Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

WATAK HERO TENGGELAM KEPADA WATAK JAHAT

Gambar ihsan Encik Google :)
Salam sayang semua.

Sudah lama cik Sarah menyepi, kesibukan yang tidak dapat dielakkan dan beberapa percubaan cik Sarah untuk 'mencuri masa' juga tidak berjaya. Maka dengan sedihnya, ruangan bebelan ini semakin menyepi sejak akhir-akhir ini.



Antara teraju utama :)

Baiklah, cukup dengan intro pendek diatas. Sebagaimana yang tertera di tajuk, kali ini cik Sarah mahu membebel tentang filem terbaru yang baru cik Sarah tonton tempoh hari. Man of Steel, atau lebih tepat filem Superman versi 2013. Seperti kebanyakkan filem Superman yang lain, filem ini berkisar tentang kisah watak utamanya iaitu pendatang dari planet Kripton ke bumi iaitu Kal-El a.k.a Clark Kent dan mengikut pemahaman cik Sarah lah ye, dialah satu-satu warga akhir planet tersebut kerana telah dihantar ke bumi oleh ibubapanya demi menyelamatkan nyawanya dari musnah bersama planet tersebut (entah betul atau tidak pemahaman Sarah tentang ini kerana sejak kecil menonton filem atau kartun Superman inilah yang Sarah ingat huhuhu). Dan demi menjaga identitinya keluarga angkatnya dibumi mengajarnya untuk bersabar dengan apa jua keadaan maupun situasi dialaminya, dan dia mahir dengan sifat tersebut.

Apakah itu semua ada dalam filem ini? Jawapannya, iya. Dan bagi cik Sarah, filem ini kurang 'thrill'nya kerana tiada aksi yang biasa dilihat apabila Clark Kent berusaha mencari jawapan untuk kejadian aneh tatkala melawan Luthor Corp dalam Smallvile. Bagaimana dia melawan dengan ketidakbenaran di dalam Smallvile, dan wataknya lebih menyerlah di dalam Smallvile berbanding dalam Man of Steel. Dan dari mata kasar Sarah, dalam filem ini watak jahat oleh General Zod lebih menyerlah berbanding Superman, mungkin kerana dialog untuk Superman kurang berbanding General jahat itu, yang mana Sarah lihat pembawakan pelakon yang membawa watak jahat ini 'facial expression'nya lebih hebat yang mana watak Superman hanyalah bermodalkan 'six-pax'nya sahaja. Dan, cik Sarah rasa 'bosan' menonton watak Superman. Serta 'outfit' Superman kali ini juga kurang menarik, warnanya malap. Betul ada pengubahsuaian yang mana 'warna merah' sebelum ini yang ketara dibahagian luar pakaian itu telah pun 'dimansuhkan', namun penggunaan tona warna pada 'outfit' seorang hero yang malap sebegitu amat  mengurangkan daya penarik pada hero itu sendiri. Dan apabila kemalapan watak ditambah dengan kemalapan outfit nya, dengan secara automatiknya filem ini tidak dapat cik Sarah ketegorikan bagus, tetapi hanya biasa sahaja.

Antara babak di dalam filem ini :)
Namun ini hanyalah pandangan cik Sarah yang senget ini. Jadi jika ada yang berpandangan berbeza dengan cik Sarah maaf lah ye.

#oh ya, kenapa pelakon yang melakonkan Superman sebelum ini, Brandon Routh tidak diambil semula? Sarah rasa dia lebih sesuai membawa watak ini. Kerana Sarah rasa aura dia bila membawa watak Clark Kent lebih menarik berbanding Henry Cavill. :)

##Nak beritahu juga, cik Sarah tak rasa rugi pun menonton sebab teman cik Sarah yang belanja menonton. Jadi, tak rugi kan...? Huhuhu

Para Superman.
Favorit Sarah yang tengah tu :)
Posted via Blogaway V4.6

Monday, January 7, 2013

SPEAK SOFTLY LOVE, lagu tema THE GODFATHER

Watch "The Godfather Theme Song" on YouTube

Salam sayang buat yang masih sudi meluangkan masa singgah membaca bebelan Sarah yang semakin senget mungkin..? Dan sejujurnya, sengetkah Sarah kini? Atau semakin berkurang kesengetannya..? Isk...sila tepuk dada, tanya akal masing-masing ye..huhuhu

Kali ini, Sarah ingin bercerita mengenai 'kegilaan' Sarah pada lagu SPEAK SOFTLY LOVE iaitu lagu untuk tema filem The Godfather. Sesungguhnya sejak 2-3 hari yang lepas, Sarah amat ketagih untuk mendengar melodi dan muzik bagi lagu yang tersebut, entah kenapa pada pemikiran Sarah yang sedikit senget mengatakan bahawa dalam setiap manusia yang keras terdapat taman yang begitu indah dalam jiwa mereka. Kenapa? Tak percaya? Jadi mengapa filem The Godfather ini, watak utamanya Micheal (yang bermula sebagai anak yang tidak mahu menceburkan diri dalam bidang gangsterisma, terpaksa memikul tanggungjawab mengganti tempat ayahnya gara-gara situasi sekelilingnya yang memaksa), digambarkan sebagai seorang yang amat digeruni dek kerana sifat tiada belasnya, namun ternyata sifat romantis dalam jiwanya begitu indah sekali. Itulah yang cuba ditunjukkan oleh penulis cerita ini tentang bagaimana sifat manusia dalam diri amat membingungkan. Dalam kekasaran dan kekerasan, sebenarnya mereka lebih halus dari orang yang lemah lembut.

Eh, betul ke? Dah merepek pula cik Sarah senget kita. Baiklah, perlu mengundur diri dulu sebelum membebel lagi yang bukan-bukan ye...

Sarah.

Sunday, October 3, 2010

Devil (2010) CAM x264-Jucified




Haaa...
baru siap download movie DEVIL nie, tengah tunggu extracting file sekejap.
Sambil tu Sarah update sikit blog nieh, heheh

Nak kongsi kat mana Sarah download, sila copy paste link yang Sarah post di bawah ye...

1. http://www.filesonic.com/file/22715029/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part1.rar
2. http://www.filesonic.com/file/22715037/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part2.rar
3. http://www.filesonic.com/file/22715067/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part3.rar
4. http://www.filesonic.com/file/22714967/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part4.rar

Tadi masa Sarah download link ke-4 tu, dah kena delete, jadi Sarah guna alternatif link lain,

http://www.fileserve.com/file/dyb3t9Y/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/vBHnxKB/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/D28sBuK/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/KBvrqGy/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part4.rar

http://hotfile.com/dl/73340494/3dd1db5/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/73340496/e5fe9f1/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/73340498/25f03d7/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part3.rar.html
http://hotfile.com/dl/73340500/2cd131a/Devil.2010.CAM.x264-Jucified.part4.rar.html

Yang mana-mana pun boleh. Jadi, siapa yang rasa-rasa rajin nak download tu, silalah.
Gambar? Tak pasti lagi...
Eh, kejap kejap...
Haa... Ni opinion Sarah ye... V:6, A:7

Nak kata cantik sangatpun tak jugaklah yer...
Cuma oklah kott...

P/S:Lupa lak nak pesan, Sarah try open movie ni dengan DivX Player...Best...*wink wink*

Knight & Day... Comelnyaaa...


Salam sayang kepada semua...
Hurmm... lama tak update blog ni kan? Almaklumlah, cik Sarah senget ni semenjak dua menjak ni sibuk memanjang ye tak? Eh, iye ke? Heheh...Dah tolong jangan jawab ye... huhuhu


Sarah nak update movie comel yang Sarah baru tengok, Knight & Day. Iye, tahu... Movie dah lama. Nak buat cemana, Sarah baru sempat tengok, jadi tolong jangan 'kompelen' entri cik Sarah yang senget untuk kali ni yer...

Nak tahu kenapa Sarah kata comel movie nie? Sebab CAMARON DIAZ & TOM CRUISE. Aaaahhh... comel betul dua-dua. Suka Sarah tengok lakonan dua-dua pelakon ni. Suka tengok jer, bukan suka pelakonnyer yer... Ada beza tu... hahah

 "Here is you with me, without me... with me, without me... with me..."

Line dialog yang paling Sarah suka, a new pick-up line maybe? Tak tahu, tapi cara Roy Miller cakap tu, sounds really convincing. Dan kalau Sarahlah June, confirm pengsan time tu jugak. Tak payah drug lagi dah...hahahah...

Ohh, ye... Satu lagi, kelakar bila si June asyik kena 'drug' dengan si Roy.

Apa message dalam movie ni? Dari mata Sarah, adalah penting untuk ada rasa percaya terhadap orang yang kita ambil berat tu. Percaya pada kata-katanya, percaya pada perkara yang dilakukannya. Tapi kalau orang yang suka ambil kesempatan pulak? Hmmm... Jawapannya mudah, tinggalkan aje. Hahahah... senangnya jawapan wahai cik Sarah kita yang senget nie? Iye lah, nak jawapan comlicated pulak ke? Hishh... tak kuasa nak panjang-panjang elaborate jawapan.

P/S: Sedang sabar mendownload movie DEVIL. *wink wink*

Wednesday, August 4, 2010

A Must Watch List... My Lists...

Sarah sampai rumah awal tadi, maklumlah kerja settle awal. Dapat balik rumah terus dari Singapore... lalalalala... Gumbira sungguh, eheh :P

Jadi nak online mukabuku macam malas pulak petang-petang, tengoklah kat GSC.com.my apa-apa movie yang menarik perhatian. Dalam banyak-banyak movie tu ada  4-5 movie yang menarik perhatian Sarah dan berikut adalah antara movie yang menarik, pada kacamata Sarah laa...



1. Tron Legacy (Release in M'sia: 16 Dec 2010)





2. Megamind (Release in M'sia: Nov 2010)



3. The Social Network (Release in M'sia: 18 Nov 2010)



4. The Town (Release in M'sia: 7 Oct 2010)


5. The Other Guys (Release in M'sia: 14 Oct 2010)



Ahaks... Cik Sarah tak ada kerja lah ni... Heheheh, datang 'mengong' Sarah, macam-macam movie Sarah nak tengok. Ni pun sedang gigih mendonlod movie The Hole, huhuhu... Malam ni nak 'overtime' tengok movie....miahahahahah...

 3D

P/S: Siapa tak suka tengok movie? Sila angkat tangan cepat, heheheh...



Tuesday, July 20, 2010

SECRETS Dalam THE SORCERER APPRENTICE

Salam ceria semua...

Haaaaa... Tak sabar-sabar nak posting entri tentang movie yang baru je malam tadi Sarah tengok, selepas begitu penuh kesabaran 'men-donlod'nya. Movie apa? Siapa yang ada akaun mukabuku dan berada dalam kelompok kawan-kawan Sarah pasti tahu movie apakah itu sebab Sarah ada update status Sarah malam tadi. Ye... Sarah baru lepas menonton THE SORCERER APPRENTICE.

Bila tengok je file extract kat lappy Sarah dah complete, apa lagi... Sarah siap-siapkan nasi goreng (credits to Parkcheek sebab buat Sarah terliur tengok nasi goreng beliau di blog beliau, *wink*), bancuh air nescafe, kacau adik Sarah yang nak tidur ajak dia tengok movie ni sekali sebab nanti dia bising kenapa tak ajak dia tengok sekali... <= DAN HASILNYA PAGI INI, ADIK SARAH YG MASIH KENA PERGI BUAT PRACTICAL 'KESIANGAN' HARI NI, THANKS TO HER ELDEST SIS YANG SENGET NI KAN...HAHAHAH





 Pic ni semua Sarah amik dari google search, tak banyak pilihan yang dapat Sarah gunakan bagaimana nak menggambarkan perasaan Sarah setelah mononton movie ini. Bahagian yang paling Sarah suka adalah di penghujung movie apabila Dave the Prime Merlinian (fuhhh...title dia memang best lah) mampu bertarung dengan Morgana (the evil lady sorcerer yang mahu menguasai dunia dengan kuasanya dengan menjadikan setiap manusia di dunia ni zombie dia semata-mata) menggunakan kuasanya tanpa bantuan cincin Merlin (cincin berbentuk dragon tu). Tengok effect masa pertarungan tu, whoaaaa... rasa teruja sekejap. Tak terungkap dengan kata-kata, cewahhh.

Dan sesiapa mahu menontonnya di pawagam Khamis ni (kalau tak silap Sarahlah), memang best sebab movie ni tak serius pun. Drama + komedi. 
 

Oh ya, setiap movie mesti ada lagu tema atau theme song atau lebih tepat soundtracknya lah. Haaa... kat bawah ni pulak lagu yang ada dimainkan dalam movie ni, SECRETS oleh ONEREPUBLIC.



P/S: Bestnya kalau ada kuasa 'magic' macam filem-filem barat ni. Rasa tak puas hati kat orang je, just cast a spell kat orang tu. Hahahahah... Amboihhh, evilnya cik Sarah nieh.




Friday, July 9, 2010

Link untuk The Last Airbender...

Salam petang semua...

Siapa peminat cerita kartun aksi Avatar: The Last Airbender? Hmm... Dalam bentuk movie dah keluar. Cerita Naruto pulak? Agak-agaknya ada tak produser yang sanggup nak buat ye? Tak kiralah produser dari Jepun atau US sekalipun, janji ceritanya dari siri anime kegemaran ramai itu. Dan bercerita mengenai anime aksi ini, kali ini aku ingin berkongsi link dimana aku muat turun movie ini.



1. http://oron.com/xm7lb9j5ebgt/TLA2010XDCMAGNET.part1.rar.html
2. http://oron.com/h1dnx3fam6xb/TLA2010XDCMAGNET.part2.rar.html
3. http://oron.com/exkui3xhywar/TLA2010XDCMAGNET.part3.rar.html
4. http://oron.com/9qadlc8pvigv/TLA2010XDCMAGNET.part4.rar.html
5. http://oron.com/9yekrkmwnpnn/TLA2010XDCMAGNET.part5.rar.html
6. http://oron.com/j4f6ecxq7j56/TLA2010XDCMAGNET.part6.rar.html



Bagaimana untuk download? Pertama, sila copy setiap satu link yang aku listkan diatas. Kemudian buka new tab, paste kan dan enter. Akan keluar page untuk download, ikut arahan yang diberi. 

Peringatan: Ada waiting time untuk muat turun, jadi kalau kurang kesabaran jangan pula marah cik Sarah ye...




Thursday, July 8, 2010

Movie Review...

Salam pagi semua...

Pagi ni, entri aku simple sahaja kerana aku nak bersiap berangkat sekejap lagi. Apa aku nak cerita? Semua orang sibuk bercerita tentang World Cup, the so called sotong ajaib lah... Tapi aku nak cerita tentang movie yang aku baru lepas tonton malam tadi (malam ke sebab dah jam 2 a.m lebih, huhuhuh...). Aik? Tonton movie apa cik Sarah? Haaa... Aku ni fanatik siri kartun Avatar: The Last Airbender. Jadi, dapat tangkap tak movie apa?



Oohhh... Ini kerja cik Sarah kita ye. Ahahahah... Janganlah gitu. Aku bukan jenis yang ke tempat ramai orang berasak-asak untuk menonton movie. Aku lebih suka menonton in the comfort of my home, salah ke? Aku bukan buat jual pun movie yang aku download tu semua. Ye, ye... Aku tahu salah. Tapi, aku ni dah fanatik nak buat macamana? Sebab iklan movie ni semakin membuat aku tak sabar nak menontonnya dalam visual realiti, bukan dalam bentuk kartun lagi.

Akan tetapi, dalam keghairahan aku menonton movie tersebut, segalanya lenyap begitu sahaja kerana movie itu dari Buku 1, Book One: Water Tribes. Haisss... maknanya ada lagi 3 buku nak kena tunggu. Tiga movie lagi menyusul sebelum akhirnya Avatar dapat bertarung dengan Fire Lord, Ozai.

Haaaiii... Boleh berjanggut nak tunggu sampai habis semua 'buku' nie. Huhuhuh


The Last Airbender casts:
Noah Ringer as Aang
Dev Patel (from Slumdog Millionaire) as Prince Zuko
Nicola Peltz as Katara
Jackson Rathbone (from The O.C) as Sokka


Apa-apa pun, credits to this movie on it's special effects. Suka tengok Katara buat Waterbending, Aang buat Airbending dan Prince Zuko buat Fire Bending.

Have to wait for the next book to come out. Huhuhu...

Tuesday, June 15, 2010

Dari Kaca Mata Aku...

Salam sayang semua.

Dah lama tak update blog. Sibuk sikit akhir-akhir ni, perlu bertugas di Kluang jadi masa tak dapat aku peruntukan untuk menulis. Maaf. Oh ya, sebelum itu, malam tadi (waktu itu jam di dinding menunjukkan masa 2a.m, boleh dikira malamkah itu? Atau sudah pagi?) aku menonton filem The A-Team yang mana telah lama aku muat turun dari web.

Memandangkan hari ini aku bertugas di JB (yang mana aku tidak perlu bergegas keluar seawal pagi, dapat keluar ke pejabat mengikut masa tempatan, heheheh), maka aku ambil keputusan drastik menontonnya malam tadi. Drastik? Memang drastik sebab mata aku ini bila sudah melepasi waktu tidurnya iaitu 2 a.m, maka dengan automatiknya mata aku tidak akan dapat dilelapkan selepas itu. Panjangnya menonton filem ini lebih dari 1 jam, jadi faham-faham sahajalah jam berapa aku selesai menonton.



Ok, apa yang seronok sangat The A-Team 2010 ni? Pertama, 4 watak utama Kolonel Hannibal, Face, Bosco dan watak 'gila' paling best, Murdoc. Oh ya, tidak dilupa tema lagu asal siri The A-Team yang asal. Memang seronok menonton. Eh! Cik Sarah kita suka filem aksi lasak ke? Tak adalah aksi lasak atau ganas gila-gila atau serius mati, aku suka filem yang serius + komedi sikit yang mana ianya tidak menjemukan untuk ditonton. Jadi apabila senario mula menjadi agak-agak tertekan, kita masih mampu tersenyum atau tergelak sedikit.

Gelak tu, gelak jugak. Selesai menonton, aku cuba pejamkan mata tetapi ternyata 'akibat' dari melepasi waktu tidur ini amat menyeksakan apabila mata aku seolah-olah kejang tak dapat ditutup. Haaa... itu la, siapa suruh tengok 'movie' tengah-tengah malam kan? Kan, jawab sendiri. hahahah

Aku toleh kiri, toleh kanan. Mata ni degil tak mahu pejam. Penghawa dingin pun aku dah hidupkan, tetap tak mahu pejam. Minum susu panas? Sudah. Aku dah minum, pun mata aku tak mahu pejam. Akhir sekali, aku padamkan penghawa dingin, padamkan kipas. Senyap sunyi keadaan bilik aku. Yang kedengaran hanya bunyi jam dinding aku. Aku tak pasti jam berapa akhirnya mata aku terlelap, akan tetapi yang nyata pagi ini memang terasa amat berat sekali mata aku nak buka. Padan muka aku, tak ada kerja cari kerja malam-malam. Hehehee...

Eyebag? Jangan cakaplah, memang ada. Mata aku dah lebam macam kena tumbuk, huhuhu...