Kesian Sarah tengok seorang ibu yang risaukan anaknya ini.
Haisss...
Sarah tak tahu nak describe macamana ekk...
tak habis-habis.
Walaupun dah banyak keluar kat media,
masih ada lagi yang 'dilarikan' begini.
Sebenarnya,
apa masalah para gadis-gadis yang menjadi mangsa dilarikan ini ye?
Masalah dengan keluarga di rumah ke?
Sampai boleh 'termakan' oleh kata-kata para pemuda Lombok ini.
Tadi baca kat online Harian Metro,
Sarah naik pelik,
bila terbaca berita macam ni lagi.
Yang dilarikan ni semua bukannya buta huruf pun rasanya,
kan boleh baca kat suratkhabar,
keluar kat berita,
bagaimana payahnya hidup mereka yang pernah terpedaya oleh pemuda Lombok,
hidup SANGAT susah di Lombok.
Tapi,
masih ada yang lari jugak ikut kata hati.
Haisss...
Mereka ni tak sayangkan keluarga mereka ke,
bila mereka mengambil keputusan drastik macam tu?
Dan,
bila dah beranak pinak pula,
macam mana anak-anak tu pulak nanti?
Tak kesian ke kat anak-anak tu nanti bila terpaksa hidup susah di negara orang macam tu???
Dan yang paling penting,
mampukah mereka bersabar hidup tidak 'sesenang' si rumah sendiri?
Bukan senang macam mana pun...
Sekurang-kurangnya,
kat negara kita ni,
ada banyak peluang pekerjaan,
andaikata kelulusan SPM sahaja pun,
masih boleh bekerja,
dapat duit untuk kegunaan sendiri.
Jika dah ke Lombok,
apa kamu nak makan wahai anak gadis yang lari ke sana?
Sedangkan 'boyfriend' kamu pun datang Malaysia nak cari duit lebih,
disamping menadah 'kail' cuba mencari 'hasil' yang boleh dibawa pulang,
dengan penuh bangga.
Adakah kamu berbangga menjadi 'hasil pancingan' tersebut,
wahai anak gadis yang gemar mengikut kata hati ini...?
Betul ke kata hati?
Atau telah 'disihir' a.k.a 'diguna-guna'?
Haisss... Haisss... Haisss...
Aik,
banyak betul mengeluh cik Sarah kita kali ini.
Sedih mengenangkan nasib anak2 gadis yang muda,
mentah,
naif,
sering terpedaya dan termakan kata-kata janji indah terutama oleh pemuda Lombok begitu.
KENAPA YE?
KENAPA???
P/S: Rasa-rasa Sarah macam teremosi sikit entri nieh. Marah ni.