Monday, October 18, 2010

Are We Out Of Time, Yet?

Salam sayang semua...
Hurmm... Kali ni Sarah nak letak drama Grey's Anatomy yang baru sahaja Sarah tonton sebentar tadi. Sarah tertarik dengan situasi dalam episod ni, yang mana :

1. Kita berkesempatan untuk melakukan sesuatu, tapi tidak dilakukan kerana merasakan diri kita ada masa untuk melakukannya. Faham tak agaknya ayat Sarah ni ekk?

2. Betapa rasa kasih dan sayang itu boleh membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu diluar jangkauan minda kita ini.

Oklah, Sarah cerita kemudian. Sila tonton dulu episod ini untuk faham isi kandungan entri Sarah ini.




Bagaimana rasanya agaknya bila berada di dalam situasi yang sedemikian ye? Berada di dalam bangunan yang setiap hari dimana kita mencari rezeki didalamnya tiba-tiba satu hari menjadi satu-satunya tempat yang paling mengancam nyawa? Pernah tak kita terfikir akan situasi sedemikian? Iye, bukan kita ni doktor pun. Tak perlulah nak bayangkan kerja kita di bidang perubatan pun, cuba bayangkan pejabat kita yang setiap hari perlu keluar masuk melalui security, lantas satu hari ada pulak bekas pekerja yang tidak puas hati dengan pihak pengurusan ingin membalas dendam dengan menembak sesiapa sahaja yang dia nampak di waktu itu. That person seems so harmless until he showed his gun. Secara automatiknya kita mula merasakan masa kita amat terhad kerana apa yang sepatutnya kita lakukan atau ungkapkan pada seseoran, tidak kita lakukan. Menyesalkah kita waktu itu? Entah, Sarah tak pasti.

Mungkin cik Sarah senget terlalu mendalami drama ini, ye... Sarah akui terlalu emosi menonton episod ini. Sarah kasihan pada lelaki yang marahkan Dr Sheppard itu, kerana dia tidak mampu menahan kesedihannya lalu menjadikan orang lain sasaran melepaskan kemarahannya itu. Dan bagi Meredith Grey pula, dia menangguhkan berita dia mengandung kepada suaminya Dr Sheppard. Dan insiden dia perlu melihat suaminya ditembak, erkk... Sarah rasa kalau Sarah dah pengsan agaknya kerana terlalu risau.... Haisss...

Sesungguhnya, kehidupan ini tidak selalunya indah. Warna warni di sepanjang perjalanannya yang membuatkannya cantik untuk dilihat dikemudian hari, di hari tua mungkin? Insyallah.

No comments:

Post a Comment