Friday, May 21, 2010

BUNUH DIRI. TIADAKAH JALAN PENYELESAIAN UNTUK MASALAH?

Malam tadi, ada satu berita mengejutkan yang aku tengok kat Buletin Utama.

PASANGAN SUAMI ISTERI TERJUN BANGUNAN, BAYI MEREKA 2 TAHUN DISUMBAT HIDUNG DAN DIBERI PARACETAMOL BERLEBIHAN.



Ishh...Serta-merta pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiran aku ini. Ligat otak aku menapis segala perkara yang positif dan negatif. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Dan siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas insiden seperti ini sehingga sanggup pasangan ini mengambil nyawa sendiri dan anak mereka itu?

Aku tak dapat berhenti dari berfikir tentang berita betapa nekadnya makhluk Allah di dalam mengambil keputusan untuk bunuh diri. Tidak kiralah apa agama atau bangsa sekalipun, semuanya makhluk ciptaan Allah s.w.t. Mengapa sebagai salah seorang yang berpendidikan tinggi (mengikut apa yang para wartawan ceritakan dan tulis di media massa dan cetak), berpendapatan yang aku kira cukup lumayan, sanggup mengambil jalan singkat walaupun sebagaimana kita semua telah dididik sejak kecil bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya? Otak aku mula bergerak cergas memikirkannya, walaupun tiada kaitan dengan aku. Antara faktor yang aku dapat tangkap la (mengikut berita, pasangan ini berasal dari Mumbai, India. Negara yang rata-rata rakyatnya berpegang teguh kepada 'adat' turun temurun.),

1. Kemungkinan besar yang pertama: masalah Kasta.
Perbezaan kasta memberi impak yang amat besar dalam kaum India yang beragama Hindu di negara India (mengikut apa yang aku faham melalui apa yang aku lihat dan baca dari rencana-rencana yang diudara di televisyen dan ditulis suratkhabar/majalah). Walaupun jika mereka berpendidikan tinggi, berjawatan hebat sekalipun, KASTA tetap diutamakan. Entah kenapa orang-orang India beragama Hindu begitu berpegang kuat dengan sistem Kasta ini. Sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri. Aku merasakan EGO turut dicampur dalam sistem kekeluargaan berKasta ini.
Tapi dari sudut positifnya pula, aku merasakan sistem ini dibuat berkemungkinan untuk 'memelihara' keturunan mereka. Betul ke apa aku tulis ni? Entahlah. Mungkin betul, mungkin tidak. Akan tetapi, aku suka menkaji dari setiap sudut. Adalah besar kemungkinan juga agaknya, tak perlu lah aku huraikan berlebih-lebihan, nanti lari tajuk pulak. Setiap sistem dibuat pasti ada kelebihannya, tak lupa juga keburukkannya.

2. Hutang dengan ALONG?
Kenapa aku letak tanda soal? Zaman sekarang ni, tak kira gaji seseorang itu puluhan ribu sekalipun, pasti ada sahaja yang tak cukup guna. Dan bila dah tak cukup guna tu, pada ALONG lah mereka memohon untuk 'bantuan pinjaman'. Bagi mereka yang mulai berkeluarga di kota metropolitan seperti di KL(seperti dalam berita ini.), ianya seperti menjadi 'trend' masa kini jika di dalam berita di akhbar-akhbar tempatan berita tentang betapa rakusnya para ALONG ini dalam cubaan mendapatkan bayaran bagi pinjaman yang telah diberi. Mungkin tekanan dari para pengutip hutang tersebut, bagi sesiapa yang tidak tahan mentalnya ditambah pula immigrate dari Mumbai, tiada saudara mara yang dapat memberi semangat dan sedikit buah fikiran... pasti jalan singkat yang mereka akan pilih. Hissshh...

Apabila difikirkan lagi, aku cukup bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim dan mempunyai keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, aku ada keluarga di sisi sekiranya aku mempunyai masalah (itu pun kalau aku ada masalah berat yang memerlukan aku meminta pandangan keluarga), aku masih ada tempat mengadu. Atau paling tidak, kepadaNYA aku mengadu. Sesungguhnya keadaan dan situasi sewaktu mengadapNYA lah keadaan yang paling aku suka kerana aku merasa seluruh jiwa aku tenang waktu itu. Alhamdulillah kerana KAU masih menyayangi aku, Ya Allah.

Sesunggahnya memang benar kita tak mungkin tahu cerita sebenar mengapa pasangan ini mengambil tindakan drastik sedemikian. Seolah-olah, sudah tiada ungkapan hari esok buat mereka, termasuk anak tunggal mereka itu. Kasihan bila aku baca anak mereka di lemaskan bagi memastikan tiada yang tinggal. Alangkah bagusnya if they can spare their child's life. Biar anak itu dapat melihat dunia ini lebih lama lagi, bukan hanya untuk 2 atau 3 tahun itu sahaja??? Hissss...





7 comments:

  1. tulah dia lumrah dunia.. sukar untuk dinyatakan.. kalau tiada keimanan, memang tu sahaja jalan yang terbaik bagi mereka..

    http://telur-pindangjohor.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nanti kalau nak kahwin, jangan lupa tempah telur pindang ye.. warisan lama Johor.. doorgift yang berbeza untuk para tetamu dengan kualiti terbaik!

    ReplyDelete
  3. telurpindangjohor,

    itu lah,
    syukur kita ada keimanan ye.

    insyallah.
    telur pindang mmg paling best kalau ramuannya cukup ;)

    ReplyDelete
  4. tlg la jgn bwat bnd bodo ni.
    langit bumi x bunyi

    ReplyDelete
  5. akuseniman,

    memang bodoh pun sape yg pernah terfikir nak buat perkara macam ni.
    tapi peliknya, tetap ada jugak org yg buat.
    hisss...

    jauhkan lah dari perkara2 macam ni kat family kita ye.

    ReplyDelete
  6. salam

    Mereka yang bunuh diri rasanya sudah tak tertanggung akan perasaan ..

    ReplyDelete
  7. Rashid,

    mungkin juga, kita tak berada di tmpt mereka jdi kita tak tahu bagaimana rasanya.
    apa2 pun, setiap permasalahan ada jln penyelesaiannya, tak perlulah sampai nak ambik nyawa sendiri dan org yg tak berdosa spt anaknya tu. ish ish ish

    kesian pd anaknya tu, belum faham apa2 tentang dunia ni pun.

    ReplyDelete