Monday, May 31, 2010

Terakhir... kah?

Dah kenapa entri kali ni Terkahir pulak cik Sarah? Entah lah, kecelaruan perasaan kot? Tak tahulah, kadang-kadang aku rasa aku ni seorang yang tabah, mampu harungi apa pun. Tapi pada masa-masa tertentu aku rasakan aku seperti seorang sahaja yang ada dalam dunia ni, terkontang kanting. Hish..tak baik untuk kesihatan Sarah fikir macam tu. Nak buat macamana? Itulah aku kata, bila pada masa-masa tertentu jika aku layankan fikiran buntu + kosong aku ni, inilah jadinya.

Ok, ok... Berbalik kepada topik entri ni, sebenarnya di waktu ini tidak kiralah dimana sahaja, aku seperti telah dirasuk oleh lagu ini, TERAKHIR oleh MAHKOTA BAND. Lagu ni sebenarnya lagu tema atau 'OST' untuk drama di TV3 yang telah lepas, Na O Mei.



Apa yang membuatkan aku boleh begitu terasuk oleh lagu ini? Aku pun tak pasti, mungkin melodi lagu yang begitu sentimental yang buat aku kerap mendengar lagu ini tanpa jemu kini. Mungkin. Ada kaitan dengan diri sendiri ke Sarah? ishhh... Tak adalah. Aku gema dengar lagu ini, itu saja. Tak ada kaitan pun dengan perjalanan hidup aku pun. Tak semestinya apabila kita punya 'sejarah' hidup yang seangkatan dengannya, maka kita akan putuskan untuk mengaitkan sesuatu yang lain dengannya. Ye tak? Bagi aku, tak sekali-kali. Aku suka lagu ni, sebab ianya slow je, tak ada nak keras sangat, mendayu-dayu. Dan bukan lagu ini sahaja yang aku suka, ada satu lagi lagu yang aku tengah suka dengar, OST drama Syah Jihan...




Kenapa pulak aku suka lagu dari The Fabulous Cats? Pertama sekali, lagu TFC ni liriknya. Aku suka dengar lagu TFC sebab liriknya simple dan tersusun, sesuai dengan susunan musiknya. Tak bercelaru. Tak jemu dengar, dan vokal pun tak kurang hebatnya.

Ok, ok... Dah jadi meret-leret pulak entri kali ini. Macam kosong aje hati cik Sarah ni tengok entri kali ini? Eh! Ye ke? Tak perasan pulak. Huhu... Takpe lah, lain kali entri akan lebih berisi ye, boleh? :)

Thursday, May 27, 2010

City Merah vs Camry Silver

"Sarah, bila kau nak update entri kau kat blog pasal 'si dia' tu...?"

Tiba-tiba suatu hari aku diajukan oleh soalan serius a.k.a sensitif ini oleh minah paling kecoh kat ofis aku. Erkk... Tergamam aku. Eh, minah ni baca blog aku ke? Masak. Dan dengan muka separa faham (konon-konon aku tak faham lah, maklumlah...blog aku ni tempat aku luahkan fikiran aku ni hal-hal berkaitan kehidupan aku. Tup tup, ada pulak 'reader' demand mintak aku update tulisan. Huuuu... Memang masak aku...), aku tanya pada Cik Kiah ni,

"Eh! Bila masa pulak saya cerita pasal 'si dia'? Akak salah tengok blog tak? heheheh"

Bagusnya soalan, tak bersalah aje bunyinya kan? Hahaha... Tapi, memang aku nak update satu hari nanti tentang seseorang, tapi belum waktunya sebab rasa-rasa aku ni 'tepuk kat angin' je...hahahah. Eh! Alang-alang dah buka cerita ni, baik aku teruskan aje cerita memandangkan Cik Kiah aku sorang tu dah sibuk bertanya. Selagi dia tak dapat apa yang dia cari, selagi itulah dia akan sibuk mencari aku dengan pelbagai soalan yang menyakitkan halwa telinga aku nanti.

Siapakah gerangan orang yang aku ceritakan ini? Orangnya sebenarnya bekerja di bangunan yang sama dengan bangunan tempat kerja aku, setiap kali bila aku tiba di parkir letak kereta pasti selang beberapa saat keretanya akan tiba dan parkir di hadapan kereta aku (ngeee... Cik Kiah, lepas ni jangan lah pulak pergi 'skodeng' kereta dia ye...). Dan setiap kali itulah aku akan tersenyum (dengan secara spontan dan bukan senyuman menggoda yer sebab dah tiap-tiap pagi mesti terserempak macam tu) apabila mata aku terpandang wajah dia di depan aku. Heeee... Macam-macam lah cik Sarah ni, takkanlah tiap-tiap pagi macam tu? Serius! Memang macam tu. Kecualilah kalau aku kena pergi ofis kat Kluang atau jammed gila kat jalan, mungkin timing untuk bertemu dah lari. Tapi, inilah kenyataannya, ewahh... Beriya-iya nampak? Obvious sangat ke? Hehehe... Tak adalah. Orang tu pun aku rasa dah ada girlfriend kot. Macamana pula boleh tahu ni? Sebenarnya, selain bertembung di tempat letak kereta, selalu jugak bertembung dalam lif. Owh...jadi dah pernah berjumpa, berkenalan lah ni? Eh... Tak adalah berkenalan macamana pun. Kebetulan satu hari tu handphone dia berbunyi. Cara dia bercakap dan intonasinya, siapa pun boleh teka. Jadi? Cik Sarah frust lah ni? Hisshhh... Bila masa pulak frust? Pandai-pandai aje kata kita frust. Takde maknanya. Suka cara dia sapa, bagi salam. Penuh sopan santun. Bukan lemah-lembut ya... Dan setiap kali bila tiba floor aku nak kelur dari lif, dia mesti cakap,

"Wish you good luck untuk hari ini."

Aaaahhh... Kalaulah aku ni lilin, confirm dah cair. hahahah... Ishhh... Dah, dah. Hak milik orang lain tu. Jangan nak layan perasaan sendiri Sarah. Nanti tiba-tiba kena serang dengan girlfriend dia, baru padan muka.

Begitulah kisahnya. Jangan muak pulak lepas baca ye Cik Kiah. Dan jangan nak cari pulak dia kerja kat ofis apa dan tingkat berapa, sebab... I didn't ask. ahahahaha... Eh! Kenapa tak tanya Sarah? Melepas la peluang. Tak payahlah nak sibuk-sibuk, bukan siapa-siapa pun aku dengan dia. Kawan satu tempat parking kereta. Ahahahah, boleh jawab gitu? :P


P/S: City tu aku, Camry tu 'si dia'. ahahahahah
Rasa macam sengal jer entri kali ni.

Friday, May 21, 2010

BUNUH DIRI. TIADAKAH JALAN PENYELESAIAN UNTUK MASALAH?

Malam tadi, ada satu berita mengejutkan yang aku tengok kat Buletin Utama.

PASANGAN SUAMI ISTERI TERJUN BANGUNAN, BAYI MEREKA 2 TAHUN DISUMBAT HIDUNG DAN DIBERI PARACETAMOL BERLEBIHAN.



Ishh...Serta-merta pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiran aku ini. Ligat otak aku menapis segala perkara yang positif dan negatif. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Dan siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas insiden seperti ini sehingga sanggup pasangan ini mengambil nyawa sendiri dan anak mereka itu?

Aku tak dapat berhenti dari berfikir tentang berita betapa nekadnya makhluk Allah di dalam mengambil keputusan untuk bunuh diri. Tidak kiralah apa agama atau bangsa sekalipun, semuanya makhluk ciptaan Allah s.w.t. Mengapa sebagai salah seorang yang berpendidikan tinggi (mengikut apa yang para wartawan ceritakan dan tulis di media massa dan cetak), berpendapatan yang aku kira cukup lumayan, sanggup mengambil jalan singkat walaupun sebagaimana kita semua telah dididik sejak kecil bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya? Otak aku mula bergerak cergas memikirkannya, walaupun tiada kaitan dengan aku. Antara faktor yang aku dapat tangkap la (mengikut berita, pasangan ini berasal dari Mumbai, India. Negara yang rata-rata rakyatnya berpegang teguh kepada 'adat' turun temurun.),

1. Kemungkinan besar yang pertama: masalah Kasta.
Perbezaan kasta memberi impak yang amat besar dalam kaum India yang beragama Hindu di negara India (mengikut apa yang aku faham melalui apa yang aku lihat dan baca dari rencana-rencana yang diudara di televisyen dan ditulis suratkhabar/majalah). Walaupun jika mereka berpendidikan tinggi, berjawatan hebat sekalipun, KASTA tetap diutamakan. Entah kenapa orang-orang India beragama Hindu begitu berpegang kuat dengan sistem Kasta ini. Sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri. Aku merasakan EGO turut dicampur dalam sistem kekeluargaan berKasta ini.
Tapi dari sudut positifnya pula, aku merasakan sistem ini dibuat berkemungkinan untuk 'memelihara' keturunan mereka. Betul ke apa aku tulis ni? Entahlah. Mungkin betul, mungkin tidak. Akan tetapi, aku suka menkaji dari setiap sudut. Adalah besar kemungkinan juga agaknya, tak perlu lah aku huraikan berlebih-lebihan, nanti lari tajuk pulak. Setiap sistem dibuat pasti ada kelebihannya, tak lupa juga keburukkannya.

2. Hutang dengan ALONG?
Kenapa aku letak tanda soal? Zaman sekarang ni, tak kira gaji seseorang itu puluhan ribu sekalipun, pasti ada sahaja yang tak cukup guna. Dan bila dah tak cukup guna tu, pada ALONG lah mereka memohon untuk 'bantuan pinjaman'. Bagi mereka yang mulai berkeluarga di kota metropolitan seperti di KL(seperti dalam berita ini.), ianya seperti menjadi 'trend' masa kini jika di dalam berita di akhbar-akhbar tempatan berita tentang betapa rakusnya para ALONG ini dalam cubaan mendapatkan bayaran bagi pinjaman yang telah diberi. Mungkin tekanan dari para pengutip hutang tersebut, bagi sesiapa yang tidak tahan mentalnya ditambah pula immigrate dari Mumbai, tiada saudara mara yang dapat memberi semangat dan sedikit buah fikiran... pasti jalan singkat yang mereka akan pilih. Hissshh...

Apabila difikirkan lagi, aku cukup bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim dan mempunyai keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, aku ada keluarga di sisi sekiranya aku mempunyai masalah (itu pun kalau aku ada masalah berat yang memerlukan aku meminta pandangan keluarga), aku masih ada tempat mengadu. Atau paling tidak, kepadaNYA aku mengadu. Sesungguhnya keadaan dan situasi sewaktu mengadapNYA lah keadaan yang paling aku suka kerana aku merasa seluruh jiwa aku tenang waktu itu. Alhamdulillah kerana KAU masih menyayangi aku, Ya Allah.

Sesunggahnya memang benar kita tak mungkin tahu cerita sebenar mengapa pasangan ini mengambil tindakan drastik sedemikian. Seolah-olah, sudah tiada ungkapan hari esok buat mereka, termasuk anak tunggal mereka itu. Kasihan bila aku baca anak mereka di lemaskan bagi memastikan tiada yang tinggal. Alangkah bagusnya if they can spare their child's life. Biar anak itu dapat melihat dunia ini lebih lama lagi, bukan hanya untuk 2 atau 3 tahun itu sahaja??? Hissss...





Monday, May 17, 2010

Hujung Minggu Paling Memenatkan.

Hujung Minggu Paling Memenatkan? Kenapa pula cik Sarah? Ada apa-apa function ke? Memang letih hujung minggu yang baru lepas ini. Letih betul. Banyak betul tempat nak kena pergi, dari rumah sepupu aku yang berkahwin pada Jumaat malam Sabtu, majlis sandingnya pada esoknya berlangsung di rumah atok saudara, dan keesokkannya pulak perlu menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki. Huisss... Mau tak letih. Aku kena ikut sebab Umi(ibuku) telah beriya-iya nak mengikut. Kata Umi,

"Nanti majlis kamu, diorang mesti datang ramai-ramai jugak. Baru meriah, saudara mara semua datang."

Ngee... Tak terkata apa aku. Kalau aku jawab nanti, bertambah panjang berjela hujah percuma aku dapat dari Umi. ish ish ish...

Cukuplah bercerita tentang majlis persandingan atau perkahwinan ni. Kalau bercerita, nanti lari dari topik pulak, huhuhuh. Aku bukan nak melarikan diri dari hakikat kehidupan sebenar manusia, cuma aku tak mahu nanti aku 'teremosional' pulak. Habis lah kredibiliti aku sebagai anak sulung yang tabah selama ini. Huiss... kredibiliti tu, heheheh.

Ok, ok. Aku boleh ceduk sikit pendapat aku tentang majlis kahwin/sanding ni. Tak ada siapa pun yang tak ingin melangkahkan kaki ke gerbang tersebut. Tak banyak sikit pun mesti ada. Aku pun ada. Cuma aku tak ada lah nak mengharapkan majlis tu sampai perlu potong kek dengan iringan tembakan rifel, atau berjalan di bawah pedang, atau berjalan di dalam taman ke, cukup dengan iringan kompang style orang-orang kampung. Majlis rewang dengan ramai jiran tetangga datang menyibuk-nyibuk nak tahu, pengantin dah siap solek ke belum, pelamin warna apa, berapa persalinan (hahaha, bila aku ikut Umi untuk majlis sepupu aku ni baru aku tahu serba sedikit, kalau tak sebelum ni tak pernah terfikir pun ;P). Sungguhpun kelihatan memenatkan, namun aku yakin di sebalik setelah selesai segala majlis di hujung hari, kepuasan akan datang bergolek sendiri apabila segala dirancang mengikut jadual. Iye ke cik Sarah? Iye lah agaknya kot. Aku tak pasti, sebab aku lihat sepupu aku tersenyum memanjang meskipun dia sibuk sepanjang beberapa bulan sebelum itu sehingga semalam. Aku ada tanya dia, tak penat ke dia sepanjang hari itu, dan jawabnya,

"Sarah, terima kasih sebab datang tolong ye. Tak penat lah Sarah. Aku rasa macam dunia turut meraikan aku, kalau kau nak tau rasanya" sambil terpancar wajah cerianya. Sampai macam tu sekali ye? Iye...

Ok, cukuplah tu aku membebel seorang diri. Aku rasa ini sahaja buat entri kali ini. Singkat sahaja. Dah hari Isnin ni. Banyak kerja menanti aku dengan setia. Aku perlu selesaikan segala urusan di Kluang ni sebelum balik ke pejabat di JB. Owhh... Rindu betul aku pejabat di JB. Aik? Rindu? Rindu pejabat ke rindu orang yang berada di sekitar pejabat ni cik Sarah oii... Hahaha

Mana-mana la Labu.

Di entri akan datang aku akan huraikan secara terperinci.

:)



Friday, May 14, 2010

Men will always be men... Iye ke?

Entah kenapa, aku asyik teringatkan kata-kata seorang kawanku kelmarin. Kata-katanya membuatkan aku berfikir banyak dan mendalam, dalam mencari pro dan kontranya.

"Orang lelaki nie, kalau dah ada bini nak buat apa dia tersibuk-sibuk nak cari 'betina' kat laman sembang? Cyber chat la apa la... Kenapa? Bini kat rumah dah tak seksi ke? Kalau dah macam tu, pegi la kejar 'betina-betina' yang rajin sangat buat cyber chat semua tu."

Oooohhh... Terpinga-pinga aku mendengar omelan kawanku yang seorang ini. Sebabnya, aku tak tahu hujung pangkal, nampak kelibat dia yang sememangnya suka berkebaya ketat tapi muka sedikit kelam tempoh hari, membuatkan muka ku berkerut penuh tanda tanya (dengan harapan dia nampak dan terangkan pada aku apa punca masalah tanpa perlu aku bertanya). Segera dia duduk di depan aku cuba tenangkan dirinya yang pada firasat aku (firasat? pandai ke aku berfirasat? entahlah), kemungkinan besar hatinya sedang panas ketika itu.

"Sarah, kau sibuk ke tak ni? Akak nak meluahkan rasa tak puas hati ni. Sakit hati ni."

Memandangkan sakit tekak aku masih di peringkat penyembuhan, belum 100% sembuh, maka aku memberi isyarat dengan tangan bahawa boleh, aku tak berapa sibuk sambil menggangguk-anggukkan kepala aku.

Maka, berceritalah akak Zu ni, kawan sepejabat aku yang dah berkahwin masuk tahun ke-8 ni, menurut ceritanya dia memang makan hati dengan perangai suami dia. Menurut kak Zu ni lagi, ada ke patut suami dia minta dia create satu profile kat satu lama social dan letak gambar-gambar yang berunsurkan seks yang diambil dari internet dan cari kenalan online yang 'seangkatan'. Aku tak berapa pasti maksudnya 'seangkatan' tu, maka aku pun bertanya lah,

"Seangkatan? Maksud kak Zu, yang mencari kenalan untuk chat pasal seks kat online ke kak?" dengan bersusah payah aku cuba mengeluarkan suara bertanya, sekali keluar suara garau semacam je, huisss

"Iye lah. Habis tu, seangkatan apa lagi?" marah betul kak Zu ni bila aku keluarkan soalan sebegitu. Aku lihat kak Zu ni, nak kata dia gemuk tak jugak, badan dia tak ada potongan, pun tak jugak. Kalau tak takkan lah suka-suka hati dia nak berani pakai kebaya ketat. Mestilah orang yang mempunyai potongan badan menarik yang mampu mengenakan baju kebaya ni. Umur dia 32 tahun. Anak dah 4 orang, semua perempuan. Muka? Rambut? Pada pandangan aku, seiring dengan umur dia lah. Takde lah sampai nak meng'high-light'kan macam orang-orang yang perasan mereka itu minah saleh celup. Huisss lagi...

Jadi, apa sebenarnya masalah kak Zu ni? Masalahnya, mengikut ceritanya sehingga yang dapat aku fahamkan ialah: husband dia merupakan salah seorang cyber-chat. Dalam erti kata lain, suka mencari kenalan di internet untuk seks-chat. Masalah besar ke? Mungkin bagi sesetengah orang di zaman ini, bukan masalah besar pun. Chat aje. Apa yang nak dikecohkan sangat pun. Iyelah, kalau setakat chat biasa-biasa macam orang kebanyakan bertanya khabar berita itu lain lah, ini chat tentang kisah dalam bilik tidur, atas katil! Memang lah aku kisah! Yang membuatkan aku tertanya-tanya, mengapa begitu banyak sekali sekarang ni orang-orang lelaki gemar ber'cyber-chat' atau ber'seks-chat' bagini? Kebanyakkannya dari golongan mereka yang sudah berkeluarga. Aku nyatakan secara terang sekali lagi, golongan ini BERKELUARGA, bukan beristeri sahaja ya. Kenapa? Berkeluarga maksudnya ada isteri dan sudah punya anak. Kenapa? Mungkin kurangnya rasa 'keseksian' antara mereka suami isteri? Aku tak pasti kerana aku belum berumahtangga dan belum bersuami. Akan tetapi, kebanyakkan para perempuan yang melayan kerenah para 'suami' yang gemar 'cyber' ni mereka yang belum berkahwin. Bagaimana para perempuan ini begitu tegar dan berpengalaman melayan karenah suami-suami orang ini dalam talian? Eh? Mana pula cik Sarah tahu ni? Jangan lupa, kak Zu aku bercerita. Bagaimana suami dia dari ber'cyber-chat' sampai chat ber'sms' tak kira masa. Aik, itu pun kecoh jugak nak cerita kat orang lain? Mestilah, dia mencari tempat bercerita memandangkan aku tak boleh nak bercakap banyak oleh kerana masalah tekak aku kini, maka dia mengambil kesempatan diatas 'kelebihan' ini kerana aku pasti akan kurang berbicara tetapi lebih mendengar. Berbalik kepada persoalan aku tadi, antara lainnya aku sendiri pernah di ajak untuk ber'cyber-chat' oleh para suami yang begitu dahagakan chat-chat sebegini. Owh, tolonglah. Bukan semua perempuan berstatus single itu suka di ajak begitu seperti perempuan jalang ya. Sesungguhnya aku pelik melihat begitu ramai perempuan sekarang runtuh akhlak moralnya. Tidak terfikirkah oleh mereka ini bahawa Tuhan itu maha besar? Setiap perbuatan kita akan dibalas olehNya kepada kita secara langsung sebelum hukuman sebenar di akhirat kelak? Sedarkah mereka? Tidakkah mereka berfikir bahawa mereka juga punya saudara perempuan, ibu, adik perempuan, anak perempuan? Bagaimana jika saudara perempuan mereka yang berada di tempat para perempuan yang mereka ajak cyber-chat itu? Huiss...

Nauzubillah, jauh kan lah dari keturunan dan kaum keluargaku.


Wednesday, May 12, 2010

Lagi Satu Post: AdaMaya...melalui pandangan aku


Terasa bosan yang teramat di rumah ketika ini kerana aku kembali dihinggap flu, ceisss... Sungguh gemar betul para sekelian 'germ' untuk menghinggapi aku untuk ke sekian kalinya dalam kurang dari 2 bulan. Atau adakah sistem ketahanan badan aku yang kurang daya tahannya di musim orang-orang berpenyakit kini? Isk, tak lah kot..?

Sedang aku duduk depan laptop aku nie, aku sedang berfikir apa patut aku buat. Log-in masuk web itu, pastu aku log-out semula. Pergi ke social web lain, log-in pastu log-out lagi. Semua perkara sama. hurmm... Akhirnya, aku teringatkan drama AdaMaya yang sedang hot sekarang ni.


Adam, Maya dan Dani. Tiga watak yang berperanan utama dalam drama bersiri ini. Aku nak kata best sangat pun tak juga. Sebab drama ni tengah ditayangkan waktu petang, jadi bila dah dihidupkan peti televisyen tu, tengok aje lah. Setiap kali bila aku tonton drama ni, aku mula bertanya sendiri. Adakah sememangnya insan-insan yang hidup mewah- makan pakai semua cukup, berpendidikan tinggi- aku yakin pendidikan agama mesti tak ada kurangnya... tetapi soal hati je, hancur. Habis! Kenapa aku kata habis? Iye lah, bila dah masing-masing mula melangkahkan kaki ke jinjang pelamin, mendirikan rumahtangga, aku yakin minda kita mesti akan memikirkan pasangan hidup kita yang mana kita telah bersetuju untuk bernikah/dinikahkan. Jadi, dalam kisah si Dani ni pulak, aku keliru akan pemikiran dia. Masa Maya mula-mula beritahu dia bakal dijodohkan dengan orang lain, tak nak pulak dia sibuk-sibuk nak masuk meminang si Maya. Bila Maya ajak dia kahwin, dia bagi seribu satu alasan. Entah kenapa, aku terfikir lagi... Ada ke 'jantan' macam tu dalam dunia ni? Maaflah sebab aku guna perkataan 'jantan' sebab aku rasa nak guna perkataan lelaki, tak sesuai sebab karektor DANI tu tak 'gentleman'. Sebagai lelaki sedandainya betul dia sayang pada Maya, usaha tu penting dalam menunjukkan betapa ikhlasnya rasa sayang dia tu. Ini, just verbal.

'B(Maya), i sayang U, B. Kenapa u nak kahwin dengan mamat sengal (Adam) tu B?'

Cuba nak pancing rasa bersalah Maya dengan ayat-ayat sedemikian. Aku pun pelik juga tengok karektor Maya. Dah jadi isteri orang, ada anak. Tapi, bila Dani datang pujuk rayu sikit...cair. Ishh.. Mungkin aku tak berada di tempat dia, yang mana suami sibuk dengan pejabat, plus ada pameran pula. Aku akui memang aku belum merasa bagaimana rasanya bila ditinggalkan sendirian dengan anak. Mungkin rasa tidak dihargai kot? Agaknya... Tapi aku tetap tak puas hati dengan episod semalam, bila si Dani kata dia kerja untuk Maya, bukan untuk ex-wife atau anak dia sendiri. Eh!! Apa pulak merepek macam tu ek? Kompius aku dengan si Dani tu. Boleh ke seorang lelaki, yang pernah berkahwin dan ada anak dari darah daging sendiri berpendirian begitu sekali? Dah sakit jiwa ke apa? Ishh...

Walau apa pun, aku lebih suka versi movie, I'm Not Single,

ceritanya lebih santai, tak stress. Dan paling penting, aku suka tengok riak wajah Farid Kamil yang begitu bersahaja waktu membawa watak Adam. Sangat bersahaja + 'COOL'. Mungkin sebab ceritanya sampai dimana Maya terima Adam, tapi dalam versi movie aku teruja melihat kesungguhan Adam sanggup menjual kereta Mininya semata-mata mahu isterinya menyambung pelajaran. Wahh... sungguh romantik.

Oklah, aku rasa sampai sini dulu pandangan aku tentang Adam + Maya &(?) Dani nie. Mungkin lepas tengok episod petang ni nanti ada pulak pandangan lain, siapa tahu. :)

Introduksi yang baru

Entah keberapa kali aku asyik delete blog, lepas tu create blog baru. Pasti ada sahaja yang tidak kena pada mata aku. Kenapa tak edit sahaja isi kandungan blog tersebut? Entah... Mungkin nak cuba sesuatu yang baru, MUNGKIN.

Aku ingin berkongsi rasa aku disini. Rasa suka, duka, sedih, marah dan lain-lain rasa yang pada pandangan aku yang mana tak mungkin cerita pada sesiapapun yang mengenali aku. Kedengaran seperti hipokrit? Biarkan sahaja. Kerana pada aku, lebih baik mendengar pandangan orang-orang yang tidak pernah aku dengar kerana mungkin pandangan atau idea mereka lebih bernas.

Baiklah, stop with the crap already. Sekarang, aku ingin bercerita serba sedikit perihal hidup aku. Aku anak sulung dari 6 adik beradik. Dua perempuan, empat lelaki. Arwah bapaku seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Meninggal dunia beberapa tahun lalu akibat serangan jantung, as a result dari ketagihan nikotin sejak zaman muda remajanya. Sememangnya, aku amat terkilan dengan kehilangannya kerana aku merasakan aku belum sempat membalas setiap jasanya sepanjang dia menjaga aku sehingga aku dewasa. Dan belum sempat aku mengenalkannya dengan jejaka yang berjaya mencuri hati aku, dia dijemput kembali untuk menghadap Allah swt. Pada mulanya, aku redha. Seolah-olah aku mampu bertahan demi ibu dan adik-adikku. Akan tetapi, lama kelamaan aku mula terasa akan kehilangannya. Mungkin kerana setiap kali apabila aku pulang dari pejabat, pasti arwah orang pertama bertanya akan perihal aku di pejabat. Dan kami akan duduk berbual sehingga ibu akan datang menegur aku agar jangan diganggu dia yang mahu berehat. Ish, rindu betul aku pada arwah bapaku. Dia tidak pernah memberi respon yang negatif pada setiap komen dan komplen aku berkaitan kerja, sebaliknya dia lebih banyak memberitahu bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dan setiap kali itu lah, aku akan berfikir sedalam-dalamnya setiap perkara yang pernah berlaku dalam hidup aku.

Aku tak pasti sejauh mana aku mampu menahan rasa sebak di dalam aku ini. Begitu banyak ingin aku luahkan dan ceritakan tetapi aku tahu tak mungkin aku dapat mencari pengganti arwah bapaku. Meskipun aku dapat mencari seseorang untuk mengisi ruang di dalam hatiku, tapi tak mungkin aku dapat meluahkan segala yang ada di dalam hati aku ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah, Amin.