Monday, June 28, 2010

Migrain



Salam...

Dah 2 hari aku terbaring je. Tak larat nak bangun. Maaflah ye, sebab tak dapat nak update blog ni. Ini pun aku gagahkan diri untuk bangun. Kalaulah umi aku tahu ni, mau bising dia sebab dia tak bagi aku bangun langsung.

Eh! Apa kena Sarah? Hmm... Macam biasalah, aku ada migrain. Bila dah masuk 2-3 malam tidur lewat, baki hutang tidurku yang aku tak bayar balik, maka inilah akibatnya. Aku nak berdiri langsung tak boleh, nak bangun mencapai lappy ini pun tadi kaki pijak lantai ni rasa macam beralun lantai yang aku pijak. ishh...

Ubat? Hmm... Memang dah makan ubatlah ni, jadi macam ni. Tengah terhoyong-hayang macam orang mabuk. Ish... Tak suka betul bila rasa macam ni. Nak bernafas pun aku rasa macam pendek nafas aku ni jadinya. Ya Allah... Tuhan aje yang tahu macamana rasanya aku ketika ini.

Oklah, aku dah tak pasti apa aku nak tambah lagi dah. Mata pun dah tak boleh nak buka ni. Aku nak pergi sambung rehat ni. Harap-harap esok aku ok lah, rasa banyak benda nak update kat blog aku ni. Tapi keadaan kepala aku yang dah mulai menyenget sebab menahan kesakitan kini, terpaksa aku tunda dulu niat nak update blog ni. Insyallah, panjang umur bersambung lagi nanti.



Friday, June 25, 2010

KebesaranNya...

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Melihat dilangit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan


Betapa indah bait-bait lirik lagu ini. Sebentar tadi, apabila aku sampai rumah sahaja kebetulan satu sinetron Indonesia ni baru nak mula. Dengar lagu tema sinetron ni buat aku tertanya-tanya lagu siapakah gerangannya. Bila aku tunggu sekejap, biasanya bahagian permulaan sinetron akan disenaraikan tajuk lagu dan penyanyinya sekali. Dan aku dapat, wah-laaa... ST12 (kumpulan dari Indon lagi), tajuknya Kebesaranmu...

Oh ya, satu lagi lagu nyanyian dari sebuah lagi band dari Indonesia, lagu tema untuk cerita JANJI KEKASIH yang baru sahaja dimainkan di TV3 setiap malam Sabtu. Tajuk lagu PADAMU KU BERSUJUD dari AFGAN...


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud 


Wah, bukan main suka cik Sarah kita pada band-band atau kumpulan muzik Indonesia, apa dah tak ada band atau kumpulan muzik tempatan dah ke nak diminati?. Hishhh... Janganlah dihakimi aku pula, aku suka lagu-lagu berunsur keagamaan begini. Setiap kali mendengar membuatkan aku terasa amat kecil sekali di alam ciptaan yang maha agung. Adakah kumpulan pemuzik dari tempat kita banyak mengeluarkan lagu-lagu sebegini? Penuh syahdu, penuh rasa keinsafan setiap kali mendengar alunan merdu susunan lagu dan puisinya.

Baiklah, inilah pendapat aku buat entri kali ini. Dan aku minta diri dulu, kesakitan ini kembali lagi. Insyallah jika panjang umur kita bertemu di catatan seterusnya.



P:S: Maaf, aku tak berkesempatan untuk meng'copy-paste'kan link lagu-lagu tersebut. Jika kalian yang mengikuti tulisan aku ini ingin mendengar lagu tersebut, silalah cari di youtube, mesti ada punya.



Tuesday, June 22, 2010

Lagu Lama, Flashback sekejap...

Boy Krazy - That's What Love Can Do



You're just a fool
You say i'm number one
And you'll always be true
How can this be
You say you've fallen in love
You dont know what it means

But look around and you will see
Broken promises and jealousy
is that what you should want for us to be
one time lover turned enemy

But that's what love can do
I dont want to break your heart in two
and leave you crying
that's what love can do, oh no
I want you to know
Im letting you go

All I can say is that
I'm looking no further ahead than today
Too young for this game
on the road to forever
we don't know the way

So just forget about eternity
All the promises we just can't keep
Look down any street that's what you'll see
I don't want to bring you to your knees


Akhirnya aku berjumpa dengan lagu lama ni setelah sekian lama aku mencari. Meskipun lagu ni tengah top waktu tu aku kecil lagi, tapi aku masih ingat dengan jelas liriknya part korus tu, 

THAT'S WHAT LOVE CAN DO
I DON'T WANT TO BREAK YOUR HEART IN TWO
AND LEAVE YOU CRYING

Jadi, apa pulak kisahnya? Entah ye, mesti nak kena ada kisah ke? Hishh... Mana ada. Sejak malam tadi tiba-tiba keluar pulak kat dalam minda ni. Jadi, aku nak berkongsi dengan semua akan lagu ini. 

Lagu ni simple sahaja, tapi aku suka dengar. Tapi, nak suruh jadi berhantu tu, tak adalah sampai macam tu, heheheh. Silalah klik untuk mendengar ye... :)


Monday, June 21, 2010

Borak Kosong Pagi Isnin...

Dia: Salam…… Ape kabo… senyap je skrg….. Banyak projek ke….

Aku: W'salam, heheheh... senyap ke? eh bukan riuh sekampung ke? O_o 
Mane ade projek, projek ape aje la...

Dia: Manalah tahu org femes kat tmpt keje kan? Bz memanjang Kluang-JB-Kluang-JB, kita ajak kluar makan skali skala tak sempat langsung.

Aku: *erkk... Dah namanye tanggungjawab, wajib laksanakan ler. U tu, dah xde keje lah nie mengganggu org lain keje...O_o

Dia: hehehe, jom dating tghri nie.

Aku: nanti i tanye ur wifey dia bagi ke tak ekk...

Dia: hahahah

Ish, apa punya jenis entri kali ni? Bukan apa, ini antara beberapa baris ayat perbualan antara aku dan teman baik aku yang sering buat aku tersenyum seorang diri. Eh, tapi bahagian akhir tu, ada pulak 'wifey'? Ya, memang betul. Teman aku ini seorang suami kepada seorang wanita. Persahabatan kami telah lama terjalin sejak dari zaman persekolahan lagi. Ikatan persahabatan yang kekal selamanya. Dan jangan bimbang, kerana aku tak mungkin akan cuba 'masuk jarum' dalam hidup dia, kerana aku kenal pada isterinya. Antara salah seorang teman aku waktu di kampus, seorang wanita yang aku hormat akan peribadinya. Sungguh. 

Jadi berapa akrabnya aku dan teman aku yang sudah beristeri ini? Akrab sangat tu, tidaklah.  Nanti lain pulak jadinya. hahahah... Adakala aku hubungi dia meminta pandangan berkaitan hal yang mana minda seorang wanita tak dapat nak proses, itulah pentingnya jika punya teman yang berlainan jenis ini. 

Wah, bukan main lagi puji melangit padanya ya? Hehehe, iye ke? Tak perasan pulak. Lagipun, entri kali ni aku nak buat santai sahaja. Tak mahu serius. Tension pulak pagi Isnin. :)
 


Nota untuk diri: Teman, sahabat. Kekal ke akhirnya, walaupun kita bukan siapa-siapa sesama kita, bukan saudara sedarah. Namun kejujuran itu membuatkan aku bangga memilikimu sebagai temanku.

Saturday, June 19, 2010

Ahh... Yang Berlalu Takkan Berulang



Aihh... Lain macam aje tajuk entri kali ini? Macam tajuk lagu nyanyian Lotter dulu kan? hehehe Bukan apa, aku teringatkan seseorang yang pernah rapat dengan aku dulu, haaa... jeng jeng jeng

Dah dua tiga hari ni, aku asyik teringatkan best fren aku masa sekolah dulu, Zaliza. (laa..best-friend rupanya, suspence jer Sarah ni, heheh) Rindu betul aku pada dia. Kenapa pula aku tiba-tiba teringatkan best-fren aku sorang ni? Sebenarnya, dialah best fren aku yg pertama sejak aku jejakkan kaki ke sekolah menengah. Memandangkan aku ni sejak tadika bersekolah di sekolah cina sehingga habis UPSR, maka kawan-kawan aku majoriti berbangsa Tionghua. Budak Melayu? Jangan harap nak jumpa, sebab zaman persekolahan aku masa tu (80an-90an), nak jumpa budak Melayu memang payah. Dan bila aku perhatikan sekarang ni barulah ramai anak-anak Melayu bersekolah Cina. Kalau tak pun, terdapat beberapa sekolah rendah yang ada silibus ataupun pelajaran tambahan subjek bahasa Cina diajar. Itu pun akan ditawarkan kepada murid yg mana pihak sekolah akan pilih mereka yang mampu untuk membawa subjek tersebut.

Ok lah, berbalik kepada persoalan kenapa aku tiba-tiba teringatkan best-fren aku ni. Sebenar, tempoh hari sewaktu aku sedang mencuci mata di pusat membeli belah aku terpandang satu kelibat yang membuatkan mata aku tidak berkelip. Aku cuba perhatikan kelibat tersebut selama yang boleh, cuba mencari di dalam kotak memori aku dimanakah aku pernah melihatnya. Segala gerak geri, setiap susun atur langkah... saling tak tumpah seperti seseorang yang aku pernah kenal selama 6-7 tahun bergelar pelajar sekolah. 

Segala suka duka, segala perit jerih bersama. Pergi menonton wayang, bermain bowling malah menonton konsert bersama. Bergaduh, bertengkar? Pernah, mana boleh tak pernah bergaduh dengan BFF. Terutama bila masing-masing tak mahu dengar pendapat masing-masing. Ish, zaman budak-budak yang sangat aku rindu kini. Teman lelaki? Satu perkara yang menjadi trade-mark BFF aku ni, dia memang pantang tengok budak-budak lelaki yang ala-ala 'hensem?' pada mata kasar dia la. BF angkat lah, adik angkat lah, abang angkat lah... Sebut aje title, semua ada. Pun begitu aku hormat pada dia kerana dia tidak mudah tunduk pada 'cinta'. Sebab? Memanglah buruk sikit perangai  orang perempuan bila mata mula rambang macam tu, tapi pelajaran dia memang 'hot'. Tak pernah aku lihat pelajaran dia terbengkalai dek gara-gara insan bernama lelaki ini. Aku ingat lagi pernah dia cuba 'match'kan aku dengan seorang abang angkat dia (hish...tak gemar betul aku), tapi memang tak jalan. Sebab? Aku waktu sekolah orang kata sombong. Tak macam dia, peramah. Pandai bawa diri. Hmm... Terus terang, aku amat cemburu pada sifat ramah dia itu.

Namun, setelah tamat SPM aku menyambung pelajaran dan dia pun menyambung pelajaran, terputus hubungan begitu sahaja. Memandangkan aku berfikir waktu itu, musim cuti sem boleh kembali bertemu, aku diamkan sahaja tidak mencari ikhtiar untuk menghubunginya. Apa yang aku tahu, setelah bapanya pencen dan berpindah ke N Sembilan, baru aku sedar memang dah tak dapat jumpa lagi dah. Hmm... tak ada jodoh nak jumpa kau Liza. Mungkin di masa depan kot, setelah berkerjaya & keluarga mungkin.
 

Gambar ini diambil ketika kali terakhir aku terserempak dengannya 3 tahun lalu.  
Contact no, contact email semua ada aku simpan. 
Tapi, dah lama aku tak mendapat reply darinya. 
Kemanakah kau Liza?

Nota untuk diri sendiri: Kawan, engkau tetap di hatiku. Setiap detik yang pernah kita lalui tak mungkin akan terpadam dari memori ku yang satu ini.




Friday, June 18, 2010

Perlukah berjanji? Jika akhirnya...



Kenapa perlu berjanji jika tahu akan kemampuan diri dalam melaksanakan janji itu? Mengapa perlu bersumpah setia jika tahu bahawa Tuhan yang menentukan segalanya? Bukankah lebih elok jika mulut itu hanya menyebut,

"Insyallah..."

Maaflah, 'teremosi' sikit entri kali ini. Bukan apa, aku kasihankan seorang teman sepejabat yang baru kecewa dalam percintaannya. Sedih bila terlalu mengharapkan janji ditabur tidak ditepati. Janji ditabur untuk sehidup semati, untuk mengambilnya sebagai suri hidup. Walau berjanji bersumpah setia sehebat manapun, namun sebagaimana yang kita ketahui bahawa Allah itu maha mengetahui. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

"Aku sedih Sarah, dia dah janji akan ambil aku sebagai isteri. Tapi..."


Aku terkedu bila teman aku yang seorang ini mengadu akan duka lara dihatinya beberapa hari lalu. Aku bersimpati akan nasibnya, ditinggalkan sang pujaan hati. Sedang cuba merawat luka sendirian, kini. Aku menarik nafas panjang, lalu aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk aku luahkan agar tidak menambahkan lara dihatinya,


"Sabar sahajalah Maya. Setiap sesuatu perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin dia bukan jodoh terbaik untuk kau. Aku yakin, ada yang lebih baik darinya untuk kau di luar sana. Sabar ya..."


aku cuba menjadi sahabat yang menyejukkan hati teman-temanku, walaupun pada dasarnya hati aku turut sakit mendengarkan masalah mereka. Macamana pula aku yang turut sama sakit? Kerana aku pernah berada di sana, di 'sektor' yang menyakitkan begitu. Bertahun-tahun aku cuba meyakinkan diri aku dan hati kecilku bahawa ada yang lebih baik menantiku. Cuma, aku perlukan masa untuk menemuinya (walaupun aku kurang yakin waktu itu), dan sudah aku temuikah? Biarlah itu menjadi rahsia hatiku.


Berbalik kepada temanku ini, dia seorang yang amat kuat. Kerana walaupun dia bergelar bekas isteri kepada seorang lelaki, tetapi adakah itu menjadi pengukur bahawa dirinya ditolak mentah-mentah oleh 'bakal mertua yang tak jadi ini'?


"Aku sedih Sarah. Dia bermati-matian mengatakan bahawa dia ingin mengambil aku sebagai isteri. Tapi, ibunya tidak bersetuju kerana status aku. Hanya kerana status JANDA aku ni! Kenapa Sarah? Kenapa masih ada orang berfikiran macam tu lagi di zaman ini?"


Serta-merta aku terbayangkan kisah Rita Rudaini yang kahwin di sempadan. Sampai perlu jadi begitukah? Kerana tiada restu dari keluarga lelaki kerana status JANDA Rita, mereka ambil jalan nekad begitu. Perlukah? Aku tidak mengatakan wajar tindakan sesetengah orang masih menitikberatkan status bakal menantu mereka, tetapi itu hak mereka. Setiap orang ada pendirian mereka sendiri.


Jadi, apa kena mengena janji dengan semua ini? Si pujaan hati dah berjanji walau apa pun terjadi, dia tetap akan mengambil temanku ini sebagai isteri. Akan tetapi, dalam masa yang sama dia telahpun ditunangkan dengan gadis lain yang telah ditetapkan keluarga. Yang mana, hanya tinggal beberapa bulan sahaja berlangsung majlis pernikahan mereka.


"Apa yang akan kau perolehi dari kuat memegang janji seorang manusia Maya? Kau beritahu aku sekarang, aku nak tahu. Rasa puas hatikah jika kau sudah bergelar 'isteri kedua' nanti? Puas hatikah engkau jika isterinya nanti tahu bahawa suaminya pernah 'terikat' dengan janjinya itu sehingga dia perlu menunaikannya?"


aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku ingin memberi pandangan yang paling jelas buat teman aku ini. Apabila dia mula bercerita bahawa buah hatinya sudah bertunang, sudahpun menghadiri kursus perkahwinan, aku mula berfikir: Jika sudah lalui semua itu, bermakna mahu atau tidak, majlis itu tetap berlangsung dan aku yakin sebagai anak lelaki yang mahu menjaga hati ibunya, pasti dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.


"Atau kau mahu tunjukkan pada ibu dia bahawa kau pun tak kurang hebat bila berjaya menjadi isteri dia?"


Agak kasar ayat aku kini. Kenapa? Sebab aku berpegang pada prinsip, tidak perlulah dikejar barang yang sudah tentu ternyata bukan milik ku. Sudah tertulis bahawa barang itu milik orang lain, maka jauhkanlah diri. Janganlah sekali-kali cuba dekati. Dalam kes teman aku ini, umpama namanya sudah tidak tercatat pada barang itu, jadi sepatutnya dia mula mengatur langkah ke jalan lain agar dapat dia cari barang lain yang belum menjadi milik sesiapa di jalan baru itu. Dan jika boleh, aku mahu dia fahami bahawa dunia ini luas terbentang, tak perlulah dia sempitkan pemikiran memikirkan sang pujaan hati yang telah pun 'dilakarkan' nama pemiliknya itu.


"Sudahlah Maya, jangan kau peningkan fikiran dia lagi. Kau tak kesiankan dia ke? Biarlah dia. Kau lepaskan dia dari janjinya. Jika kau lah bakal isterinya yang langsung tak tahu menahu tentang janji bakal suami kau itu, bagaimana rasanya kau fikir? Mesti kecewakan? Sebab kau melihat bakal suami kau seorang yang amat bertanggungjawab sebab mahu menjadi suami, tetapi ada pula janji dengan seseorang yang tak dapat dia tepati. Alangkah kasihannya..."


Baiklah, sampai situ sahaja. Aku tak mahu panjangkan kisah sedih ini. Buat aku sesak nafas memikirkan:


1. janji - jika berjanji dengan seikhlas hati, ok. Tapi jika kena paksa untuk berjanji?


2. tepati janji - alhamdulillah bagi yang mampu tunaikan janji mereka. *Alangkah bahagianya jika betul semua janji dapat ditepati.


3. mungkiri janji. - bagi yang berjanji dengan keikhlasan hati, pasti sakit untuk memungkirinya. Bagaimana dengan mereka yang di paksa untuk berjanji?


Nota untuk diri sendiri: Mudahkah untuk berjanji? Pastikan diri mampu untuk menunaikan janji itu sebelum setuju untuk berjanji kerana apabila harapan menggunung diletakkan terhadap sesuatu janji itu punah, maka punahlah kepercayaan.



Tuesday, June 15, 2010

Dari Kaca Mata Aku...

Salam sayang semua.

Dah lama tak update blog. Sibuk sikit akhir-akhir ni, perlu bertugas di Kluang jadi masa tak dapat aku peruntukan untuk menulis. Maaf. Oh ya, sebelum itu, malam tadi (waktu itu jam di dinding menunjukkan masa 2a.m, boleh dikira malamkah itu? Atau sudah pagi?) aku menonton filem The A-Team yang mana telah lama aku muat turun dari web.

Memandangkan hari ini aku bertugas di JB (yang mana aku tidak perlu bergegas keluar seawal pagi, dapat keluar ke pejabat mengikut masa tempatan, heheheh), maka aku ambil keputusan drastik menontonnya malam tadi. Drastik? Memang drastik sebab mata aku ini bila sudah melepasi waktu tidurnya iaitu 2 a.m, maka dengan automatiknya mata aku tidak akan dapat dilelapkan selepas itu. Panjangnya menonton filem ini lebih dari 1 jam, jadi faham-faham sahajalah jam berapa aku selesai menonton.



Ok, apa yang seronok sangat The A-Team 2010 ni? Pertama, 4 watak utama Kolonel Hannibal, Face, Bosco dan watak 'gila' paling best, Murdoc. Oh ya, tidak dilupa tema lagu asal siri The A-Team yang asal. Memang seronok menonton. Eh! Cik Sarah kita suka filem aksi lasak ke? Tak adalah aksi lasak atau ganas gila-gila atau serius mati, aku suka filem yang serius + komedi sikit yang mana ianya tidak menjemukan untuk ditonton. Jadi apabila senario mula menjadi agak-agak tertekan, kita masih mampu tersenyum atau tergelak sedikit.

Gelak tu, gelak jugak. Selesai menonton, aku cuba pejamkan mata tetapi ternyata 'akibat' dari melepasi waktu tidur ini amat menyeksakan apabila mata aku seolah-olah kejang tak dapat ditutup. Haaa... itu la, siapa suruh tengok 'movie' tengah-tengah malam kan? Kan, jawab sendiri. hahahah

Aku toleh kiri, toleh kanan. Mata ni degil tak mahu pejam. Penghawa dingin pun aku dah hidupkan, tetap tak mahu pejam. Minum susu panas? Sudah. Aku dah minum, pun mata aku tak mahu pejam. Akhir sekali, aku padamkan penghawa dingin, padamkan kipas. Senyap sunyi keadaan bilik aku. Yang kedengaran hanya bunyi jam dinding aku. Aku tak pasti jam berapa akhirnya mata aku terlelap, akan tetapi yang nyata pagi ini memang terasa amat berat sekali mata aku nak buka. Padan muka aku, tak ada kerja cari kerja malam-malam. Hehehee...

Eyebag? Jangan cakaplah, memang ada. Mata aku dah lebam macam kena tumbuk, huhuhu...



Wednesday, June 9, 2010

Sahabat Baik...


Salam sayang diucapkan kepada teman yang rajin mengunjungi blog Sarah untuk meninjau apakah coretan yang ada. Huhuhu, sungguh terharu. Ok lah. Entri hari ni Sarah nak tulis tentang sahabat lagi. Harap-harap tak adalah yang bosan pulak membaca. Tapi kalau rasa-rasanya bosan jugak, maaflah ye...

Baiklah, apakah ciri-ciri seorang sahabat baik kita? Mari kita lihat senarai berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Tuesday, June 8, 2010

Aishah & Jiman


Aisyah = Syah
Jiman = Jihan

Aisyah + Jiman = Syah Jihan...


Eh, cik Sarah? Dah kenapa ada macam persamaan matematik pulak entri kali ni? Kenapa? Haa... Ini gara-gara aku tengok Akasia: SyahJihan kat TV3 petang tadi lah ni. Aku asyik terfikirkan situasi karektor dalam episod petang tadi, si Aisyah (Fauziah Gous) dan Jiman/Johan/Jihan(Kamal Adli).


Sebelum aku meneruskan, biar aku cerita serba sedikit perihal Aisyah & Jihan ini. Aisyah merupakan seorang setiausaha disebuah syarikat yg berpengaruh, sementara Jihan pula merupakan seorang wartawan yg menyamar sebagai seorang usahawan dari Singapore dan cuba mengorek rahsia keluarga syarikat dimana Aisyah bekerja, disamping ingin membalas dendam atas kematian ayahnya...maybe? Sebab aku pun kadang-kadang dapat tengok, kadang-kadang terlepas. Jadi, apa istimewanya episod petang tadi cik Sarah?


Ok, begini. Aisyah dan Jiman amat rapat. Kerana watak Aisyah adalah lurus bendul(it reminds me of myself when I was younger then), maka setiap butir bicara Jiman diterimanya bulat-bulat. Walaupun lurus, dia bijak kerana dapat merasakan persamaan antara Jiman dan Johan(seorang ahli perniagaan dari Singapore, hasil penyamaran si Jihan ni lah). Jadi, dia sering cuba untuk mengorek rahsia si Johan dan dalam masa yg sama sering meluahkan rasa tak puas hatinya pada si Jiman. Maka, dalam kes ni, Aisyah ni kutuk si Jiman ni terang-terangan dan terus. Dan, dalam situasi akhir tadi, sebelum episod petang tadi berakhir, si Jiman beritahu Aisyah kononnya dia akan pulang ke negara asalnya dan tak dapat berjumpa dengan dia lagi. Melalui perbualan itu, Jiman dan Aisyah meluahkan rasa hati. Ok, itu sahaja. Malas aku nak cerita lebih-lebih bab cintan cintun, penat (hahahah...macam nak lari je.)




Bolehkan seorang perempuan menjadi kawan baik kepada seorang lelaki?



Kenapa tak boleh ye? Kenapa? Adakah kerana berlainan jantina, maka kedua-duanya mesti akan menjadi lebih dari sekadar kawan baik? Pada aku bergantung kepada mind-set setiap individu jika mereka ingin menjadi kawan baik yg sememangnya hanya kawan baik sahaja, maka 'outcome'nya hanya kawan dan tak akan lebih. Akan tetapi apabila salah seorang mula meletakkan mind-set bahawa,



'Kalau aku dapat jadikan dia lebih dari sekadar kawan baik aku... Kalaulah...oh, kalaulah...'



maka, fikiran kita akan mula meletakkan harapan yg amat tinggi kepada 'kawan' kita itu. Dan bila dia tidak merasakan apa yg kita rasa, bagaimana? Kenapa aku berfikiran demikian? Kerana aku akui aku punya seorang kawan baik kini. Teramat baik, sehinggakan setiap permasalah aku dia ketahui. Dan dah lama kami berkawan, sejak dari semester pertama sampai sekarang. Eh, cik Sarah? Takkan tak ada sebarang 'rasa' langsung kot? Berbohonglah aku jika pada permulaan tiada apa rasa. Aku tepis rasa itu demi sayangkan sebuah persahabatan itu. Kenapa tak mahu diberi peluang kepada rasa itu berputik dari sayangkan kawan kepada sayangkan kekasih? Mungkin aku terlalu sayangkan kawan aku itu? Bimbang jika aku mula berkasih, akan ada masalah cemburu, kecewa, sakit hati... dan segala macam penyakit yang ada dalam sebuah hubungan percintaan. Berlainan dengan hubungan persahabatan, ianya kekal untuk selamanya.



Jarang adanya insan yang mampu menjadi seorang 'kawan yang baik' setelah dia bertukar menjadi 'kekasih'. Aku tidak mengatakan tiada ya di sini, tetapi jarang ada. Maka, aku tidak mahu mengambil risiko kehilangan kawan baikku demi mengejar sebuah hubungan percintaan. Cik Sarah seperti takut ingin mengambil risiko ye? Ya, aku akui. Aku takut, aku bimbang. Pengalaman lalu membuat aku sering berhati-hati agar aku tidak terus melakukan kesilapan dalam mencari erti kehidupan sebenar.


Tuesday, June 1, 2010

Email dari teman...

Pagi tadi, bila aku buka email sahaja masuk 1 email dari seorang temanku yang seorang ini. Sememangnya dia satu-satunya teman yang begitu rajin menghantar email yang mampu membuat aku melakarkan 'senyuman kambing' ku, sendirian... heheheh


Ciri-ciri seorang kawan yang 'best':

Something to think about. Are you a good friend...... ......... .?

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.


3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.


7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula..


8) Belajar daripada satu sama lain.


9) Jangan mengata di belakang kawan anda.


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

10.i) Bersahabatlah dengan orang yang forward mail ni kerana dia seorang sahabat yang paling best.. kenaper? tak percaye ye? betul ape! :-)


Umi, maafkan Along...Bukan Along tak mahu...




"Along, sampai bila kamu nak bermain dengan si Irfan tu je? Tak teringin ke anak sendiri? Kamu tu pun bukannya makin muda Long"

Aduh... Sekali lagi aku diserang Umi ku malam tadi. Seperti biasa, ayat-ayat ini membuat aku serba-salah dan kelam kabut. Kenapa? Apa aku nak bagi jawapan? Dah berkali-kali aku diajukan soalan tersebut, dan berkali-kali jugalah aku cuba menepisnya dengan berbagai alasan. Adakah aku pernah kecewa sehingga cuba mencari alasan untuk tidak berusaha mencari seseorang? Atau aku sedang menunggu seseorang? Aku tidak akan menjawab persoalan tersebut, sebaliknya biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan Allah swt. Sesungguhnya hanya padaNya aku mengadu dan padaNya jugalah aku berserah akan jodoh dan ajalku, sekiranya telah tertulis esok tiba seseorang iaitu jodohku, maka aku terima. Dan begitu jugalah dengan ajalku. Tetapi, harus diingat 'seseorang' ini haruslah mampu membimbing aku di dunia ini seterusnya sehingga akhirat. Adakah insan sedemikian? Insyallah ada, mungkin. Cuma pada mata kasar aku, pada fikiran aku, seperti biasa alasan yang sering aku berikan pada Umi,


"Nanti lah Umi. Along belum sedia untuk memikul tanggungjawab yang amat besar ini lagi. Lagipun Ain, Alang dengan Usu kan sekolah lagi tu. Siapa nak tolong tengok-tengokkan sekolah diorang tu? Cukup ke tidak, buku lengkap ke tidak..."

Sekali lagi alasan yang sama aku berikan pada Umi. Umi hanya menggelengkan kepala mendengar alasan yang sama aku berikan kepadanya buat yang entah keberapa kalinya. Bukan aku mahu memberi reaksi yang negatif sebegitu apabila setiap kali dia bertanya padaku akan persoalan serius sedemikian.

Sesungguhnya aku seorang wanita, sudah pasti dalam kepingan hati kecil ku ini ingin memiliki sebahagian lagi kepingan hati yang ada pada sang adam. Cuma, apabila tiba bahagian untuk meneroka hidup dalam sesebuah perhubungan untuk mendapatkan kepingan tersebut membuatkan aku tersentak sendirian memikirkan sendiri, mampukah aku mengharunginya? Mampukah aku, yang selama ini kelihatan begitu tabah dari luar menongkah arus pasang surut di dalam sesebuah perhubungan itu nanti?

Betapa takutnya dan seriknya Sarah kedengarannya, kan? Ya, inilah seorang insan bernama Sarah. Aku berkemampuan untuk ke mana sahaja, jika di arahkan bertugas hingga ke Kutub Selatan sekalipun, waima ke ceruk rantau mana sekalipun, aku tahu aku mampu melakukannya demi satu amanah untuk menyelesaikan tugas. Akan tetapi, jika ianya berkaitan emosi dan perasaan, aku bimbang dan ragu. Bimbang aku tak mampu melaksanakannya sebaik mungkin, ragu aku tak mampu untuk mengharunginya. Seolah-olah dia ni seperti pernah dikecewakan. Jika itu tanggapan kalian, silakan. Mungkin juga ya, mungkin sebaliknya.

Walau apapun pandangan kalian terhadapku kini, padaku, hanya padaNya tempat aku mengadu tangisku dan tawaku. Sesungguhnya pengabdianku padaNya dikala sunyiku, adalah saat-saat yang paling damai, saat diri terasa amat disayangiNya ku rasakan. Maka, usahlah kalian cemburu akan rasa ku ini.

Umi, maafkan Along. Along tahu Umi mahu lihat Along hidup bahagia seperti Angah, tetapi Along belum bersedia melepaskan tanggungjawab Along buat masa ini. Biarlah Along tangguhkan dulu segala berkenaan Along sehingga suatu masa yang sesuai.