Tuesday, August 10, 2010

Pergaduhan Adik-Beradik... Perlukah?

Dah beberapa hari Sarah nak buat entri ni, tapi disebabkan kesibukkan yang seperti biasalah (bak kata blogger En Hamka keretamayat: PERASAN SIBUK), maka hajat untuk memasukkan entri ini hanya dapat Sarah lakukan kini. ish ish ish... Maaf yer...



Seorang teman sepejabat Sarah, Kak Suria, bercerita pada Sarah tentang masalah ibunya dan adik-beradiknya. Masalah orang-orang tua ni apa sebenarnya? Hmmm...

Kak Suria: Aku bingung ni Sarah. Ingatkan masalah macam ni hanya ada dalam drama kat tv aje, rupanya dalam real life memang berlaku.

Sarah: Apanya kak? Kenapa?

Kak Suria: Mak akak kat kampung tu, asyik mengadu dia sakit hati dengan kakak dia yang tinggal sebelah rumah dengan dia. Hishh... Pasal tanah tempat diorang tinggal sekarang nilah. Haisss...

Sarah: Pasal tanah? Berebut ke kak? Tak ada wasiat ke tanah mak akak tu?

Kak Suria: Tak ada Sarah. Arwah tok akak dulu cuma cakap mulut aje, bahagian ni siapa punya, bahagia tu siapa punya... (Kak Suria mula menggelengkan kepalanya.)

Aaaa... Pertama kali Sarah dengar keluhan akak ni (eh! Kejap, keluhan ke ni? Atau getusan rasa marahnya yang Sarah tak pasti dia marah siapa sebenarnya). Masalah tanah ye... Dan di waktu itu jugalah serta merta Sarah teringatkan iklan tentang pengurusan hak harta pusaka yang kerap keluar di televisyen sejak akhir-akhir ni. Sarah tak pasti nak beri komen yang macamana sebab perkara ni kita mesti nak tahu cerita asalnya. Lagipun, orang lama manalah faham sangat perkara-perkara sebegitu sebab mungkin pada pandangan mereka:ala, adik-beradik takkanlah nak bergaduh. Ye tak?

Menurut akak ni, ibunya pada asalnya bukan berkisah sangatpun dengan adik beradiknya hal-hal berkaitan dengan tanah atau harta ni. Tetapi memandangkan sejak dia dah buat rumah di atas tanah pusaka keluarga sejak kematian suami, maka bermacam-macam masalah timbul. Ada saja tak puas hati datang dari adik-beradik berkaitan harta, tanah malah pokok buah-buahan sekeliling rumah juga menjadi mangsa mula timbul dan seolah-olah seperti tidak mahu berkongsi sama rata sebagaimana yang kerap diajar oleh setiap ibubapa dalam mendidik anak-anak dirumah diwaktu mereka kecil. Aik..? Sampai begitu sekali? Kedengaran seperti susah nak percaya, tapi memang ada.

Apabila Sarah kenangkan semula, alhamdulillah umi Sarah tinggal dengan Sarah. Tak perlulah dia sibuk-sibuk nak buat rumah kat kampung nun sana, lepas tu bertekak pulak tak ingat keliling dengan adik beradik sendiri. Haisss... Tak dapat Sarah nak bayangkan. Orang tua bertekak ekk? Macam buruk sahaja bunyinya, namun kenyataannya benar sebab adik umi yang bongsu, Pak Su Sarah juga kerap berkelahi dengan adik beradiknya yang lain. Masa tu Sarah masih di sekolah menengah, ishh... Memang buruk rupa orang tua berkelahi. Sekarang ni, wallahualam. Harap-harap berubahlah sikapnya kini.

Apa punca pergaduhan harta di kalangan manusia yang layak digelar manusia yang matang dalam hidup mereka? Tamak? Atau takut tak dapat merasa sedikit harta itu? Sampai manakah mereka dapat bawa harta itu bersama? Bukankah sepatutnya semakin berumur mereka patut lebih risaukan amal ibadah daripada harta duniawi? Ada sesiapa dapat tolong Sarah jelaskan sikit?




P/S: Semoga di hari tua Sarah, janganlah Sarah pulak yang bertelagah dengan adik beradik sendiri sudah. Ngeee... Tak suka gaduh-gaduh ni. Penat.

No comments:

Post a Comment