Showing posts with label Other. Show all posts
Showing posts with label Other. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

APA KHABAR? SIHAT?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

Maaf kerana telah lama menghilangkan diri, kesibukan diri dengan kerja yang tiada kesudahan menyebabkan ketiadaan masa untuk mengemaskini entri terkini di ruangan bebelan yang tidak seberapa ini. Untuk pengetahuan semua, Sarah kini berada di tempat orang. Dalam erti kata lain Sarah kini menjadi seorang perantau di atas bumi Allah ini. Iya, jauh beribu kilometer dari rumah dan dari keluarga. Sesungguhnya sedih apabila dalam usia sebegini diberitakan perlu ke luar negara bagi mencari rezeki. Alhamdulillah diberi kepercayaan oleh bos di pejabat untuk menjadi mata dan telinganya bagi menjaga salah satu pejabatnya di Australia, dan dengan penuh rasa rendah diri Sarah terima. Meski sudah hampir dua bulan Sarah disini, namun rasa sedih dan sebak teringatkan keluarga di kampung halaman masih terasa. Dan setiap kali teringatkan orang-orang nun di kampung sana, pasti Sarah akan semakin sibukkan diri dengan kerja yang sememangnya takkan pernah habis semua.


Tidak ada yang lebihnya apabila kita perlu bekerja ditempat orang bersendirian. Mengapa Sarah berkata demikian? Kerana pertama, kita datang ke sini untuk bekerja. Jadi, apabila niat di dalam hati untuk bekerja maka sudah tentu fokus kita akan tertumpu kepada kerja dan bagaimana caranya untuk kita cuba masuk ke dalam komuniti di suatu tempat yang gaya kerjanya jauh berbeza dengan tempat asal kita. Jika budayanya positif, alhamdulillah syukur sebab insya-Allah kita pasti tiada masalah untuk menyesuaikan diri, benar? Akan tetapi, bagaimana jika tidak seperti yang kita bayangkan? Apakah perasaan kita yang keseorangan dalam menghadapinya? Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengawalnya dan mengawal diri kita sendiri dari terjerumus ke dalam lubang besar yang telah sedia ada di tempat itu? Sangat perlu motivasi diri dan kawalan diri yang 'super' tinggi untuk memastikan diri sentiasa berdiri tegak apabila berjalan di jalan tersebut, dan sesungguhnya dalam kes Sarah di sini, perlu berjalan dengan tegak menggunakan tumit tinggi pula, sangat-sangat mencabar. Maksud tumit tinggi? Sarah seorang perempuan perlu menghadapi karenah para pekerja bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga. Jadi dapat dilihat bagaimana Sarah perlu bersedia dari segi mental untuk menjalankan tugas disini. Insya-Allah. 

Kedua, adalah sangat berbeza apabila kita ditempat orang untuk bekerja dan bukan untuk makan angin. Kerana pada Sarah, jika Sarah keluar berjalan pada hari cuti dengan teman-teman serumah, sangat-sangat terasa kurangnya. Mengapa? Cuba bayangkan di pejabat dari Isnin hingga Jumaat, mereka yang kita jumpa, dan hujung minggu juga mereka yang kita habiskan masa. Terasa seperti berada di dalam penjara yang mana Sarah tidak dapat lepaskan diri. Lainlah jika Sarah punya saudara mara di tempat orang, mungkin dapatlah menghabiskan masa dengan mengunjungi mereka, kan? Tapi sayang, Sarah hanya orang asing yang juga perlu ambil angin di luar kebiasaan kerja seharian, bersama-sama teman yang ada di sini.

Walaubagaimanapun, insya-Allah jika tiada aral melintang Sarah akan pulang ke Malaysia Disember ini bercuti. Iya, benar. Bercuti. Rindu teramat pada keluarga. Sarah mahu habiskan masa cuti yang 'amat mahal' ini bersama-sama keluarga dirumah. Banyak jemputan kahwin diterima dan insya-Allah akan cuba masukkan kesemuanya dalam jadual singgahan dan kunjungan. 


P/S: Tolong doakan Sarah disini ya, ada masa terasa seperti 'alien' disini meski teman serumah dari Malaysia juga. Cuma mungkin gaya hidup mereka telah serasi dengan sini, jadi Sarah pasti dan yakin itu semua hanya dalam kepala Sarah cuma. (senyum)


Monday, July 1, 2013

FIRST JULY 2013 / 22ND SYAABAN 1434H



Salam sayang semua. Hari ini hari pertama dalam bulan Julai bagi tahun 2013. 
Atau bersamaan dengan 22 Syaaban di dalam 1434 Hijrah. 
Sesungguhnya hanya tinggal 8 hari sahaja lagi kita berada di dalam bulan Syaaban sebelum kita mulai bulan Ramadhan. 
Alhamdulillah. 
Allah masih memberi kesempatan kepada cik Sarah senget untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal. 
Insya-Allah
Dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua teman-teman Sarah tidak kira dimana jua mereka berada.

Bagaimana persediaan cik Sarah menjelang Ramadhan ini?
Seperti tahun-tahun sudah, bersederhana sahaja.
Tetapi setiap kali waktu berbuka, wajib ada buah kurma dan paling penting...
Nasi kerabu.
Wahhh...
Tiba-tiba teringat pada nasi kerabu.
Nak pergi pasar sebentar,
memandangkan hari ni Sarah bercuti,
nak mintak Mama buatkan nasi kerabulah.

Hehehe...
Owhh... Masakan ibu kita adalah terbaik.
Bukan begitu?



p/s: Tak sabar nak bersibuk-sibuk buat kuih raya kat dapur beramai-ramai dengan adik-adik Sarah.
Harap-harap diorg balik bercuti awal :) 

Thursday, April 11, 2013

VERY TRUE :)


Assalamualaikum & selamat pagi Khamis buat semua. Haaa... nampak tak komik di atas? It sure does make my day today by reading it. Why? Memandangkan sekarang ini musim memancing undi, dan kebanyakkan di kalangan mereka yang 'fanatik' sangat taksub dengan parti masing-masing. 

Iya, kita perlukan pemerintah yang bersih. Tetapi dapatkah jaminan bahawa parti yang terpilih kelak akan lebih bersih dari yang pernah meneraju? Jadi, I rest my case. Just bear in mind, UNDI ADALAH RAHSIA. 

P/S: Don't Speak, tiba-tiba Sarah terasa nak 'humming' lagu dari No Doubt, huhuhu   



 

Monday, April 8, 2013

APAKAH YANG TERJADI?

Salam sayang semua. (Eh, terasa macam menyanyi lagu Sleeq / Aaron Aziz lah pula..hehe)

Bagaimana hari anda pada hari Isnin seperti hari ini? Banyakkah kerja di atas meja menanti? Banyakkah mesyuarat perlu dihadiri? Banyakkah temujanji perniagaan perlu ditepati? Haaa... sabarlah ye, sememangnya kita bekerja mencari rezeki untuk menjadi darah daging, jadi buat sehabis baik. Insya-Allah, diberkati & bertambah murah rezeki, insya-Allah. (Errr...cik Sarah kita sudah kembali sengetkah? apa benarkah? hehehe. Sila bersabar ye, tiba-tiba terasa kali ini posting hendak bermadah bunga-bunga begitu, alahai... :P)Akan tetapi, bagaimana pula dengan cik Sarah senget kita ini? Ya... Memandangkan bos Sarah akan berada di luar negara untuk perniagaan, jadi Sarah 'kurang sibuk' sedikit minggu ini. Alhamdulillah, dapatlah mengarang serba sedikit. Cuma adakala ada segelintir staf yang perlu diperhatikan, alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. Iye-lah tu Sarah yer, suka sangat kan bos kamu tiada di pejabat sepanjang minggu, hehehe

Sebenarnya, pada asalnya Sarah mahu bercerita mengenai rancangan anugerah yang sangat 'gilang-gemilang' malam tadi. Alahhh, rancangan anugerah dari salah sebuah akhbar otai & terkemuka Malaysia tulah, yang mana hadiahnya mendapat sponsor yang sangat besar dari syarikat terkemuka dalam Malaysialah tu. Hadiahnya sangat lumayan kan? Apabila dilihat, terasa ingin pula menjadi artis popular. (eh Sarah, nak pulak kamu berdiri depan kamera berpegang-pegang, berpeluk-peluk demi dikenali ramai? Errrr... speechless apabila terfikirkan segala itu, huhuhu) 

Tetapi Sarah rasa, tidak perlulah disibukkan berkaitan artis-artis itu semua, mereka ada untuk memeriahkan dunia seni Malaysia. Apakah yang meriahnya? Meriah dengan kontroversi & perbagai gambar-gambar menjolok mata, begitu? Shhhhh... Nanti kata cik Sarah anti-artis Malaysia pula, isk mana ada. Sarah suka apa pada artis-artis Malaysia, ada yang sangat elok pekertinya, namun kalau yang sebaliknya... (dot dot dot, malas nak tulis lebih-lebih, sila fikirkan sendirilah yer..)

TEMAN: Hey babe, aku pening dengan husband aku ni...

SARAH: Eh, kenapanya?

TEMAN: Iyelah, aku beriya-iya membeli pakaian yang kurang menjolok mata dan kain-kain tudung semata-mata kerana aku mahu berhijrah dan aku harap sangat dia juga berhijrah, tapi dia pulak sibuk nak ajak aku pergi clubbing pada anniversary kami nanti.  

SARAH: Eh, dia bukan ajak orang lain pun kan...

TEMAN: Iyelah, itu aku tahu. Tapi masalahnya, takkan aku nak pergi clubbing tu bertudung litup babe? Adoiii... Sakit jiwa aku dibuatnya lah...!!!

Haa... Nampak tak conversation antara Sarah dengan seorang teman pada minggu lalu. Sarah mati akal nak fikir, sebab zaman sekarang, orang semakin meningkat umur, semakin menuju ke arah memperbaiki diri mereka, bukan semakin ingin mencuba segala perkara yang 'kurang' itu semua. Untuk pengetahuan teman Sarah ini nama sahaja orang bandar seperti Sarah, namun alhamdulillah berkat didikan serta perhatian keluarga yang tidak pernah kurang, tempat sedemikian tidak pernah dijejaki oleh kaki. 

Kasihan Sarah bila fikirkan teman Sarah ini, anak-anak semakin membesar, dia begitu beriya-iya mencari kain-kain tudung dari online, dari orang-orang pejabat yang ada menjual serta kedai-kedai yang ada menjual tudung. Namun, mungkin inilah yang orang kerap katakan, apabila kita mula menuju ke arah kebaikan, semakin kerap dan hebat dugaan mendatang yang mana mungkin Allah ingin melihat sejauh mana keikhlasan hati teman Sarah itu untuk berhijrah. Tetapi bukankah syurga seorang isteri pada tapak kaki suaminya? Jadi jika dalam situasi sebegini, bagaimana? Kalau si suami mahu isterinya tidak bertudung, bagaimana pula itu? Apa yang terjadi kini?

Haissss...  

P/S: Tiada kena mengena dengan bebelan, cuma suka tengok meow ni, COMEL :)


Saturday, April 6, 2013

SENYAP SUNYI SAHAJA CIK SARAH SENGET KITA

Salam sayang buat yang masih sudi singgah membaca meskipun kini Sarah kurang mencoretkan catatan yang terkini maupun luahan rasa seperti dulu. Kali ini Sarah ingin membebel mengenai pemandu, LAGI. Boleh? Haaa... boleh atau tidak, Sarah telah mengambil keputusan untuk membebel lagi mengenai tajuk yang sama. Haissss... (macam dah tiada idea lain kan? It's that obvious, right? Yeah right...!!!)

Kenapa ada segelintir pemandu yang teramat gemar memandu kereta mereka:

1. dengan sangat perlahan ( 40 kmj ) di jalan yang mempunyai had laju 60 kmj?
Sangat 'annoying' apabila ada pemandu yang SANGAT suka memandu dengan kelajuan ini. Sebabnya cik Sarah? Iyelah, dah memandu dengan perlahan itu, silalah ke lane kiri. Pemandu lain yang ingin tiba ke destinasi mereka dengan 'selamatnya' perlukan laluan kanan untuk meneruskan perjalanan. Bukannya kami minta untuk anda menambah kelajuan pun, haisss

# think positive cik Sarah: mungkin kenderaan pemandu itu bermasalah, jadi kelajuannya memang tidak dapat pergi lebih dari itu, mungkinkah...?

2. apabila telah tiba di simpang untuk masuk baru mahu memberi isyarat?
Serius ini satu lagi masalah dengan pemandu masa kini. Berat sangatkah tangan di stereng itu untuk menekan lampu isyarat ke kiri atau pun ke kanan apabila anda hampir tiba ke destinasi anda? Tolong boleh tak? Terutama pemandu yang 'amat malas' sebegini agar 'rajinkanlah' memetik suis lampu isyarat itu agar kami para pemandu yang badan keletihan kerana bekerja sepanjang hari di belakang anda dapat meneruskan perjalanan dengan selamat. Boleh tak?

3.  menghimpit kenderaan yang telah lama beratur di dalam kesesakan?
Ini kerap berlaku apabila mereka ternampak pemandu di dalam adalah pemandu wanita. Betul-betul sakit jiwa tahu tak? Kita dah beratur dengan penuh sabar, menunggu giliran untuk melepasi kesesakan yang adakala boleh buat kita naik angin, tiba-tiba datang satu 'muncung' kenderaan cuba 'mencucuk' masuk untuk memotong barisan dari tepi. Eiii... Terasa seperti muka bakal berubah dari riak bersahaja kepada rupa yang bakal menakutkan. 

Sekali lagi wahai para pemandu yang merasakan diri itu 'teramat' hebat di jalan raya, tolonglah... Tolong berhemah ketika memandu. Jangan harap orang di dalam kenderaan lain faham apa yang anda ingin lakukan ketika memandu, kerana tiada seorang pun tahu kecuali diri anda sendiri. Jadi, sila patuhi tataterbib ketika memandu dan paling penting sekali lagi, BERHEMAH yer...


P/S: Serius letih untuk membebel mengenai pemanduan lagi. Penat tau! o_O


  
 

Saturday, April 2, 2011

Sedih

Salam sayang semua.

Lama Sarah tak update kan? 
Sarah ketiadaan sumber inspirasi untuk membebel semenjak akhir-akhir ini. 
Sarah bersedih sebenarnya. 
Teman Sarah yang amat Sarah sayang telah tiada lagi kini.


Inilah dia, Manja Sarah yang selalu setia menanti kepulangan Sarah dari kerja di rumah. 
Sekarang, dia dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan dengannya sahaja.
Andai dapat Sarah putar kembali masa,
ingin sahaja rasanya Sarah kembali ke masa lalu,
memeluk Manja selalu.

Iya, Sarah tahu. Dah tiba masanya.
Umurnya tak panjang.
Begitu banyak kata-kata positif cuba Sarah tanam dalam kotak fikiran Sarah ini.
Namun tidak dapat menepis rasa sedih ini.

Adakah Sarah tidak dapat menerima kehilangannya?



Friday, February 11, 2011

Kad Jemputan Yang Kreatif

Dah baca tajuk entri cik Sarah senget kali ini? Wahhh... Cik Sarah senget dah nak edar kad jemputan ke nieh? Isshhh... Belum ler, mata Sarah masih lagi juling melihat begitu banyaknya kad-kad yang unik lagi cantik menawan kalbu serta beraneka warna dan bau segala. Jadi, dipendekkan cerita, cik Sarah senget ni belum buat apa-apa pun lagi, heheheh... Sibuk la, ini pun buat entri 'rempit' aje, dah tak sempat nak edit mana-mana bahagian blog Sarah yang patut ni...



Ok, kembali kepada tajuk tadi, ada satu jemputan ni memang unik. Membuatkan Sarah tertanya-tanya kalau Sarah dapat buat kad jemputan macam ni, ok tak yer? Paling unik dan comel dan aahhhh... ROMANTIK. huhuhu...



Sila lihat dibawah ini,


|

|

|

|

|

V

 

Note the bride and the groom names inside the heart


Look where did they write the timing


Ingredients & Recipe, So Cuteeee....



Comel kan? Alamak, cik Sarah senget kita dah senget 180` ke nie? Huhuhu...
Kenapa Sarah katakan ROMANTIK? Sebab coklat. Pada pendapat Sarah lah, coklat melambangkan rasa kasih sayang yang tiada berbelah bagi. Dan Sarah memang gemarkan coklat, terutama jenama Cadbury. Ooooo... memang sangat romantik idea kad jemputan ni kan.  

 



Thursday, February 10, 2011

Pembedahan Plastik

Salam selamat malam buat pembaca yang sudi membaca,

Entri kali ni Sarah nak kongsi satu email 'mengong' ala-ala sengal yang Sarah dapat dari teman Sarah. Bila difikirkan semula, kenapa manusia sekarang ni suka buat perkara yang tidak mendatangkan faedah keatas diri mereka ye? Adakah mereka mahu merasakan apa itu sengsara? Kemudian barulah nak menangis menyesal pula...

Sila baca dibawah ini:

" Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila. "









Nampak tak apa yang Sarah cuba sampaikan? Semakin lama semakin kurang berfikiran panjang manusia kini. Ada pulak buat pembedahan plastik semata-mata nak tukar muka tu kepada muka anjing? Waras ke tidak orang ni ye? Sarah tak faham kenapa dalam banyak-banyak binatang, muka anjing??? Kenapa? Boleh sesiapa tolong jawabkan tak?




Tuesday, January 18, 2011

Selamat Malam Cik Sarah Senget

Salam sayang semua,

Dah malam nie, eh... Cik Sarah senget post lagi 1 entri ke nieh? Biar betul? Huhuhu, jangan tak caya pulak ye. Sarah tengah bosan tahap adik beradik gaban dah nie. Sebab? Hehehe... Satu hari suntuk Sarah tak dapat nak contact my Mr Camry. Haisss... sibuk sesangat mr Camry hari nieh.

Ok lah, Sarah taknak merepek yang bukan-bukan pulak. Apa kata layan video mengong yang Sarah dapat dari seorang teman. Gila... Huhuhu


P/S: Moral of the video? Bila berjalan tu janganlah perasan yang paling hensem yer... Tak kiralah anda tu bos ke anak bos ke, executive ke...Sia-sia kena himpit dengan pintu lif. Haru, haru... :D



Monday, January 17, 2011

Salah Nombor? Atau Buat-buat Salah No...???

Tepat jam 7.18pm telefon Sarah berbunyi. Nak tahu lagu apa yg cik Sarah senget gunakan untuk ringtone telefon Sarah? Haaa... Jeng jeng jeng... Sila klik pada video youtube dibawah...




Cik Sarah senget bukan nak cerita tentang ringtone Sarah pun, saje je nak intro entri ni lain sikit sebab dah lama tak berkarangan, jadi 'enjin' Sarah ni macam dah slow sikit, huhuhu. Cik Sarah dengn kompidennye buat lah entri senget dua kali ganda, heheh... Boleh?

Berbalik kepada kisah telefon Sarah tadi, begini perbualan singkat yang terjadi antara Sarah dan si pemanggil ni tadi.

(Melihat no yang terpapar tidak dikenali. Biasanya Sarah tak jawab, tapi entah kenapa Sarah boleh jawab pulak waktu itu...haisss...)

Pemanggil: Hello, assalamualaikum. (Wah, penuh sopan santun dia bagi salam. Macam tau aje yang jawab tu seorang perempuan... o_O)

Sarah: Waalaikummussalam. (Sarah biasanya akan jawab salam sahaja kerana biasanya Sarah tak suka nak tanya banyak-banyak. Biar orang yang panggil yang cakap banyak, hahaha...**KEJAM? Tidak sama sekali...;P)

Pemanggil: Boleh saya bercakap dengan Mak Andak yada-yada-yada bla-bla-bla...??? (sorry ye, Sarah tak ingat nama orang yang disebut. Sarah cuma dapat tangkap 2 nama pertama tu saje, sebab dia sebut cepat dan Sarah tak faham, serius!)

Sarah: NAK CARI SIAPA? (Haa... dah cap-lock kan, huruf besar semua. Meaning? Sarah dah tekan kuat sikit suara sebab nama orang yang dicari tak dikenali, lepas tu suara si pemanggil tu macam Sarah kenal yang teramat sangat.)

Pemanggil: Saya nak bercakap dengan Mak Andak yada-yada-yada bla-bla-bla. Dia ada tak? (wahh, dah lah Sarah tanya untuk dia faham bahawa orang yang dia cari tu bukan guna no Sarah ni, still dia nak cari jugak nama tu lagi.)

Sarah: Maaflah, awak salah no ni. Tak ada orang nama tu kat no ni.

Pemanggil: Oh, ye ke? Awak siapa? (Aik? Dah kata salah no tak reti-reti nak letak phone kan? Bila orang yang konon-konon 'tersalah no' ni tanya ayat ni yang buat Sarah dah tak senget lagi ni...Grrrr... O_O)

Sarah: Eh, awak nak cari siapa sebenarnya? Kenapa pulak nak tanya saya siapa? Dah tentu no yang awak call ni no saya. Orang yang awak cari tu takdelah kat sini. Maaf saya ulangi, AWAK SALAH NO NI YE... (Haa... Sarah dah tak senget kan...? huhuhu)

Pemanggil: Oh, maaflah. Ni bukan kat hospital ke? Ni kat mana ni? (Haihh...dia pusing pegi hospital pulak. Konon emergency lah pulak kan? Siap tanya kat mana pulak.)

Sarah: Saya ni sekarang dalam negeri Johor. Ada apa-apa lagi soalan bernas awak nak tanya???

Pemanggil: Err... Saya pun dalam Johor jugak. Marah ke? Sorry lah ek. Saya salah no agaknya.

Dan panggilan tersebut tamat di situ sahaja. Haa... Satu yang buat Sarah masih tak boleh lupa panggilan tersebut adalah kerana suara pemanggil tersebut. Sarah amat kenal dengan intonasi suara pemanggil itu. Seseorang yang pernah Sarah kenali sikap dan perangainya suatu masa lalu. Bagaimana orang itu gemar mengenakan Sarah tak kira masa, sampaikan Cik Sarah senget pernah menangis sebab terlalu marahkan dia. Hahaha... Sampai menangis kan menahan marah, buruk perangai Sarah yang senget nieh.

Itu cerita lama. Cerita zaman 'mude remaje', ahahaha. Bila dikenang balik, tersenyum sendiri sahaja. Walaubagaimanapun, Sarah tetap nak kupas isu yang tak berapa nak serius nieh sebenarnya. Bila dah salah no tu, bila dah dengar suara tu macam lain sahaja, di hujung talian tu kedengaran suara yang tidak dikenali, silalah tak perlu buang duit bil telefon atau duit prabayar tu konon-konon nak explain nak cari orang di no tersebut. Dan tak perlulah nak bertanya itu dan ini, nak jadi wartawan ke nak jadi polis sukarela ke, tak perlu semua tu... Sememangnya orang yang anda cari tu memang tak akan ada tak kira seberapa banyak soalan yang anda tanya, understand? Hishh... 

P/S: Moral of the story? Zaman sekarang ni dah terlalu banyak no telefon. Jadi tak hairanlah jika kerap berlaku salah dail atau salah no ni. Cuma bahagian tak faham bila sudah diterangkan salah no tu yang rasa macam nak jadi Miss Incredible-Hulk, boleh tak? Huhuhu... Bahaya kalau betul2 bertukar jadi kaler hijau. :P


Tuesday, October 12, 2010

Seminit Sahaja Diperlukan...

Salam sayang semua...
Kali ni Sarah nak share sesuatu yang Sarah terima dari seorang teman,
hurmm...
memandangkan hari ni cik Sarah senget 'teramatlah rajinnya' nak men'forward'kan email,
jadi Sarah buat buat entri blog je...
ok kann...
Sekurang-kurangnya ramai dapat baca, tak terhad pada teman yang Sarah email sahaja.



Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan! 
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun 
betapa singkatnya kalau kita melihat filem. 
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun 
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat 
tanpa harus berfikir panjang-panjang. 
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun 
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa. 
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi 
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris. 
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun 
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid 

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun 
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa. 
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun 
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada 
saat terakhir untuk event yang menyenangkan. 
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun 
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain. 
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun 
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran. 
BetapaTakutnyakita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun 
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema. 
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa
Betapa kita dapat menyebarkan seribu 
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun 
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,


P/S: Mari masa-masa ingat mengingati. :)

Monday, October 11, 2010

Ini Kes Degil ke, Kes Tak Nak Dikatakan 'Sissy'???

Aaa...

Salam sayang semua. Lama tak update blog cik Sarah senget ni kan? heheheh, kesibukan melanda di dalam kehidupan sehari-hari, nak buat macamana. Jangan marah ye.. :P



Jadi, kali ni Sarah nak cerita sikit tentang satu insiden berlaku ketika Sarah mahu keluar membeli barang di Ayer Hitam (kampung Umi Sarah,kawasan luar bandar tu). Sebaik kereta Sarah keluar dari simpang dan masuk ke jalan utama, belakang Sarah ada sebuah lori kecil berada betul-betul rapat di belakang kereta Sarah. Sarah dapat lihat bagaimana pemandu lori tu beriya-iya mencuba untuk memotong kereta Sarah waktu itu. Dan bila dia berkesempatan memotong, Sarah perhatikan dibelakangnya ada sebuah kereta Iswara sedan memandu betul-betul rapat dibelakang lori tersebut. Ok, Sarah mula rasa kurang senang dengan pemandangan sebegitu kerana tak mahu jadi saksi. Waktu tu, Sarah harap sangat-sangat kalau ada antara salah satu kenderaan tu membelok ke kanan masuk ke highway Plus. Dan Sarah dapat lihat Iswara tu bagi isyarat nak masuk ke kanan, dan serta merta waktu itu juga lori itu juga segera menghimpit ke kanan konon-kononnya hendak membelok masuk ke kanan juga. Sarah rasa mungkin tergesel sikit kedua-dua kenderaan tu sebab Sarah dapat lihat Iswara tu segera berhenti di waktu itu juga. Apa yang terjadi selepas tu? Sarah tak pasti kerana Sarah meneruskan perjalanan Sarah ke kedai berhampiran. Dari cermin pandang belakang Sarah dapat lihat pemandu kedua-kuda kenderaan telah turun dari kenderaan masing-masing dan mula berinteraksi sesama mereka, ish ish ish...

Dalam lebih kurang 30-45 min lepas Sarah selesai membeli barang segala, tiba masa untuk pulang semula ke rumah. Maknanya Sarah perlu melalui semula kawasan kejadian tadi, ye tak? Sarah dapat lihat, kedua-dua kenderaan tadi sudah pun berada di tepi jalan. Kedua-dua pemandu tersebut (bumiputera dan masih muda, darah tengah panas lah tu sebab masing-masing tak nak mengalah) kelihatan tidak mahu mengalah dalam perbahasan tersebut. Meskipun ada peronda polis berada di situ. Teruk ke calarnya tu? Sarah perhatikan tak adalah calar pun bila tengok sekali imbas pada iswara tu. Lori? Ada orang kisah ke kalau lori ada calar sikit? Bukankah lori telah direka untuk kerja-kerja tahan lasak??? Entahlah, abaikan sahaja.

Jadi point yang Sarah nak ceritakan disini, betapa begitu sinonimnya mereka yang berperwatakkan kasar dengan istilah panas baran, degil(terutama bila perlu berdepan dengan lawan yang degil juga),dan paling utama tidak suka digelar lemah... Hmm... Janganlah marah Sarah ye, ini pemerhatian Sarah untuk mereka yang mempunyai watak kasar, tak kira lelaki mahupun perempuan. Bila dah kasar secara automatiknya sikap-sikap yang Sarah nyatakan tadi mesti ada pada mereka. Dan bila dah semua sifat-sifat negatif itu berada dalam diri, maka itulah yang menjadikan kebanyakkan mereka ini digelar samseng jalan, kot...? Agaknya. Cik Sarah senget pun tak berapa pasti sebab cik Sarah tidak pernah berkawan rapat dengan mereka yang berperwatakkan kasar ini, kerana Sarah jenis mudah terasa hati jika terlebih melawak dengan kata-kata yang kasar, huhuhu...

Macamana nak hadapi dengan jenis orang-orang yang sebegini? Any ideas?



P/S: Sarah tak suka gaduh-gaduh. Kalau rasa macam hebat sangat memandu tu, silalah potong kereta Sarah. Tolong jangan ikut rapat-rapat di belakang Sarah ye...

Sunday, October 3, 2010

Knight & Day... Comelnyaaa...


Salam sayang kepada semua...
Hurmm... lama tak update blog ni kan? Almaklumlah, cik Sarah senget ni semenjak dua menjak ni sibuk memanjang ye tak? Eh, iye ke? Heheh...Dah tolong jangan jawab ye... huhuhu


Sarah nak update movie comel yang Sarah baru tengok, Knight & Day. Iye, tahu... Movie dah lama. Nak buat cemana, Sarah baru sempat tengok, jadi tolong jangan 'kompelen' entri cik Sarah yang senget untuk kali ni yer...

Nak tahu kenapa Sarah kata comel movie nie? Sebab CAMARON DIAZ & TOM CRUISE. Aaaahhh... comel betul dua-dua. Suka Sarah tengok lakonan dua-dua pelakon ni. Suka tengok jer, bukan suka pelakonnyer yer... Ada beza tu... hahah

 "Here is you with me, without me... with me, without me... with me..."

Line dialog yang paling Sarah suka, a new pick-up line maybe? Tak tahu, tapi cara Roy Miller cakap tu, sounds really convincing. Dan kalau Sarahlah June, confirm pengsan time tu jugak. Tak payah drug lagi dah...hahahah...

Ohh, ye... Satu lagi, kelakar bila si June asyik kena 'drug' dengan si Roy.

Apa message dalam movie ni? Dari mata Sarah, adalah penting untuk ada rasa percaya terhadap orang yang kita ambil berat tu. Percaya pada kata-katanya, percaya pada perkara yang dilakukannya. Tapi kalau orang yang suka ambil kesempatan pulak? Hmmm... Jawapannya mudah, tinggalkan aje. Hahahah... senangnya jawapan wahai cik Sarah kita yang senget nie? Iye lah, nak jawapan comlicated pulak ke? Hishh... tak kuasa nak panjang-panjang elaborate jawapan.

P/S: Sedang sabar mendownload movie DEVIL. *wink wink*

Monday, August 23, 2010

CINA BUTA



Salam sayang semua...

Hurmm... Prestasi blogging merundum sedikit di bulan Ramadan ni. Almaklumlah, sibuk sikit. Ahaaa... Dah baca topik kan? Ini bukan kisah tentang seorang cina yang buta ye. Mesti tertanya-tanya kenapa boleh terfikirkan isu ni, kan? Seperti biasa jika bukan perkara ni yang berlaku di keliling Sarah la... Mana lagi Sarah nak ceduk idea nak buat entri dalam blog Sarah ni, huhuhu

Kak Shida: Sarah, husband akak nak jadi CINA BUTA lah Sarah...hishhh...sakit hati betullah.

Sarah: Errmmm... CINA BUTA (muka tengah nak ingatkan meaning CINA BUTA...owhhh...seorang lelaki perlu berkahwin dengan seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dengan talak 3 bagi membolehkannya berkahwin kembali dengan suami asalnya tadi...<= correct me if i'm wrong ye... ;P) Kenapa pulak kak?

Kak Shida: Husband akak kata seorang kawan dia nak balik semula dengan bini dia. Dia nak bagi upah RM10k. (wah wah wah... banyak betul duit yee... Dah banyak macam tu kenapa tak cari perempuan lain je buat isteri?)

Ok, mati di situ perbualan kami, sebab bos dah panggil Sarah masa tu. Jadi tak dapat nak buat sesi soaljawab yang lebih intensif lagi dengan Kak Shida, orang HR kat pejabat Sarah tu. Malam tadi Sarah terfikirkan tentang kisah ni. Kisah dimana seorang lelaki yang pernah menceraikan isterinya, dengan talak yang maksimum kini ingin kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Mengapa boleh jadi begitu ye?

Mungkin dia merasakan dia tak dapat mencari wanita lain setanding kesabaran bekas isterinya itu. Mungkin juga dia telah cuba mencari tetapi tiada yang serupa. Mungkin kerana anak-anak juga... Ermmm, mungkin juga. (Berapa banyak mungkin daa... heheheh). Ok, the point is yang Sarah ingin tekankan di sini, lelaki ini telah diberi peluang 3 kali sepanjang perkahwinannya. Itupun jika talak yang dijatuhkan ke atas isterinya itu 1 talak bagi setiap lafaz laa. Walau apapun sebab utama yang menyebabkan dia menjatuhkan talak itu, sepatutnya kewarasan dirinya sebagai seorang lelaki untuk menimbangkan segala aspek kehidupannya jika jatuh talak tersebut, perlu dikaji pro dan kontranya. Kerana sememangnya kuasa talak itu berada ditangan lelaki. Jika suka membuat keputusan tanpa menimbang baik buruknya, beginilah jadinya. Pendek kata, SESAL DAHULU PENDAPATAN, faham? Jadi, bila dah 'terhalang' terus antara dirinya dan bekas isterinya untuk rujuk semula, barulah terhegeh-hegeh mencari jalan agar bekas isterinya itu dapat dilepaskan dari boundaries itu. Sejujurnya, Sarah tidak setuju dengan kaedah CINA BUTA ini. Sebab, berkahwin semata-mata untuk menjadikan wanita yang mempunyai talak 3 itu supaya bebas semula.

Frankly speaking, Sarah pelik bagi mereka yang 'menyanggupkan diri' untuk menjadi CINA BUTA ini. Kerana duit...? Hurmm... in one word to describe these kind of people: MATA DUITAN. Jadi, apakah namanya perkahwinan sebegini? Semacam kahwin kontrak pun iya juga. Paling penting, kasihan pada wanita itu jika dia perlu berkahwin dengan mana-mana lelaki demi menjadikan dirinya keluar dari kongkongan talak 3 ini. Kemudian perlu melalui proses penceraian lagi. Sebenarnya apakah nilai wanita itu di mata lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak 3 ini, kemudian mengupah lelaki lain untuk berkahwin dengan bekas isterinya agar dia dapat kembali dengannya di kemudian hari? Itu pun kalau lelaki yang diupah itu mahu menceraikan wanita itu, jika dia menuntut sejumlah wang lagi, bagaimana??? Bagi yang berduit mungkin tiada masalah. Namun, bila adanya unsur duit dalam masalah sebegini sesungguhnya ianya amat kejam terhadap wanita pada mata Sarah. Tiada nilai kemanusiaan langsung! Tiada perasaan! Ewahh... Ter'emo' pulak, maaf ye...

Seharusnya sebagai manusia kita mempunyai rasa timbang rasa, bersyukur seadanya. Dan jika setiap yang kita miliki sering 'dirungutkan', dalam erti kata sering disesalkan, maka hasilnya akan amat mengecewakan. Maka adalah penting jika kita hidup secara bersederhana, jadi jika kesusahan menimpa, kita bersedia untuknya. Dan sekiranya Tuhan ingin memberi kesenangan pula, janganlah pula lupa bersyukur terhadapNya.

P/S: Hari ni terasa nak berbuka makan spegheti la... Huhuhu...

Tuesday, August 10, 2010

Pergaduhan Adik-Beradik... Perlukah?

Dah beberapa hari Sarah nak buat entri ni, tapi disebabkan kesibukkan yang seperti biasalah (bak kata blogger En Hamka keretamayat: PERASAN SIBUK), maka hajat untuk memasukkan entri ini hanya dapat Sarah lakukan kini. ish ish ish... Maaf yer...



Seorang teman sepejabat Sarah, Kak Suria, bercerita pada Sarah tentang masalah ibunya dan adik-beradiknya. Masalah orang-orang tua ni apa sebenarnya? Hmmm...

Kak Suria: Aku bingung ni Sarah. Ingatkan masalah macam ni hanya ada dalam drama kat tv aje, rupanya dalam real life memang berlaku.

Sarah: Apanya kak? Kenapa?

Kak Suria: Mak akak kat kampung tu, asyik mengadu dia sakit hati dengan kakak dia yang tinggal sebelah rumah dengan dia. Hishh... Pasal tanah tempat diorang tinggal sekarang nilah. Haisss...

Sarah: Pasal tanah? Berebut ke kak? Tak ada wasiat ke tanah mak akak tu?

Kak Suria: Tak ada Sarah. Arwah tok akak dulu cuma cakap mulut aje, bahagian ni siapa punya, bahagia tu siapa punya... (Kak Suria mula menggelengkan kepalanya.)

Aaaa... Pertama kali Sarah dengar keluhan akak ni (eh! Kejap, keluhan ke ni? Atau getusan rasa marahnya yang Sarah tak pasti dia marah siapa sebenarnya). Masalah tanah ye... Dan di waktu itu jugalah serta merta Sarah teringatkan iklan tentang pengurusan hak harta pusaka yang kerap keluar di televisyen sejak akhir-akhir ni. Sarah tak pasti nak beri komen yang macamana sebab perkara ni kita mesti nak tahu cerita asalnya. Lagipun, orang lama manalah faham sangat perkara-perkara sebegitu sebab mungkin pada pandangan mereka:ala, adik-beradik takkanlah nak bergaduh. Ye tak?

Menurut akak ni, ibunya pada asalnya bukan berkisah sangatpun dengan adik beradiknya hal-hal berkaitan dengan tanah atau harta ni. Tetapi memandangkan sejak dia dah buat rumah di atas tanah pusaka keluarga sejak kematian suami, maka bermacam-macam masalah timbul. Ada saja tak puas hati datang dari adik-beradik berkaitan harta, tanah malah pokok buah-buahan sekeliling rumah juga menjadi mangsa mula timbul dan seolah-olah seperti tidak mahu berkongsi sama rata sebagaimana yang kerap diajar oleh setiap ibubapa dalam mendidik anak-anak dirumah diwaktu mereka kecil. Aik..? Sampai begitu sekali? Kedengaran seperti susah nak percaya, tapi memang ada.

Apabila Sarah kenangkan semula, alhamdulillah umi Sarah tinggal dengan Sarah. Tak perlulah dia sibuk-sibuk nak buat rumah kat kampung nun sana, lepas tu bertekak pulak tak ingat keliling dengan adik beradik sendiri. Haisss... Tak dapat Sarah nak bayangkan. Orang tua bertekak ekk? Macam buruk sahaja bunyinya, namun kenyataannya benar sebab adik umi yang bongsu, Pak Su Sarah juga kerap berkelahi dengan adik beradiknya yang lain. Masa tu Sarah masih di sekolah menengah, ishh... Memang buruk rupa orang tua berkelahi. Sekarang ni, wallahualam. Harap-harap berubahlah sikapnya kini.

Apa punca pergaduhan harta di kalangan manusia yang layak digelar manusia yang matang dalam hidup mereka? Tamak? Atau takut tak dapat merasa sedikit harta itu? Sampai manakah mereka dapat bawa harta itu bersama? Bukankah sepatutnya semakin berumur mereka patut lebih risaukan amal ibadah daripada harta duniawi? Ada sesiapa dapat tolong Sarah jelaskan sikit?




P/S: Semoga di hari tua Sarah, janganlah Sarah pulak yang bertelagah dengan adik beradik sendiri sudah. Ngeee... Tak suka gaduh-gaduh ni. Penat.