Friday, May 14, 2010

Men will always be men... Iye ke?

Entah kenapa, aku asyik teringatkan kata-kata seorang kawanku kelmarin. Kata-katanya membuatkan aku berfikir banyak dan mendalam, dalam mencari pro dan kontranya.

"Orang lelaki nie, kalau dah ada bini nak buat apa dia tersibuk-sibuk nak cari 'betina' kat laman sembang? Cyber chat la apa la... Kenapa? Bini kat rumah dah tak seksi ke? Kalau dah macam tu, pegi la kejar 'betina-betina' yang rajin sangat buat cyber chat semua tu."

Oooohhh... Terpinga-pinga aku mendengar omelan kawanku yang seorang ini. Sebabnya, aku tak tahu hujung pangkal, nampak kelibat dia yang sememangnya suka berkebaya ketat tapi muka sedikit kelam tempoh hari, membuatkan muka ku berkerut penuh tanda tanya (dengan harapan dia nampak dan terangkan pada aku apa punca masalah tanpa perlu aku bertanya). Segera dia duduk di depan aku cuba tenangkan dirinya yang pada firasat aku (firasat? pandai ke aku berfirasat? entahlah), kemungkinan besar hatinya sedang panas ketika itu.

"Sarah, kau sibuk ke tak ni? Akak nak meluahkan rasa tak puas hati ni. Sakit hati ni."

Memandangkan sakit tekak aku masih di peringkat penyembuhan, belum 100% sembuh, maka aku memberi isyarat dengan tangan bahawa boleh, aku tak berapa sibuk sambil menggangguk-anggukkan kepala aku.

Maka, berceritalah akak Zu ni, kawan sepejabat aku yang dah berkahwin masuk tahun ke-8 ni, menurut ceritanya dia memang makan hati dengan perangai suami dia. Menurut kak Zu ni lagi, ada ke patut suami dia minta dia create satu profile kat satu lama social dan letak gambar-gambar yang berunsurkan seks yang diambil dari internet dan cari kenalan online yang 'seangkatan'. Aku tak berapa pasti maksudnya 'seangkatan' tu, maka aku pun bertanya lah,

"Seangkatan? Maksud kak Zu, yang mencari kenalan untuk chat pasal seks kat online ke kak?" dengan bersusah payah aku cuba mengeluarkan suara bertanya, sekali keluar suara garau semacam je, huisss

"Iye lah. Habis tu, seangkatan apa lagi?" marah betul kak Zu ni bila aku keluarkan soalan sebegitu. Aku lihat kak Zu ni, nak kata dia gemuk tak jugak, badan dia tak ada potongan, pun tak jugak. Kalau tak takkan lah suka-suka hati dia nak berani pakai kebaya ketat. Mestilah orang yang mempunyai potongan badan menarik yang mampu mengenakan baju kebaya ni. Umur dia 32 tahun. Anak dah 4 orang, semua perempuan. Muka? Rambut? Pada pandangan aku, seiring dengan umur dia lah. Takde lah sampai nak meng'high-light'kan macam orang-orang yang perasan mereka itu minah saleh celup. Huisss lagi...

Jadi, apa sebenarnya masalah kak Zu ni? Masalahnya, mengikut ceritanya sehingga yang dapat aku fahamkan ialah: husband dia merupakan salah seorang cyber-chat. Dalam erti kata lain, suka mencari kenalan di internet untuk seks-chat. Masalah besar ke? Mungkin bagi sesetengah orang di zaman ini, bukan masalah besar pun. Chat aje. Apa yang nak dikecohkan sangat pun. Iyelah, kalau setakat chat biasa-biasa macam orang kebanyakan bertanya khabar berita itu lain lah, ini chat tentang kisah dalam bilik tidur, atas katil! Memang lah aku kisah! Yang membuatkan aku tertanya-tanya, mengapa begitu banyak sekali sekarang ni orang-orang lelaki gemar ber'cyber-chat' atau ber'seks-chat' bagini? Kebanyakkannya dari golongan mereka yang sudah berkeluarga. Aku nyatakan secara terang sekali lagi, golongan ini BERKELUARGA, bukan beristeri sahaja ya. Kenapa? Berkeluarga maksudnya ada isteri dan sudah punya anak. Kenapa? Mungkin kurangnya rasa 'keseksian' antara mereka suami isteri? Aku tak pasti kerana aku belum berumahtangga dan belum bersuami. Akan tetapi, kebanyakkan para perempuan yang melayan kerenah para 'suami' yang gemar 'cyber' ni mereka yang belum berkahwin. Bagaimana para perempuan ini begitu tegar dan berpengalaman melayan karenah suami-suami orang ini dalam talian? Eh? Mana pula cik Sarah tahu ni? Jangan lupa, kak Zu aku bercerita. Bagaimana suami dia dari ber'cyber-chat' sampai chat ber'sms' tak kira masa. Aik, itu pun kecoh jugak nak cerita kat orang lain? Mestilah, dia mencari tempat bercerita memandangkan aku tak boleh nak bercakap banyak oleh kerana masalah tekak aku kini, maka dia mengambil kesempatan diatas 'kelebihan' ini kerana aku pasti akan kurang berbicara tetapi lebih mendengar. Berbalik kepada persoalan aku tadi, antara lainnya aku sendiri pernah di ajak untuk ber'cyber-chat' oleh para suami yang begitu dahagakan chat-chat sebegini. Owh, tolonglah. Bukan semua perempuan berstatus single itu suka di ajak begitu seperti perempuan jalang ya. Sesungguhnya aku pelik melihat begitu ramai perempuan sekarang runtuh akhlak moralnya. Tidak terfikirkah oleh mereka ini bahawa Tuhan itu maha besar? Setiap perbuatan kita akan dibalas olehNya kepada kita secara langsung sebelum hukuman sebenar di akhirat kelak? Sedarkah mereka? Tidakkah mereka berfikir bahawa mereka juga punya saudara perempuan, ibu, adik perempuan, anak perempuan? Bagaimana jika saudara perempuan mereka yang berada di tempat para perempuan yang mereka ajak cyber-chat itu? Huiss...

Nauzubillah, jauh kan lah dari keturunan dan kaum keluargaku.


4 comments:

  1. panjang entri ni. tp berjaya habiskan! yeahh. hmmm mintak jauh la drp laki cmni. takot :(

    ReplyDelete
  2. itu lah Alynn, zaman skrg ni mcm2 perangai manusia. mintak simpangkan lah dari semua tu...huisss

    ReplyDelete
  3. erm.. tak sayang bini betul la macam tu. ish. tak faham macam mana benda ni boleh berlaku. sepatutnya dari awal lagi isteri dah sound.

    ReplyDelete
  4. Ariff,
    tak pasti la tak sayang bini ke apa...
    Tapi yg nyata, diorg nie species yg tak pandai bersyukur apa yg diorg ada.
    Itu apa yg aku fikir la...
    Apa2 pun, TQ sbb drop by blog yg tak seberapa ni.
    huhuhu :)

    ReplyDelete