Saturday, June 19, 2010

Ahh... Yang Berlalu Takkan Berulang



Aihh... Lain macam aje tajuk entri kali ini? Macam tajuk lagu nyanyian Lotter dulu kan? hehehe Bukan apa, aku teringatkan seseorang yang pernah rapat dengan aku dulu, haaa... jeng jeng jeng

Dah dua tiga hari ni, aku asyik teringatkan best fren aku masa sekolah dulu, Zaliza. (laa..best-friend rupanya, suspence jer Sarah ni, heheh) Rindu betul aku pada dia. Kenapa pula aku tiba-tiba teringatkan best-fren aku sorang ni? Sebenarnya, dialah best fren aku yg pertama sejak aku jejakkan kaki ke sekolah menengah. Memandangkan aku ni sejak tadika bersekolah di sekolah cina sehingga habis UPSR, maka kawan-kawan aku majoriti berbangsa Tionghua. Budak Melayu? Jangan harap nak jumpa, sebab zaman persekolahan aku masa tu (80an-90an), nak jumpa budak Melayu memang payah. Dan bila aku perhatikan sekarang ni barulah ramai anak-anak Melayu bersekolah Cina. Kalau tak pun, terdapat beberapa sekolah rendah yang ada silibus ataupun pelajaran tambahan subjek bahasa Cina diajar. Itu pun akan ditawarkan kepada murid yg mana pihak sekolah akan pilih mereka yang mampu untuk membawa subjek tersebut.

Ok lah, berbalik kepada persoalan kenapa aku tiba-tiba teringatkan best-fren aku ni. Sebenar, tempoh hari sewaktu aku sedang mencuci mata di pusat membeli belah aku terpandang satu kelibat yang membuatkan mata aku tidak berkelip. Aku cuba perhatikan kelibat tersebut selama yang boleh, cuba mencari di dalam kotak memori aku dimanakah aku pernah melihatnya. Segala gerak geri, setiap susun atur langkah... saling tak tumpah seperti seseorang yang aku pernah kenal selama 6-7 tahun bergelar pelajar sekolah. 

Segala suka duka, segala perit jerih bersama. Pergi menonton wayang, bermain bowling malah menonton konsert bersama. Bergaduh, bertengkar? Pernah, mana boleh tak pernah bergaduh dengan BFF. Terutama bila masing-masing tak mahu dengar pendapat masing-masing. Ish, zaman budak-budak yang sangat aku rindu kini. Teman lelaki? Satu perkara yang menjadi trade-mark BFF aku ni, dia memang pantang tengok budak-budak lelaki yang ala-ala 'hensem?' pada mata kasar dia la. BF angkat lah, adik angkat lah, abang angkat lah... Sebut aje title, semua ada. Pun begitu aku hormat pada dia kerana dia tidak mudah tunduk pada 'cinta'. Sebab? Memanglah buruk sikit perangai  orang perempuan bila mata mula rambang macam tu, tapi pelajaran dia memang 'hot'. Tak pernah aku lihat pelajaran dia terbengkalai dek gara-gara insan bernama lelaki ini. Aku ingat lagi pernah dia cuba 'match'kan aku dengan seorang abang angkat dia (hish...tak gemar betul aku), tapi memang tak jalan. Sebab? Aku waktu sekolah orang kata sombong. Tak macam dia, peramah. Pandai bawa diri. Hmm... Terus terang, aku amat cemburu pada sifat ramah dia itu.

Namun, setelah tamat SPM aku menyambung pelajaran dan dia pun menyambung pelajaran, terputus hubungan begitu sahaja. Memandangkan aku berfikir waktu itu, musim cuti sem boleh kembali bertemu, aku diamkan sahaja tidak mencari ikhtiar untuk menghubunginya. Apa yang aku tahu, setelah bapanya pencen dan berpindah ke N Sembilan, baru aku sedar memang dah tak dapat jumpa lagi dah. Hmm... tak ada jodoh nak jumpa kau Liza. Mungkin di masa depan kot, setelah berkerjaya & keluarga mungkin.
 

Gambar ini diambil ketika kali terakhir aku terserempak dengannya 3 tahun lalu.  
Contact no, contact email semua ada aku simpan. 
Tapi, dah lama aku tak mendapat reply darinya. 
Kemanakah kau Liza?

Nota untuk diri sendiri: Kawan, engkau tetap di hatiku. Setiap detik yang pernah kita lalui tak mungkin akan terpadam dari memori ku yang satu ini.




1 comment: