Aaa...
Salam sayang semua. Lama tak update blog cik Sarah senget ni kan? heheheh, kesibukan melanda di dalam kehidupan sehari-hari, nak buat macamana. Jangan marah ye.. :P
Jadi, kali ni Sarah nak cerita sikit tentang satu insiden berlaku ketika Sarah mahu keluar membeli barang di Ayer Hitam (kampung Umi Sarah,kawasan luar bandar tu). Sebaik kereta Sarah keluar dari simpang dan masuk ke jalan utama, belakang Sarah ada sebuah lori kecil berada betul-betul rapat di belakang kereta Sarah. Sarah dapat lihat bagaimana pemandu lori tu beriya-iya mencuba untuk memotong kereta Sarah waktu itu. Dan bila dia berkesempatan memotong, Sarah perhatikan dibelakangnya ada sebuah kereta Iswara sedan memandu betul-betul rapat dibelakang lori tersebut. Ok, Sarah mula rasa kurang senang dengan pemandangan sebegitu kerana tak mahu jadi saksi. Waktu tu, Sarah harap sangat-sangat kalau ada antara salah satu kenderaan tu membelok ke kanan masuk ke highway Plus. Dan Sarah dapat lihat Iswara tu bagi isyarat nak masuk ke kanan, dan serta merta waktu itu juga lori itu juga segera menghimpit ke kanan konon-kononnya hendak membelok masuk ke kanan juga. Sarah rasa mungkin tergesel sikit kedua-dua kenderaan tu sebab Sarah dapat lihat Iswara tu segera berhenti di waktu itu juga. Apa yang terjadi selepas tu? Sarah tak pasti kerana Sarah meneruskan perjalanan Sarah ke kedai berhampiran. Dari cermin pandang belakang Sarah dapat lihat pemandu kedua-kuda kenderaan telah turun dari kenderaan masing-masing dan mula berinteraksi sesama mereka, ish ish ish...
Dalam lebih kurang 30-45 min lepas Sarah selesai membeli barang segala, tiba masa untuk pulang semula ke rumah. Maknanya Sarah perlu melalui semula kawasan kejadian tadi, ye tak? Sarah dapat lihat, kedua-dua kenderaan tadi sudah pun berada di tepi jalan. Kedua-dua pemandu tersebut (bumiputera dan masih muda, darah tengah panas lah tu sebab masing-masing tak nak mengalah) kelihatan tidak mahu mengalah dalam perbahasan tersebut. Meskipun ada peronda polis berada di situ. Teruk ke calarnya tu? Sarah perhatikan tak adalah calar pun bila tengok sekali imbas pada iswara tu. Lori? Ada orang kisah ke kalau lori ada calar sikit? Bukankah lori telah direka untuk kerja-kerja tahan lasak??? Entahlah, abaikan sahaja.
Jadi point yang Sarah nak ceritakan disini, betapa begitu sinonimnya mereka yang berperwatakkan kasar dengan istilah panas baran, degil(terutama bila perlu berdepan dengan lawan yang degil juga),dan paling utama tidak suka digelar lemah... Hmm... Janganlah marah Sarah ye, ini pemerhatian Sarah untuk mereka yang mempunyai watak kasar, tak kira lelaki mahupun perempuan. Bila dah kasar secara automatiknya sikap-sikap yang Sarah nyatakan tadi mesti ada pada mereka. Dan bila dah semua sifat-sifat negatif itu berada dalam diri, maka itulah yang menjadikan kebanyakkan mereka ini digelar samseng jalan, kot...? Agaknya. Cik Sarah senget pun tak berapa pasti sebab cik Sarah tidak pernah berkawan rapat dengan mereka yang berperwatakkan kasar ini, kerana Sarah jenis mudah terasa hati jika terlebih melawak dengan kata-kata yang kasar, huhuhu...
Macamana nak hadapi dengan jenis orang-orang yang sebegini? Any ideas?
P/S: Sarah tak suka gaduh-gaduh. Kalau rasa macam hebat sangat memandu tu, silalah potong kereta Sarah. Tolong jangan ikut rapat-rapat di belakang Sarah ye...
No comments:
Post a Comment