Wednesday, August 4, 2010

Along... Along Tak Boring Ke...

Sabrina: Along... Along tak 'boring' ke tak ada 'boyfriend' macam ni? Dok kat rumah main-main dengan si Manja tu tak habis-habis.

A-haaa... Satu hari adik perempuan Sarah si Arin dah 'sound' ketika Sarah sedang dok asyik melayan karenah cik Manja kesayangan Sarah. Cemburu ke adik Sarah dengan 'kebahagiaan' Sarah kini? Hahahahahaha... Mulalah Sarah terasa nak gelakkan kuat-kuat pada adik Sarah itu kerana sewaktu dia bertanyakan Sarah soalan tersebut, dia sedang di dalam 'zon perang' dengan boyfriend dia. Haaa... Patut ke tidak Sarah tambahkan sakit hatinya, atau abaikan sahaja?

Huhuhu... Memandangkan itu pelajaran yang amat berharga buat adik Sarah, Sarah diamkan sahaja. Sambung layankan Manja.

Oklah, bercakap tentang boyfriend, teman lelaki, pakwe dan lain-lain nama yang sama waktu dengannya ni, adalah satu perkara yang rumit. Complicated pada kaca mata Sarah. Kerana Sarah pernah jumpa beraneka jenis manusia, dari yang sebaik-baik umat manusia sehingga yang sebaliknya. Semua ada kelebihan masing-masing dan ada kekurangannya. Masalahnya, Sarah lebih senang begini. Senang sebab Sarah punya lebih banyak masa untuk fikirkan keluarga Sarah berbanding jika punya seseorang untuk difikirkan. Hish... Macam pentingkan diri sendiri aje cik Sarah ni kan? Bukan pentingkan diri, pentingkan keluarga Sarah. Sarah kesiankan umi Sarah. Kalau Sarah dah berumahtangga, siapa nak tengok-tengokkan umi kat rumah? Adik Sarah si Arin? Dia masih praktikal, sambil tu siap berpakwe pulak. Faham-faham sahajalah mentaliti orang yang sedang bercinta ni macamana kan? Sarah susah nak percaya bila orang yang baru nak kenal erti cinta ni, nak mintak tolong memang susah sikit.

Adik lelaki Sarah? Ada. Angah, dah berumahtangga, dah ada anak seorang. Payah jugak sebab wife dia berkerjaya. Buatnya umi sakit ke, tak sihat ke, boleh ke dia nak cuti memanjang jaga orang tua? Lagipun Sarah tak harap kalau menantu umi jaga dia pun.

Adik lelaki Sarah yang ke-3, Uda. Orang tengah nak bina kerjaya. Lagi susah Sarah nak percaya. Meskipun adik sendiri. Iya, sepatutnya anak lelaki yang lebih menjaga ibu kan? Mungkin sebab mereka merasakan kakak mereka ini ada untuk melihat keperluan umi ada selalu, maka segalanya diserah bulat-bulat atas bahu kakak mereka ini? Entahlah ye... Mungkin sebab Sarah lebih senang jaga sendiri berbanding mengharapkan orang lain.

Jadi, kesimpulannya? Siapa tak mahu disayangi, malah Sarah akui Sarah pun mahu disayangi.  Menipulah namanya jikalau Sarah katakan tidak, ye tak? Tetapi, haaa... Ada tapinya. Buat masa ini Sarah biarkan dululah, Sarah merasakan umi Sarah lebih penting dari segalanya kini. Memandangkan dia berseorangan setelah arwah abah pergi. Sarah tak sampai hati nak tinggalkan umi. Jadi bagi sesiapa yang ada hantar email ke, sms ke yang Sarah tak reply balik seadanya, maaf ye. Tiada yang lebih utama selain umi. Maaf sekali lagi.

P/S: Ermmm... Tak pasti nak tulis apa. Emo ke entri nie? Huhuhu... Abaikan.

3D

No comments:

Post a Comment