target dah settle siap extra boleh cover minggu depan sekali, ahaks...
Ok, tengah blogwalking sekejap ni tadi (owwhhh... ini keje anak buah aku, dok merayau-rayau dalam dunia cyber berblogging rupanya...Jangan marah bos, nanti Sarah buat entri best punya untuk bos yer...heheheh), Sarah sampailah kat satu blog ni, APA KATA HATI.
Apa yang buat Sarah nak menulis lagi ni sebab bila masuk blog dia, ada lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian Melissa. Huhhh... Betapa lamanya Sarah tak dengar lagu tu, teringat zaman sekolah menengah dulu. Untuk lebih tepat lagi, masa waktu pelajaran Agama Islam. Sebab Ustazah yang mengajar kelas Sarah masa tu nama dia Ustazah Nabila. Cantik betul mata ustazah Nabila tu, dia pakai purdah. Tapi masa mengajar, dia buka kain penutup yang hanya menampakkan matanya sahaja, memang cantik ustazah Nabila tu. Dan setiap kali tiba waktu pelajaran Agama Islam, pelajar lelaki kelas Sarah bila nampak kelibat ustazah Nabila ni, akan mula menyanyikan lagu Melissa ni...Kira alert lah nak bagitahu ketibaan ustazah dah sampai mana, dah naik tangga ke, dah sampai tingkat 2 ke... sebab kelas Sarah masa tu kat tingkat atas sekali, tingkat 3. Hahahah... Biasanya, guru disiplinlah yang paling malas nak sampai ke kelas Sarah, dah lah blok hujung, kelas pun paling hujung pulak tu. Huhuhuh...
Memang tak boleh lupa zaman nakal budak-budak dulu. Kelakar sangat, boleh tersenyum sorang-sorang dibuatnya.
P/S: Zaman sekolah = zaman cinta anak monyet ke zaman cinta anak anjing? Miahahahah... Buruknya bunyinya...
No comments:
Post a Comment