Tuesday, August 24, 2010

Tahajjud Cinta dari Dato' Siti untuk semua...

Ahh...

Layan lagu dari Dato' Siti ni sekejap,
sungguh indah lirik lagu TAHAJJUD CINTA ni...


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud



Monday, August 23, 2010

CINA BUTA



Salam sayang semua...

Hurmm... Prestasi blogging merundum sedikit di bulan Ramadan ni. Almaklumlah, sibuk sikit. Ahaaa... Dah baca topik kan? Ini bukan kisah tentang seorang cina yang buta ye. Mesti tertanya-tanya kenapa boleh terfikirkan isu ni, kan? Seperti biasa jika bukan perkara ni yang berlaku di keliling Sarah la... Mana lagi Sarah nak ceduk idea nak buat entri dalam blog Sarah ni, huhuhu

Kak Shida: Sarah, husband akak nak jadi CINA BUTA lah Sarah...hishhh...sakit hati betullah.

Sarah: Errmmm... CINA BUTA (muka tengah nak ingatkan meaning CINA BUTA...owhhh...seorang lelaki perlu berkahwin dengan seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dengan talak 3 bagi membolehkannya berkahwin kembali dengan suami asalnya tadi...<= correct me if i'm wrong ye... ;P) Kenapa pulak kak?

Kak Shida: Husband akak kata seorang kawan dia nak balik semula dengan bini dia. Dia nak bagi upah RM10k. (wah wah wah... banyak betul duit yee... Dah banyak macam tu kenapa tak cari perempuan lain je buat isteri?)

Ok, mati di situ perbualan kami, sebab bos dah panggil Sarah masa tu. Jadi tak dapat nak buat sesi soaljawab yang lebih intensif lagi dengan Kak Shida, orang HR kat pejabat Sarah tu. Malam tadi Sarah terfikirkan tentang kisah ni. Kisah dimana seorang lelaki yang pernah menceraikan isterinya, dengan talak yang maksimum kini ingin kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Mengapa boleh jadi begitu ye?

Mungkin dia merasakan dia tak dapat mencari wanita lain setanding kesabaran bekas isterinya itu. Mungkin juga dia telah cuba mencari tetapi tiada yang serupa. Mungkin kerana anak-anak juga... Ermmm, mungkin juga. (Berapa banyak mungkin daa... heheheh). Ok, the point is yang Sarah ingin tekankan di sini, lelaki ini telah diberi peluang 3 kali sepanjang perkahwinannya. Itupun jika talak yang dijatuhkan ke atas isterinya itu 1 talak bagi setiap lafaz laa. Walau apapun sebab utama yang menyebabkan dia menjatuhkan talak itu, sepatutnya kewarasan dirinya sebagai seorang lelaki untuk menimbangkan segala aspek kehidupannya jika jatuh talak tersebut, perlu dikaji pro dan kontranya. Kerana sememangnya kuasa talak itu berada ditangan lelaki. Jika suka membuat keputusan tanpa menimbang baik buruknya, beginilah jadinya. Pendek kata, SESAL DAHULU PENDAPATAN, faham? Jadi, bila dah 'terhalang' terus antara dirinya dan bekas isterinya untuk rujuk semula, barulah terhegeh-hegeh mencari jalan agar bekas isterinya itu dapat dilepaskan dari boundaries itu. Sejujurnya, Sarah tidak setuju dengan kaedah CINA BUTA ini. Sebab, berkahwin semata-mata untuk menjadikan wanita yang mempunyai talak 3 itu supaya bebas semula.

Frankly speaking, Sarah pelik bagi mereka yang 'menyanggupkan diri' untuk menjadi CINA BUTA ini. Kerana duit...? Hurmm... in one word to describe these kind of people: MATA DUITAN. Jadi, apakah namanya perkahwinan sebegini? Semacam kahwin kontrak pun iya juga. Paling penting, kasihan pada wanita itu jika dia perlu berkahwin dengan mana-mana lelaki demi menjadikan dirinya keluar dari kongkongan talak 3 ini. Kemudian perlu melalui proses penceraian lagi. Sebenarnya apakah nilai wanita itu di mata lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak 3 ini, kemudian mengupah lelaki lain untuk berkahwin dengan bekas isterinya agar dia dapat kembali dengannya di kemudian hari? Itu pun kalau lelaki yang diupah itu mahu menceraikan wanita itu, jika dia menuntut sejumlah wang lagi, bagaimana??? Bagi yang berduit mungkin tiada masalah. Namun, bila adanya unsur duit dalam masalah sebegini sesungguhnya ianya amat kejam terhadap wanita pada mata Sarah. Tiada nilai kemanusiaan langsung! Tiada perasaan! Ewahh... Ter'emo' pulak, maaf ye...

Seharusnya sebagai manusia kita mempunyai rasa timbang rasa, bersyukur seadanya. Dan jika setiap yang kita miliki sering 'dirungutkan', dalam erti kata sering disesalkan, maka hasilnya akan amat mengecewakan. Maka adalah penting jika kita hidup secara bersederhana, jadi jika kesusahan menimpa, kita bersedia untuknya. Dan sekiranya Tuhan ingin memberi kesenangan pula, janganlah pula lupa bersyukur terhadapNya.

P/S: Hari ni terasa nak berbuka makan spegheti la... Huhuhu...

Friday, August 20, 2010

Alamak......baru tahu ada spesis babi yg berbulu...mcm biri-biri lak...

Sarah terpanggil untuk buat entri ini apabila Sarah baca email dari seorang teman. Betu-betul buat Sarah berfikir banyak kali, apakah ada barang atau benda yang selamat dalam kegunaan kita seharian di Malaysia kini sebagai umat Islam? Oklah, i do not wish to brag long about it, so just continue reading ok...

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria




JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

P/S: Sekali imbas tengok macam biri-biri, tapi bila tengok betul-betul... EEEIIIII... Bila bayangkan kegunaan bulu biri-biri, terfikirkan apakah mungkin bulu binatang ini juga mampu digunakan sebagaimana kegunaan bulu biri-biri tersebut?

Thursday, August 12, 2010

Dapat Hadiah...

Entri ke-2 untuk hari ini...
Waaahhhh...
Satu kemajuan nampak, ehehh...

Sebenarnya nak beritahu Sarah ada terima satu hadiah virtual dari seorang teman.
Hadiah yang istimewa...
Cantik...
Suka...
Special Gift Inside

*Sila klik pada tajuk dibawah hadiah untuk melihat kandungannya. 
Terima kasih.

P/S: To my best ever friend, love you forever babe. 
P/SS: Target Ramadhan tahun ni, nak khatam Quran lagi. Mampu ke nak habiskan dalam sebulan? 
What do you think, hmm...???



Berbuka Di Hotel???

Hurmm...
Semalam Sarah tengok berita tentang berbuka di hotel yang mana kebanyakkan hotel tiada sijil pengesahan halal oleh JAKIM. Isk... Jadi Ramadhan tahun sebelum-sebelum ini pulak macamana? Betapa ramainya umat Islam yang gemar berbuka di hotel dan kini baru dipersoalkan tentang kehalalan bahan mentah yang digunakan oleh para chef di hotel-hotel dalam Malaysia. Jadi sebelum ini tiada orang yang pernah terfikirkan masalah ini ke? 

3D

85 Dapur Hotel Daripada 40 Hotel Mempunyai Sijil Jakim
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Sehingga petang Rabu, sejumlah 85 dapur hotel daripada 40 hotel mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamed Sheikh Abdul Aziz bagaimanapun berkata, jumlah itu hanya senarai dapur hotel yang diberikan sijil halal Jakim.

“Selain Jakim, sijil halal turut diperakui Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan badan Islam yang dilantik Jakim.

“Hanya hotel-hotel ini sahaja yang boleh menawarkan promosi bufet Ramadan. Jika Mereka yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menyalahgunakan terma itu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1967,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Beliau menambah, orang ramai boleh mendapatkan senarai dapur hotel serta hotel yang mendapat sijil halal daripada Jakim dan Jain di laman web, www.halal.gov.my.

Senarai hotel yang mendapat sijil halal dariapda Jakim bagi dapur hotel:

1. Ancasa Hotel, Kuala Lumpur

2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur

3. Cititel Hotel, Pulau Pinang

4. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya

5. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

6. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur

7. Evergreen Laurel Hotel, Pulau Pinang

8. Citrus Hotel, Kuala Lumpur

9. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur

10. Grand Dorsett Labuan Hotel

11. Hotel Armada, Petaling Jaya

12. Hotel Hilton, Petaling Jaya

13. Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

14. Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands

15. Hotel Seri Malaysia, Kuantan

16. Hotel Seri Malaysia, Marang

17. Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang

18. Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani

19. Hotel Seri Malaysia, Taiping

20. Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

21. Pan Pacific KLIA, Sepang

22. KLI Hotel, Kuala Lumpur

23. Hotel Putra, Kuala Lumpur

24. Legend Hotel, Kuala Lumpur

25. Midah Hotel, Kuala Lumpur

26. Corus Hotel, Kuala Lumpur

27. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan

28. PG Hotel Sdn Bhd

29. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur

30. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur

31. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur

32. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur

33. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam

34. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

35. Hotel Maluri, Kuala Lumpur

36. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak

37. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur

38. The Summit Hotel. Subang Jaya

39. Mutiara Johor Bahru

40. Hotel Istana, Kuala Lumpur

Sumber: mStar Online

Dan bagi penduduk negeri Johor pula, dalam banyak hotel bertaraf berbintang-bintang hanya sebuah hotel sahaja yang mendapat sijil halal JAKIM, Hotel Mutiara Johor Bahru. Jadi, bagi mereka yang gemar berbuka di hotel, tak kiralah hotel lain ada  yang memberikan promosi bufet berbuka puasa yang lebih 'budget' dari hotel Mutiara, baik fikir semula sebab mereka tiada sijil halal dari JAKIM. Maka, anda mampu fikir sendirikan mana yang baik dan sebaliknya.

Sekian.

P/S: Cewahh... Ending entri Sarah kali ni ada 'sekian' pulak. Ahaks... Terlebey sudaaa... ahahahah
Sarah tak reti nak berbuka puasa ber'bufet' segala, jadi part ini alhamdulillah tiada masalah.

 3D


Tuesday, August 10, 2010

Pergaduhan Adik-Beradik... Perlukah?

Dah beberapa hari Sarah nak buat entri ni, tapi disebabkan kesibukkan yang seperti biasalah (bak kata blogger En Hamka keretamayat: PERASAN SIBUK), maka hajat untuk memasukkan entri ini hanya dapat Sarah lakukan kini. ish ish ish... Maaf yer...



Seorang teman sepejabat Sarah, Kak Suria, bercerita pada Sarah tentang masalah ibunya dan adik-beradiknya. Masalah orang-orang tua ni apa sebenarnya? Hmmm...

Kak Suria: Aku bingung ni Sarah. Ingatkan masalah macam ni hanya ada dalam drama kat tv aje, rupanya dalam real life memang berlaku.

Sarah: Apanya kak? Kenapa?

Kak Suria: Mak akak kat kampung tu, asyik mengadu dia sakit hati dengan kakak dia yang tinggal sebelah rumah dengan dia. Hishh... Pasal tanah tempat diorang tinggal sekarang nilah. Haisss...

Sarah: Pasal tanah? Berebut ke kak? Tak ada wasiat ke tanah mak akak tu?

Kak Suria: Tak ada Sarah. Arwah tok akak dulu cuma cakap mulut aje, bahagian ni siapa punya, bahagia tu siapa punya... (Kak Suria mula menggelengkan kepalanya.)

Aaaa... Pertama kali Sarah dengar keluhan akak ni (eh! Kejap, keluhan ke ni? Atau getusan rasa marahnya yang Sarah tak pasti dia marah siapa sebenarnya). Masalah tanah ye... Dan di waktu itu jugalah serta merta Sarah teringatkan iklan tentang pengurusan hak harta pusaka yang kerap keluar di televisyen sejak akhir-akhir ni. Sarah tak pasti nak beri komen yang macamana sebab perkara ni kita mesti nak tahu cerita asalnya. Lagipun, orang lama manalah faham sangat perkara-perkara sebegitu sebab mungkin pada pandangan mereka:ala, adik-beradik takkanlah nak bergaduh. Ye tak?

Menurut akak ni, ibunya pada asalnya bukan berkisah sangatpun dengan adik beradiknya hal-hal berkaitan dengan tanah atau harta ni. Tetapi memandangkan sejak dia dah buat rumah di atas tanah pusaka keluarga sejak kematian suami, maka bermacam-macam masalah timbul. Ada saja tak puas hati datang dari adik-beradik berkaitan harta, tanah malah pokok buah-buahan sekeliling rumah juga menjadi mangsa mula timbul dan seolah-olah seperti tidak mahu berkongsi sama rata sebagaimana yang kerap diajar oleh setiap ibubapa dalam mendidik anak-anak dirumah diwaktu mereka kecil. Aik..? Sampai begitu sekali? Kedengaran seperti susah nak percaya, tapi memang ada.

Apabila Sarah kenangkan semula, alhamdulillah umi Sarah tinggal dengan Sarah. Tak perlulah dia sibuk-sibuk nak buat rumah kat kampung nun sana, lepas tu bertekak pulak tak ingat keliling dengan adik beradik sendiri. Haisss... Tak dapat Sarah nak bayangkan. Orang tua bertekak ekk? Macam buruk sahaja bunyinya, namun kenyataannya benar sebab adik umi yang bongsu, Pak Su Sarah juga kerap berkelahi dengan adik beradiknya yang lain. Masa tu Sarah masih di sekolah menengah, ishh... Memang buruk rupa orang tua berkelahi. Sekarang ni, wallahualam. Harap-harap berubahlah sikapnya kini.

Apa punca pergaduhan harta di kalangan manusia yang layak digelar manusia yang matang dalam hidup mereka? Tamak? Atau takut tak dapat merasa sedikit harta itu? Sampai manakah mereka dapat bawa harta itu bersama? Bukankah sepatutnya semakin berumur mereka patut lebih risaukan amal ibadah daripada harta duniawi? Ada sesiapa dapat tolong Sarah jelaskan sikit?




P/S: Semoga di hari tua Sarah, janganlah Sarah pulak yang bertelagah dengan adik beradik sendiri sudah. Ngeee... Tak suka gaduh-gaduh ni. Penat.

Friday, August 6, 2010

Ferrari... Awwhhh, Cantiknya Warna Merah Tu...

Hari ni nak cerita tentang apa ye?
Owh iye lah,
tadi Sarah ada terima email tentang kereta Ferrari...
Cantiknya Ferrari...
Kalaulah dapat sebiji...(berangan sekejap nieh, eheheheh)
Tadi masa lunch, tengok jap video online nie...
Ahaks...
Maklumlah hari ni lunch time 'extra-time' kan,
hari Jumaat...


P/S: Siapa yang bermurah hati nak bagi Ferrari satu kat Sarah eeaaa... 
3D

Thursday, August 5, 2010

Bangkai pesawat ditemui selepas 17 tahun



Pagi tadi terdengar sisipan berita penemuan bangkai pesawat yang hilang 17 tahun lalu. Fuhhh... Lama tu.

Bangkai pesawat Skyvan ditemui selepas 17 tahun
2010/08/05



KUALA LUMPUR: Polis Aceh mendakwa menemui bangkai sebuah pesawat dipercayai jenis SC-7 Skyvan milik Pan Malaysia Air Transport (PMAT) Sdn Bhd yang hilang ketika dalam perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, 17 tahun lalu.

Akhbar Waspada kelmarin menyiarkan di muka depannya berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu dan rangka manusia di dalamnya yang dikesan di kawasan pergunungan Aceh Besar di Utara Sumatera.

Usaha Berita Harian sehingga lewat malam tadi untuk mendapat pengesahan sama ada bangkai pesawat itu adalah milik PMAT tidak membawa kejayaan, berikutan pasukan mencari diketuai Polis Indonesia yang memasuki kawasan pergunungan berkenaan dikatakan belum keluar dari kawasan lokasi penemuan bangkai itu.

Ketua Polis Daerah Aceh Besar, Agus Susanto memberitahu akhbar itu pasukannya sudah berlepas ke kawasan Gunung Leuser bagi mencari bahan bukti untuk mengesahkan penemuan berkenaan.

“Kita harus mengharungi perjalanan sekurang-kurangnya dua hari untuk sampai ke lokasi bangkai pesawat itu dikesan,” katanya.

Difahamkan, pasukan itu dijangka keluar lewat petang ini.
Pesawat jenis SC-7 Skyvan Malaysia itu hilang pada 30 Januari 1993 selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan Lapangan Terbang Medan kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Medan menuju ke Banda Aceh.

Dalam kejadian itu, 16 dilaporkan hilang iaitu 11 penumpang dan lima krew.
Lima krew itu termasuk tiga rakyat Malaysia, iaitu Pengarah Urusan PMAT, Piaruddin Fathodin, 48, yang juga juruterbangnya; pembantu juruterbang, Achuthan Ramadas, 27 dan juruteknik, Augustine Joseph serta dua lagi juruterbang rakyat Myanmar.

Sepuluh penumpang pesawat itu adalah rakyat Singapura manakala seorang lagi rakyat India. Rakyat Singapura itu dikenali sebagai Mansur Usman, Kaharudin Salamat, Zuraini Syakdan, Saharudin Jaldi, Samsul Bahri, Janri Isa, Lee Mon Thong, Palamisami, Abu Nasir dan Lim Pun Wan, manakala warga India dikenali sebagai Prem Kumar.

Ketika kejadian itu, pesawat berkenaan disewa syarikat Esso Singapura dan dipercayai dalam perjalanan ke Kepulauan Nicobar untuk memeriksa sebuah kapal tangki Denmark, Maersk Navigator yang terbabit dalam pelanggaran dengan sebuah kapal lain di Selat Melaka pada 21 Januari 1993.

Waspada turut memetik Ketua Divisyen Operasi Angkasa Pura Blangbintang Aceh Besar, Mustari mengesahkan pesawat ringan milik Malaysia terhempas di kawasan itu pada 1990-an dan belum ditemui sehingga kini.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia, Norlin Othman yang dihubungi Berita Harian, semalam, berkata pihak berkuasa republik itu belum dapat mengesahkan sama ada pesawat terbabit milik syarikat Malaysia.

“Pasukan polis republik itu sedang berusaha untuk sampai ke lokasi bangkai pesawat ditemui bagi mengesahkan spesifikasinya daripada segi jenis atau sama ada ia pesawat Malaysia.

“Berdasarkan maklumat awal diterima, dua pesawat Malaysia yang disyaki terhempas di kawasan berkenaan, termasuk SC-7 Skyvan milik PMAT,” katanya.

Norlin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan sebaik pihak berkuasa republik itu mengesahkan bangkai pesawat milik syarikat Malaysia.

‘Saya tak berhenti berharap suami pulang’



KUALA LUMPUR: “Saya berharap pesawat yang ditemui polis Aceh itu daripada jenis SC-7 Skyvan yang hilang ketika dalam perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, 17 tahun lalu,” kata Noorhidayati Cheah Abdullah.

Wanita kelahiran Kelantan itu kehilangan suaminya, Piaruddin Fathodin dalam tragedi itu bersama empat lagi anak kapal, selain 11 penumpang warga Singapura dan India.

Dalam kejadian 30 Januari 1993 itu, pesawat yang dikendalikan Piaruddin yang juga juruterbang pesawat itu merangkap Pengarah Urusan Pan Malaysia Air Transport (PMAT) Sdn Bhd itu disyaki hilang apabila terputus hubungan dengan Lapangan Terbang Medan ketika dalam perjalanan ke Banda Aceh.

“Berita terkini mengenai penemuan pesawat SC-7 Skyvan itu suatu rahmat menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini, lebih-lebih lagi kejadian 17 tahun lalu itu juga berlaku sebulan sebelum umat Islam menunaikan ibadat puasa.

“Malah perasaan terkejut, sedih dan tertekan yang dialami 30 Januari 1993 lalu turut dirasai sebaik menerima berita penemuan bangkai pesawat yang hilang itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berusia 35 tahun ketika peristiwa itu menimpa diri dan keluarganya, Noorhidayati berkata, dalam beberapa bulan selepas pesawat itu hilang, nalurinya kuat menyatakan suaminya masih hidup dan turut mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

“Saya tidak pernah berhenti mengharapkan kepulangannya kerana sebelum berlepas suami berjanji akan pulang, malah saya tidak dapat menerima kenyataan beliau sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga.

“Siapa tahu, mungkin juga beliau sesat dalam hutan, mungkin juga beliau salah seorang yang bernasib baik dan terselamat serta dijaga penduduk di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, saya sudah jangka berita penemuan pesawat itu pasti diterima suatu hari nanti, cuma entah bila dan hari ini (semalam) apa yang saya jangkakan benar-benar berlaku,” katanya yang menggalas tugas Pengarah Eksekutif syarikat yang pernah diterajui suaminya itu.


Betapa tabahnya wanita ini dalam menanti kepulangan suaminya meskipun tahu satu hari pasti akan diterima berita sebegini. Kalau Sarah? Fuhhh... Tak pasti nak cakap apa, tapikan mungkin juga sebab kalau dah memang suami seorang pilot, risiko itu tetap ada. Redha terima bahawa itulah kerjaya suami, iye tak?

P/S: Bagi yang wife berkerjaya sebagai pramugari pulak? Sama jer kan?

P/SS: Picture taken from www.bharian.com.my


Wednesday, August 4, 2010

A Must Watch List... My Lists...

Sarah sampai rumah awal tadi, maklumlah kerja settle awal. Dapat balik rumah terus dari Singapore... lalalalala... Gumbira sungguh, eheh :P

Jadi nak online mukabuku macam malas pulak petang-petang, tengoklah kat GSC.com.my apa-apa movie yang menarik perhatian. Dalam banyak-banyak movie tu ada  4-5 movie yang menarik perhatian Sarah dan berikut adalah antara movie yang menarik, pada kacamata Sarah laa...



1. Tron Legacy (Release in M'sia: 16 Dec 2010)





2. Megamind (Release in M'sia: Nov 2010)



3. The Social Network (Release in M'sia: 18 Nov 2010)



4. The Town (Release in M'sia: 7 Oct 2010)


5. The Other Guys (Release in M'sia: 14 Oct 2010)



Ahaks... Cik Sarah tak ada kerja lah ni... Heheheh, datang 'mengong' Sarah, macam-macam movie Sarah nak tengok. Ni pun sedang gigih mendonlod movie The Hole, huhuhu... Malam ni nak 'overtime' tengok movie....miahahahahah...

 3D

P/S: Siapa tak suka tengok movie? Sila angkat tangan cepat, heheheh...



Along... Along Tak Boring Ke...

Sabrina: Along... Along tak 'boring' ke tak ada 'boyfriend' macam ni? Dok kat rumah main-main dengan si Manja tu tak habis-habis.

A-haaa... Satu hari adik perempuan Sarah si Arin dah 'sound' ketika Sarah sedang dok asyik melayan karenah cik Manja kesayangan Sarah. Cemburu ke adik Sarah dengan 'kebahagiaan' Sarah kini? Hahahahahaha... Mulalah Sarah terasa nak gelakkan kuat-kuat pada adik Sarah itu kerana sewaktu dia bertanyakan Sarah soalan tersebut, dia sedang di dalam 'zon perang' dengan boyfriend dia. Haaa... Patut ke tidak Sarah tambahkan sakit hatinya, atau abaikan sahaja?

Huhuhu... Memandangkan itu pelajaran yang amat berharga buat adik Sarah, Sarah diamkan sahaja. Sambung layankan Manja.

Oklah, bercakap tentang boyfriend, teman lelaki, pakwe dan lain-lain nama yang sama waktu dengannya ni, adalah satu perkara yang rumit. Complicated pada kaca mata Sarah. Kerana Sarah pernah jumpa beraneka jenis manusia, dari yang sebaik-baik umat manusia sehingga yang sebaliknya. Semua ada kelebihan masing-masing dan ada kekurangannya. Masalahnya, Sarah lebih senang begini. Senang sebab Sarah punya lebih banyak masa untuk fikirkan keluarga Sarah berbanding jika punya seseorang untuk difikirkan. Hish... Macam pentingkan diri sendiri aje cik Sarah ni kan? Bukan pentingkan diri, pentingkan keluarga Sarah. Sarah kesiankan umi Sarah. Kalau Sarah dah berumahtangga, siapa nak tengok-tengokkan umi kat rumah? Adik Sarah si Arin? Dia masih praktikal, sambil tu siap berpakwe pulak. Faham-faham sahajalah mentaliti orang yang sedang bercinta ni macamana kan? Sarah susah nak percaya bila orang yang baru nak kenal erti cinta ni, nak mintak tolong memang susah sikit.

Adik lelaki Sarah? Ada. Angah, dah berumahtangga, dah ada anak seorang. Payah jugak sebab wife dia berkerjaya. Buatnya umi sakit ke, tak sihat ke, boleh ke dia nak cuti memanjang jaga orang tua? Lagipun Sarah tak harap kalau menantu umi jaga dia pun.

Adik lelaki Sarah yang ke-3, Uda. Orang tengah nak bina kerjaya. Lagi susah Sarah nak percaya. Meskipun adik sendiri. Iya, sepatutnya anak lelaki yang lebih menjaga ibu kan? Mungkin sebab mereka merasakan kakak mereka ini ada untuk melihat keperluan umi ada selalu, maka segalanya diserah bulat-bulat atas bahu kakak mereka ini? Entahlah ye... Mungkin sebab Sarah lebih senang jaga sendiri berbanding mengharapkan orang lain.

Jadi, kesimpulannya? Siapa tak mahu disayangi, malah Sarah akui Sarah pun mahu disayangi.  Menipulah namanya jikalau Sarah katakan tidak, ye tak? Tetapi, haaa... Ada tapinya. Buat masa ini Sarah biarkan dululah, Sarah merasakan umi Sarah lebih penting dari segalanya kini. Memandangkan dia berseorangan setelah arwah abah pergi. Sarah tak sampai hati nak tinggalkan umi. Jadi bagi sesiapa yang ada hantar email ke, sms ke yang Sarah tak reply balik seadanya, maaf ye. Tiada yang lebih utama selain umi. Maaf sekali lagi.

P/S: Ermmm... Tak pasti nak tulis apa. Emo ke entri nie? Huhuhu... Abaikan.

3D

Monday, August 2, 2010

Top Gear S15E01... Jom Layan...

Mari kita layan Top Gear Season 15 Episod 1
Credits goes to KakiInternet,
banyak siri pada blog beliau,
termasuk siri yang Sarah tengah suka tonton,

Jadi,
bagi mereka yang kurang kesabaran dalam mendonlod,
bolehlah singgah di blog tersebut dan menonton mana-mana yang berkenan...




P/S: Mata masih ditahap kritikal... Nak pejam aje ni... Any ideas how to make sure my eyes stand awake...???


Selamat Pagi Isnin...

Ish ish ish...

Semakin menurun prestasi cik Sarah dalam mencoret entri sejak akhir-akhir ini. Ahahahah... Maaf banyak-banyak, teramatlah sibuk kini. Akan tetapi, haaaa... Hari ini Sarah cuti 1 hari sebab hari ni special day. Harijadi seseorang yang teramat istimewa dalam hidup Sarah. Haaa... Cuba anda semua teka. 

3D

Hari ni adalah harijadi umi Sarah, Puan Hasnah Hasyim. 

 Aaaa... SELAMAT HARIJADI UMI. 

Diwaktu ini, Sarah sedang sibuk menaip butir-butir huruf dalam entri ini, Sarah masih berfikir nak masakkan makanan apa untuk umi Sarah ini. Haa... Umi Sarah suka makan laksa. Segala laksa yang wujud dalam Malaysia dia suka, janji namanya laksa. Tak kiralah laksa johor ke, laksa sarawak ke, laksa penang ke... Asalkan laksa. Hishhh... Takkan nak buat semua pulak? Masak Sarah gini...huhuhu

Takpelah, demi bonda... ye tak? Bukan selalu pun. Dan Sarah rasa-rasanya akan buat laksa penang kot, sebab resipi itulah yang pertama Sarah belajar dari umi. Nak buat banyak-banyak pun nanti membazir pulak.

Hadiah apa Sarah belikan untuk umi? Tak adalah mahal mana pun, sekadar seutas jam tangan ala-ala macam gelang tangan gitu, ahaks... Dan beberapa naskah buku yang mana Sarah lihat umi Sarah gemar membaca, harap-harap dia suka. 

 3D

Oklah, hari ini secara officialnya Sarah bertukar profesion kepada PEMANDU, sebab nak ke pasar dengan bondaku yang menyambut harilahirnya yang ke 50.


P/S: Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku... uhukkss... Hujan gak tiba-tiba nanti...huhuhu

3D