Showing posts with label current. Show all posts
Showing posts with label current. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Just Dropping By...



Hey ya...
Assalamualaikum...

Sekian lamanya blog ini menyepi, kekangan masa dan ketandusan idea untuk menaip. Maaf semua yang mengikuti blog ini ya..? (Err... dia ni ingat femes sangatlah tu kan, dok perasan diri tu ramai yang dok tertunggu dia ni update blog sesaje... perasan betullah..) Err... seperti biasa kata-kata dari bahagian otak yang kurang waras menuntut mahu di taip jua di sini. Layankan sajalahhh...

So, what-chu been doing for the past few months dear Sara? Well, first of all, would like to state it here that i'm officially a 'Mrs' yaww... So, dah takde lagi Cik Sara senget yerr... mulai sekarang posting akan dilabel sebagai Pn Sara senget, bahahahaha... (sila gelak secara besar berjemaah, walaupun tak lawak yer..). Officially this coming 1st November is our 1st anniversary. Orang lain bila nak sambut 1st anniversary biasanya berdua or at least bertiga (termasuk anak sorang lah kannn..), but our 1st anniversary sambut berEMPAT! Haa... iye, our precious love are TWINS! Twins boys!

Aisehhh... Baru mention dah nangis pulak dah bangun. Masaklah Ummi nak berkuntau sampai korang tidur ni... So, gaiss... To be continue lah yerr...


Saturday, November 23, 2013

APA KHABAR? SIHAT?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

Maaf kerana telah lama menghilangkan diri, kesibukan diri dengan kerja yang tiada kesudahan menyebabkan ketiadaan masa untuk mengemaskini entri terkini di ruangan bebelan yang tidak seberapa ini. Untuk pengetahuan semua, Sarah kini berada di tempat orang. Dalam erti kata lain Sarah kini menjadi seorang perantau di atas bumi Allah ini. Iya, jauh beribu kilometer dari rumah dan dari keluarga. Sesungguhnya sedih apabila dalam usia sebegini diberitakan perlu ke luar negara bagi mencari rezeki. Alhamdulillah diberi kepercayaan oleh bos di pejabat untuk menjadi mata dan telinganya bagi menjaga salah satu pejabatnya di Australia, dan dengan penuh rasa rendah diri Sarah terima. Meski sudah hampir dua bulan Sarah disini, namun rasa sedih dan sebak teringatkan keluarga di kampung halaman masih terasa. Dan setiap kali teringatkan orang-orang nun di kampung sana, pasti Sarah akan semakin sibukkan diri dengan kerja yang sememangnya takkan pernah habis semua.


Tidak ada yang lebihnya apabila kita perlu bekerja ditempat orang bersendirian. Mengapa Sarah berkata demikian? Kerana pertama, kita datang ke sini untuk bekerja. Jadi, apabila niat di dalam hati untuk bekerja maka sudah tentu fokus kita akan tertumpu kepada kerja dan bagaimana caranya untuk kita cuba masuk ke dalam komuniti di suatu tempat yang gaya kerjanya jauh berbeza dengan tempat asal kita. Jika budayanya positif, alhamdulillah syukur sebab insya-Allah kita pasti tiada masalah untuk menyesuaikan diri, benar? Akan tetapi, bagaimana jika tidak seperti yang kita bayangkan? Apakah perasaan kita yang keseorangan dalam menghadapinya? Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengawalnya dan mengawal diri kita sendiri dari terjerumus ke dalam lubang besar yang telah sedia ada di tempat itu? Sangat perlu motivasi diri dan kawalan diri yang 'super' tinggi untuk memastikan diri sentiasa berdiri tegak apabila berjalan di jalan tersebut, dan sesungguhnya dalam kes Sarah di sini, perlu berjalan dengan tegak menggunakan tumit tinggi pula, sangat-sangat mencabar. Maksud tumit tinggi? Sarah seorang perempuan perlu menghadapi karenah para pekerja bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga. Jadi dapat dilihat bagaimana Sarah perlu bersedia dari segi mental untuk menjalankan tugas disini. Insya-Allah. 

Kedua, adalah sangat berbeza apabila kita ditempat orang untuk bekerja dan bukan untuk makan angin. Kerana pada Sarah, jika Sarah keluar berjalan pada hari cuti dengan teman-teman serumah, sangat-sangat terasa kurangnya. Mengapa? Cuba bayangkan di pejabat dari Isnin hingga Jumaat, mereka yang kita jumpa, dan hujung minggu juga mereka yang kita habiskan masa. Terasa seperti berada di dalam penjara yang mana Sarah tidak dapat lepaskan diri. Lainlah jika Sarah punya saudara mara di tempat orang, mungkin dapatlah menghabiskan masa dengan mengunjungi mereka, kan? Tapi sayang, Sarah hanya orang asing yang juga perlu ambil angin di luar kebiasaan kerja seharian, bersama-sama teman yang ada di sini.

Walaubagaimanapun, insya-Allah jika tiada aral melintang Sarah akan pulang ke Malaysia Disember ini bercuti. Iya, benar. Bercuti. Rindu teramat pada keluarga. Sarah mahu habiskan masa cuti yang 'amat mahal' ini bersama-sama keluarga dirumah. Banyak jemputan kahwin diterima dan insya-Allah akan cuba masukkan kesemuanya dalam jadual singgahan dan kunjungan. 


P/S: Tolong doakan Sarah disini ya, ada masa terasa seperti 'alien' disini meski teman serumah dari Malaysia juga. Cuma mungkin gaya hidup mereka telah serasi dengan sini, jadi Sarah pasti dan yakin itu semua hanya dalam kepala Sarah cuma. (senyum)


Monday, July 1, 2013

FIRST JULY 2013 / 22ND SYAABAN 1434H



Salam sayang semua. Hari ini hari pertama dalam bulan Julai bagi tahun 2013. 
Atau bersamaan dengan 22 Syaaban di dalam 1434 Hijrah. 
Sesungguhnya hanya tinggal 8 hari sahaja lagi kita berada di dalam bulan Syaaban sebelum kita mulai bulan Ramadhan. 
Alhamdulillah. 
Allah masih memberi kesempatan kepada cik Sarah senget untuk merasai nikmat Ramadhan dan Syawal. 
Insya-Allah
Dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua teman-teman Sarah tidak kira dimana jua mereka berada.

Bagaimana persediaan cik Sarah menjelang Ramadhan ini?
Seperti tahun-tahun sudah, bersederhana sahaja.
Tetapi setiap kali waktu berbuka, wajib ada buah kurma dan paling penting...
Nasi kerabu.
Wahhh...
Tiba-tiba teringat pada nasi kerabu.
Nak pergi pasar sebentar,
memandangkan hari ni Sarah bercuti,
nak mintak Mama buatkan nasi kerabulah.

Hehehe...
Owhh... Masakan ibu kita adalah terbaik.
Bukan begitu?



p/s: Tak sabar nak bersibuk-sibuk buat kuih raya kat dapur beramai-ramai dengan adik-adik Sarah.
Harap-harap diorg balik bercuti awal :)