Salam sayang semua,
Sekejap tenggelam, sekejap timbul cik Sarah senget kita kan. Hehehe, maaflah. Sarah teramat sibuk dan sebahagian masa Sarah banyak habis di pejabat. Sehinggakan masa untuk diri sendiri pun mulai berkurang, dan seperti selalunya apabila Sarah dah mulai sibuk, masa yang berlalu tu pun Sarah dah tak nampak. Bila Sarah jenguk keluar tingkap sahaja matahari dah tiada. Haiss...
Sumber: En Google
Oklah, Sarah tak mahu melalut yang bukan-bukan. Kali ini Sarah nak buat entri tentang KASIH SAYANG. Hmm, mesti ramai yang berkata-kata dalam hati,
"Eleh dia ni. Macam takde topik lain nak buat."
Hmm... Topik lain ada, cuma topik ni sedang berlegar-legar dalam kepala Sarah asyik meminta tolong agar dicurahkan di ruangan sekangkang kera yang tak seberapa ni. Jadi, Sarah rasa baik keluarkannya dulu sebelum topik lain. Apa yang menyebabkan Sarah terasa ingin membebel tentang topik ini ye? Ada kisahnya sebenarnya.
Pada hari Sabtu yang lepas, Sarah sedang menanti En Camry datang menjemput Sarah di pejabat. Ya, cik Sarah senget bekerja pada minggu di mana kebanyakkan pejabat bercuti sebab menyambut Tahun Baru Cina. Memandangkan Sarah tidak menyambutnya maka ada baiknya Sarah melihat kerja-kerja Sarah di pejabat dari duduk di rumah sahaja. Wahh, rajin betul cik Sarah senget kan? Memang rajin, kalau boleh bawa balik rumah untuk diselesaikan pun, Sarah akan bawa balik rumah selesaikan. Begitu buruk perangai cik Sarah senget ni bila dah kemaruk bekerja. Huhuhu...
Oklah, berbalik kepada penantian cik Sarah tempoh hari, Sarah menunggu di perhentian bas di depan pejabat. Dalam pada sedang Sarah menunggu tu, tiba seorang akak ni(umur dalam lingkungan 40+ ke 50+, jadi Sarah bahasakan AKAK ajelah ye, nak sebut makcik macam tua sangat kann...), dengan motor. Apa yang istimewanya? Tak ada istimewanya, cuma dia ada bawa extra topi keledar bersamanya. JAdi secara automatiknya Sarah memerhati sekeliling tiada insan lain selain Sarah dengan dia. Jadi, Sarah terfikir mesti dia tunggu anak dia turun bas nanti agaknya.
Selang tak lama selepas itu, berhenti sebuah bas di perhentian bas tempat Sarah menunggu dengan akak ni tadi. Sarah perhatikan mata dia serta merta seperti mencari seseorang dari celahan orang ramai dari dalam bas tersebut. Ketika itu Sarah perhatikan ada seorang lelaki OKU turun dari bas sambil tersenyum ke arah akak tu tadi. Dan akak tu terus menghulurkan tangannya kepada lelaki itu, dan dicium tangan lelaki itu. Selain itu terpamer di wajah masing-masing senyuman paling manis, paling ceria yang pernah Sarah lihat. Alangkah bahagianya mereka. Kemudian Sarah dapat lihat bagaimana akak tu membersihkan comot-comot di wajah dan pakaian lelaki itu. Meskipun dia sedar orang keliling melihat(that means me, ok. There's no one around except for me, huhuhu). Jadi akak tu bukan tunggu anak dia, tetapi suami dia. Kenapa Sarah kata suami? Sebab kehangatan kemesraan yang Sarah dapat lihat dari reaksi mereka itu buat Sarah terpegun seketika. Dan Sarah merasa seronok melihat kemesraan sebegitu kerana walaupun pasangannya ada kekurangan secara lahiriah, namun akak tu memperlihatkan bagaimana perasaannya di waktu itu. Dan lelaki OKU itu pula, dia Sarah lihat seperti segan sedikit namun Sarah perhatikan wajahnya amat ceria sekali ketika berbual dengan isterinya itu.
Ketika mereka mula bergerak meninggalkan perhentian bas, lelaki OKU itu sempat mengukirkan senyuman pada Sarah. Sarah tersenyum melihat gelagat dia suami isteri, riuh seketika. Terutama ketika isterinya memberinya sebuah beg baru sebagai hadiah,
Suami: Eh, beg siapa ni?
Isteri: Saya belikan beg baru. Beg tu kan dah lama, dah lusuh. Kesian saya tengok abang.
Suami: ( Tersenyum, tersipu ) Terima kasih sayang.
Bagaimanakah kasih sayang kita insan yang sempurna anggota badan ini? Sempurna akal fikiran? Sempurna harta benda? Adakah mampu kita memupuk rasa kasih dan sayang kita sehingga sehangat itu? Rasa kasih yang hangat hinggakan orang yang melihat terasa akan kehangatannya. Sarah pernah terlihat di suatu masa yang lalu bagaimana masamnya muka sepasang pasangan lelaki dan wanita (tak pasti suami isteri atau pasangan tunangan atau pasangan kekasih kerana waktu pagi, rush hour waktu nak pergi kerja, jadi seimbas lalu nampak muka yang mencuka masam). Begitukah rupanya kita jika kita bersama dengan orang yang kita dakwa kita amat menyayanginya? Iya memang betul, tidak setiap masa perhubungan itu berjalan lancar, pasti ada pasang surutnya. Akan tetapi, seawal pagi untuk ke tempat kerja muka sudah mula mencuka, jadi bagaimana perasaan di dalam hati masing-masing? Alangkah ruginya Sarah rasa bila perlu memulakan pagi dengan wajah yang sedemikian.
P/S: Cik Sarah senget cemburu ke tengok akak tu? HUH??? Iye, memang Sarah cemburu sangat, huhuhu... :P