Dia: Salam…… Ape kabo… senyap je skrg….. Banyak projek ke….
Aku: W'salam, heheheh... senyap ke? eh bukan riuh sekampung ke? O_o
Mane ade projek, projek ape aje la...
Dia: Manalah tahu org femes kat tmpt keje kan? Bz memanjang Kluang-JB-Kluang-JB, kita ajak kluar makan skali skala tak sempat langsung.
Aku: *erkk... Dah namanye tanggungjawab, wajib laksanakan ler. U tu, dah xde keje lah nie mengganggu org lain keje...O_o
Dia: hehehe, jom dating tghri nie.
Aku: nanti i tanye ur wifey dia bagi ke tak ekk...
Dia: hahahah
Ish, apa punya jenis entri kali ni? Bukan apa, ini antara beberapa baris ayat perbualan antara aku dan teman baik aku yang sering buat aku tersenyum seorang diri. Eh, tapi bahagian akhir tu, ada pulak 'wifey'? Ya, memang betul. Teman aku ini seorang suami kepada seorang wanita. Persahabatan kami telah lama terjalin sejak dari zaman persekolahan lagi. Ikatan persahabatan yang kekal selamanya. Dan jangan bimbang, kerana aku tak mungkin akan cuba 'masuk jarum' dalam hidup dia, kerana aku kenal pada isterinya. Antara salah seorang teman aku waktu di kampus, seorang wanita yang aku hormat akan peribadinya. Sungguh.
Jadi berapa akrabnya aku dan teman aku yang sudah beristeri ini? Akrab sangat tu, tidaklah. Nanti lain pulak jadinya. hahahah... Adakala aku hubungi dia meminta pandangan berkaitan hal yang mana minda seorang wanita tak dapat nak proses, itulah pentingnya jika punya teman yang berlainan jenis ini.
Wah, bukan main lagi puji melangit padanya ya? Hehehe, iye ke? Tak perasan pulak. Lagipun, entri kali ni aku nak buat santai sahaja. Tak mahu serius. Tension pulak pagi Isnin. :)
Nota untuk diri: Teman, sahabat. Kekal ke akhirnya, walaupun kita bukan siapa-siapa sesama kita, bukan saudara sedarah. Namun kejujuran itu membuatkan aku bangga memilikimu sebagai temanku.
No comments:
Post a Comment