Dah kenapa entri kali ni Terkahir pulak cik Sarah? Entah lah, kecelaruan perasaan kot? Tak tahulah, kadang-kadang aku rasa aku ni seorang yang tabah, mampu harungi apa pun. Tapi pada masa-masa tertentu aku rasakan aku seperti seorang sahaja yang ada dalam dunia ni, terkontang kanting. Hish..tak baik untuk kesihatan Sarah fikir macam tu. Nak buat macamana? Itulah aku kata, bila pada masa-masa tertentu jika aku layankan fikiran buntu + kosong aku ni, inilah jadinya.
Ok, ok... Berbalik kepada topik entri ni, sebenarnya di waktu ini tidak kiralah dimana sahaja, aku seperti telah dirasuk oleh lagu ini, TERAKHIR oleh MAHKOTA BAND. Lagu ni sebenarnya lagu tema atau 'OST' untuk drama di TV3 yang telah lepas, Na O Mei.
Ok, ok... Berbalik kepada topik entri ni, sebenarnya di waktu ini tidak kiralah dimana sahaja, aku seperti telah dirasuk oleh lagu ini, TERAKHIR oleh MAHKOTA BAND. Lagu ni sebenarnya lagu tema atau 'OST' untuk drama di TV3 yang telah lepas, Na O Mei.
Apa yang membuatkan aku boleh begitu terasuk oleh lagu ini? Aku pun tak pasti, mungkin melodi lagu yang begitu sentimental yang buat aku kerap mendengar lagu ini tanpa jemu kini. Mungkin. Ada kaitan dengan diri sendiri ke Sarah? ishhh... Tak adalah. Aku gema dengar lagu ini, itu saja. Tak ada kaitan pun dengan perjalanan hidup aku pun. Tak semestinya apabila kita punya 'sejarah' hidup yang seangkatan dengannya, maka kita akan putuskan untuk mengaitkan sesuatu yang lain dengannya. Ye tak? Bagi aku, tak sekali-kali. Aku suka lagu ni, sebab ianya slow je, tak ada nak keras sangat, mendayu-dayu. Dan bukan lagu ini sahaja yang aku suka, ada satu lagi lagu yang aku tengah suka dengar, OST drama Syah Jihan...
Kenapa pulak aku suka lagu dari The Fabulous Cats? Pertama sekali, lagu TFC ni liriknya. Aku suka dengar lagu TFC sebab liriknya simple dan tersusun, sesuai dengan susunan musiknya. Tak bercelaru. Tak jemu dengar, dan vokal pun tak kurang hebatnya.
Ok, ok... Dah jadi meret-leret pulak entri kali ini. Macam kosong aje hati cik Sarah ni tengok entri kali ini? Eh! Ye ke? Tak perasan pulak. Huhu... Takpe lah, lain kali entri akan lebih berisi ye, boleh? :)
Ok, ok... Dah jadi meret-leret pulak entri kali ini. Macam kosong aje hati cik Sarah ni tengok entri kali ini? Eh! Ye ke? Tak perasan pulak. Huhu... Takpe lah, lain kali entri akan lebih berisi ye, boleh? :)
salam kenal Sarah...empunyer blog nih chomel lahhh...
ReplyDeleteTenangnya tengok pantai, biru jernih warnanya ..
ReplyDeleteUtk terakhir
ku ingin bertemu
memelukmu … menjagamu ..
Meski aku takkan pernah
Bisa lagi melihatmu
cinta ini takkan hilang
sampai mati kan kusimpan ..
ermmm… romantisnya sarah ..
Mungkin ada kisah untuknya dalam diri sarah? …
Salam shi3la,
ReplyDeleteTerima kasih. :P
Comel? Alhamdulillah,syukur kerana Allah kurniakan kelebihan ini pd saya. :)
Salam kenal juga pd anda.
Rashid,
Romantis? hehehe, sikit-sikit, adalah kot? :P
Kisah dalam diri? Tak dinafikan,pasti ada.
Cuma, saya teramat suka pada pemandangan indah pantai & lautan. Indah dan bebas pandangan tanpa batas.
:)
singgah jab yew :P
ReplyDelete