Monday, May 17, 2010

Hujung Minggu Paling Memenatkan.

Hujung Minggu Paling Memenatkan? Kenapa pula cik Sarah? Ada apa-apa function ke? Memang letih hujung minggu yang baru lepas ini. Letih betul. Banyak betul tempat nak kena pergi, dari rumah sepupu aku yang berkahwin pada Jumaat malam Sabtu, majlis sandingnya pada esoknya berlangsung di rumah atok saudara, dan keesokkannya pulak perlu menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki. Huisss... Mau tak letih. Aku kena ikut sebab Umi(ibuku) telah beriya-iya nak mengikut. Kata Umi,

"Nanti majlis kamu, diorang mesti datang ramai-ramai jugak. Baru meriah, saudara mara semua datang."

Ngee... Tak terkata apa aku. Kalau aku jawab nanti, bertambah panjang berjela hujah percuma aku dapat dari Umi. ish ish ish...

Cukuplah bercerita tentang majlis persandingan atau perkahwinan ni. Kalau bercerita, nanti lari dari topik pulak, huhuhuh. Aku bukan nak melarikan diri dari hakikat kehidupan sebenar manusia, cuma aku tak mahu nanti aku 'teremosional' pulak. Habis lah kredibiliti aku sebagai anak sulung yang tabah selama ini. Huiss... kredibiliti tu, heheheh.

Ok, ok. Aku boleh ceduk sikit pendapat aku tentang majlis kahwin/sanding ni. Tak ada siapa pun yang tak ingin melangkahkan kaki ke gerbang tersebut. Tak banyak sikit pun mesti ada. Aku pun ada. Cuma aku tak ada lah nak mengharapkan majlis tu sampai perlu potong kek dengan iringan tembakan rifel, atau berjalan di bawah pedang, atau berjalan di dalam taman ke, cukup dengan iringan kompang style orang-orang kampung. Majlis rewang dengan ramai jiran tetangga datang menyibuk-nyibuk nak tahu, pengantin dah siap solek ke belum, pelamin warna apa, berapa persalinan (hahaha, bila aku ikut Umi untuk majlis sepupu aku ni baru aku tahu serba sedikit, kalau tak sebelum ni tak pernah terfikir pun ;P). Sungguhpun kelihatan memenatkan, namun aku yakin di sebalik setelah selesai segala majlis di hujung hari, kepuasan akan datang bergolek sendiri apabila segala dirancang mengikut jadual. Iye ke cik Sarah? Iye lah agaknya kot. Aku tak pasti, sebab aku lihat sepupu aku tersenyum memanjang meskipun dia sibuk sepanjang beberapa bulan sebelum itu sehingga semalam. Aku ada tanya dia, tak penat ke dia sepanjang hari itu, dan jawabnya,

"Sarah, terima kasih sebab datang tolong ye. Tak penat lah Sarah. Aku rasa macam dunia turut meraikan aku, kalau kau nak tau rasanya" sambil terpancar wajah cerianya. Sampai macam tu sekali ye? Iye...

Ok, cukuplah tu aku membebel seorang diri. Aku rasa ini sahaja buat entri kali ini. Singkat sahaja. Dah hari Isnin ni. Banyak kerja menanti aku dengan setia. Aku perlu selesaikan segala urusan di Kluang ni sebelum balik ke pejabat di JB. Owhh... Rindu betul aku pejabat di JB. Aik? Rindu? Rindu pejabat ke rindu orang yang berada di sekitar pejabat ni cik Sarah oii... Hahaha

Mana-mana la Labu.

Di entri akan datang aku akan huraikan secara terperinci.

:)



No comments:

Post a Comment