Monday, September 6, 2010

Apa Hebatnya Jika Seorang Bayi MEROKOK???!!!!!



Salam...

Kali ni Sarah ingin menyuarakan pandangan Sarah berkenaan merokok. Aik, cik Sarah... Nak berjinak-jinak dengan rokok pulak ke? Hissshhh... Ada pulak. Sarah nak bagi pandangan Sarah lah, ada pulak... hishhh...

Sebelum tu, mari baca dulu satu berita yang mana Sarah mahu kalian yang rajin berkunjung meninjau posting entri Sarah yang tidak seberapa ini faham apa yang Sarah nak bebel kali ni...


Indonesia's smoking toddler kicks habit
By Agence France-Presse, Updated: 9/2/2010

A two-year-old Indonesian boy who smoked about 40 cigarettes a day has kicked the habit after receiving intensive specialist care, a child welfare official said Thursday.

Ardi Rizal shocked the world when a video of him drawing heavily on cigarettes appeared on the Internet in May and drew attention to Indonesia's failure to regulate the tobacco industry.

"He has quit smoking and the most important thing is he doesn't ask for cigarettes anymore," national commission for child protection secretary-general Arist Merdeka Sirait told AFP.

Six months after his father gave him his first cigarette, the overweight boy was smoking two packs a day and threw violent tantrums if his addiction was not satisfied.

Accompanied by his mother, the boy left his village on Sumatra island in July to undergo treatment in the capital.

"He received psychosocial therapy for one month, during which therapists kept him busy with activities and encouraged him to play with kids of the same age," Sirait said.

"We diverted his addiction from cigarettes to playing."

Ardi's case has highlighted the tobacco industry's aggressive marketing to women and children in developing countries like Indonesia, where regulations are weak and many people do not know that smoking is dangerous.

Sirait said the government had given financial support to Ardi's parents, who were ignorant of smoking's dangers and used cigarettes to keep the toddler happy as they worked long hours at a street market.

"Ardi was very happy when he left Jakarta this morning as he has really missed his father in the village," Sirait said.

Cigarette consumption in the Southeast Asian archipelago of some 240 million people soared 47 percent in the 1990s, according to the World Health Organization.


Baiklah, dah baca dah? Jadi pandangan kalian bagaimana? Sakit hati tak bila baca bayi yang sepatutnya diberi cukup makan minum sahaja, tetapi pakej tersebut termasuk sekali dengan ROKOK??? Meskipun berita terkini ini mengatakan orang tuanya sedang berusaha untuk menghilangkan ketagihan anaknya itu terhadap nikotin, tetapi apa point sebenar mereka mengajarnya merokok in the first place??? Apa ada dalam minda ibubapa bayi ini ye? Anak yang masih bayi 'dijinakkan' dengan rokok seawal itu? Kenapa ye? Tak sabar nak tengok anak tu membesar ke? Itukah sebabnya orang tuanya mengajar anak itu merokok? Astaghfirullahalazimm... Terus terang Sarah katakan, sesungguhnya Sarah teramat marah sekarang apabila mendapat tahu ada orang tua yang mengajar anaknya sendiri untuk merokok. Siap boleh bagi orang ambil gambar, tunjukkan lagi akan 'kehebatan' bayi tersebut merokok berpuluh-puluh batang rokok sehari...!!! Bangga betul yee...!!! Bangga sebab anak tu dah boleh merokok persis seorang dewasa!!! Haisss...

Mungkin kalian akan mengatakan, takpelah...merokok aje tu. Lagi baik dari diorang dera anak sendiri ke, bunuh budak tu ke, atau jualkan anak tu ke... Haaa... Bagi Sarahlah kan, dari ajar anak tu merokok, baik jualkan sahaja dia bagi pada keluarga yang tak ada anak!!! Sekurang-kurangnya, keluarga yang beli bayi tu tahu menghargai budak tu dengan mengajarnya dan menjaganya dengan lebih baik. Ini, ajar merokok??? Dah tak ada perkara lain ke yang boleh diajar selain dari merokok tu??? Bukan menuju ke arah 'mendapatkan tempat VIP' untuk penyakit kronik ke namanya tu??? Bukan cuba nak membunuh ke namanya tu??? Sarah tak boleh nak terima jika katakan mungkin ibubapanya tiada pendidikan, tidak tahu bahaya kesihatan akibat merokok nieh... Serius! Tidakkah mereka berasa 'annoyed' dengan bau asap rokok? Dengan kotor abu rokok waima puntung rokok sekalipun???? Tidakkah mereka???? Sebab bagi Sarah, I REALLY CAN'T STAND PEOPLE WHO ARE SMOKERS! SERIOUSLY, I REALLY CAN'T!!! By the sight of anyone who started to hold a cigarettes, it really pissed me off, just like that in a zap...!!!

Waaaahhh... Marah betul ye cik Sarah kita? Memang marah. Hishh... Entah kenapa bila terbaca kisah berkaitan anak kecik atau bayi yang 'dianiaya' orang dewasa, Sarah rasa marah sangat sebab mereka masih kecil. Belum tahu menjaga diri sendiri, betapa mereka masih memerlukan orang dewasa untuk menjaga dan mengawasi mereka sebaiknya. Tetapi, apabila perkara sebaliknya yang berlaku seperti ini, rasanya kalau Sarah ada kuasa, ingin sahaja Sarah perintahkan supaya penjaga anak itu dilucutkan haknya dari menjadi penjaganya. Letak budak tu di rumah anak yatim atau rumah kebajikan lebih terjamin keselamatan dan kesihatannya.

Ok ok... Sarah dah tak mahu bebel lebih-lebih... Nanti lain pulak jadinya kalau melayankan rasa marah ni. Baik Sarah undurkan diri dulu. Pendek kata, jika elok budi perangai kita, eloklah budi anak itu. Jadi, seelok-eloknya tanamkanlah budi pekerti yang indah dan cantik dalam diri anak-anak tu, supaya kelak di kemudian hari mereka akan menghargai orang tuanya kerana membesarkannya dengan sempurna, tidak semestinya berharta dunia. Sekurang-kurangnya anak itu lah harta bekalannya di atas dunia hingga ke akhirat. Insyallah... (kan dah terselit pulak nasihat entah apa-apa entah...o_O)

Haisss...

P/S: Kan dah emo pagi-pagi nieh... Nasib baik Sarah dah ambil cuti. Nak decorate rumah nanti. Tapi kena update dulu blog senget Sarah nieh...



Saturday, September 4, 2010

Banyak Tugas Hari Ni, Letih...

Salam,

Hari ni Sarah terasa letih yang teramat sangat. Walaupun hari ni kerja Sarah ambil cuti setengah hari, but still banyak benda buat tadi. Fuhhh... Terasa macam sekerat dah badan ni pun ada.

Sarah keluar ofis tadi dalam jam 12.45pm-1.00pm. Bertolak cepat-cepat ke Kluang untuk ambil adik-adik Sarah kat Vokasional, adik-adik Sarah yang kembar tu lah. 10min-15min asyik sms, call tanya dah sampai mana.

The Twins: Along, kat mana dah tu? Lambatnya...

Sarah: Sabarlah, kereta banyak atas jalan ni. Sampai nanti Along call lah. <= jawapan mudah nak faham, right? Akan tetapi adik-adik Sarah tu, memang suka-suka hati dia buat-buat tak faham. Hishh... Tak pergi amik nanti baru padan muka...hahahah 

Dah amik budak-budak tu, melayan pulak pergi cari kasut raya diorang dulu. 

The Twins: Along, kitorang belum ada kasut lagi ni. Jom lah belikan kejap... <= sambil buat muka time nieh... Sabar ajelah Sarah... 

Sarah: Hmmm... <= intonasi konon-konon garanglah ni... 

Part yang letih tu, masuk satu kedai kasut tak berkenan. Masuk kedai lain pulak. Ya Allah... Rasanya nak aje Sarah 'sekeh' kepala sorang-sorang time tu, entah apa yang diorang cari agaknya. Semua tak berkenan. Mengalahkan orang perempuan bershopping. 

Melayankan karenah adik-adik Sarah tu tadi, dekat jam 5.00pm baru selesai. Sampai rumah Sarah lepak gila tadi. Ish ish ish... Nasib belum gila, kalau betul dah gila... Jawabnya Sarah dah merapu lagi dalam blog nieh... huhuhu :P



Wednesday, September 1, 2010

Kad Raya...



Salam sayang pada semua...

Waahhh... pejam celik pejam celik, dah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk bulan Syawal. Dalam bulan Syawal inilah kita dapat berkumpul dengan sanak saudara dekat jauh, yang jarang jumpa segala, tak pernah jumpa pun iya juga... Bertemu menghilang rindu dan memohon maaf dan ampun bagi setiap kelakuan dan perkataan. Dan tiba hari-hari sebelum hari tersebut, bagi yang tidak dapat melarikan diri dari tugasan mereka di ambang hari meriah tersebut, maka sibuklah setiap mereka mencari kad pengganti diri bagi mengungkapkan kata-kata ampun dan maaf kepada ahli keluarga yang tersayang, aaawwhhh... :) (* Sesungguhnya, kata-kata dalam kad lebih indah berbanding ungkapan yang keluar dari mulut kita, serius. Huhuhu ;P )

Sarah ingat lagi waktu sekolah dulu, sibuk mencari kad-kad raya nak bagi pada kawan-kawan. Hahah, walhal kawan-kawan tu semua selalu jumpa kat sekolah. Malahan habis cuti raya pun nanti jumpa juga kat sekolah. Betapa lainnya minda waktu sekolah dulukan? Tiba waktu nak habis bulan ramadan je, mulalah sibuk mencari kad, siap kira budget nak beli berapa keping, kawan-kawan ada berapa ramai, lepas tu siap sanggup bersengkang mata nak siapkan tulis ucapan entah apa-apa kat dalam kad tu (yang pasti setiap satu mesti berbeza dari yang lain, tak boleh sama. Betapa kreatifnya zaman muda-muda dulu, ahaks...).


Betapa berbezanya Sarah mengingati kawan-kawan Sarah dalam menyambut Syawal bakal menjelang. Dulu waktu sekolah, rajin mencari ke kedai-kedai untuk kad raya pelbagai jenis, pelbagai bentuk, pelbagai corak. Semata-mata untuk diberikan kepada kawan-kawan. Sanggup pulak bersengkang mata malam-malam untuk menulis ucapan sekreatif mungkin bagi setiap kad, supaya setiap kad itu ucapannya berbeza antara satu dengan lain. Heheheh... rajinnya waktu budak-budak dulu. Ish ish ish... :P Sekarang ni, bila Sarah lalu kedai-kedai yang ada menjual kad raya, Sarah tengokkan sahaja. Ermm... Nak beli, tapi berfikir "NAK POS BAGI KAT SIAPA? SEMUANYA ONLINE DENGAN SMS JE SEKARANG. SAUDARA MARA PUN NANTI JUMPA, BUKAN TAK JUMPA PUN. CUTI LAMA." Malah, Sarah rasa kalau dah beli nak kena tulis pulak. Ayat pun nak kena elok juga bila nak menulis kad raya tu terutama sekali apabila nak bagi pada saudara jauh. Takkan nak tulis 'cincai-cincai' kan? Masa tu... Hurmm... Sekarang baru terasa masa itu teramatlah mahalnya jika nak buat perkara yang sebegitu. Lainnya rasa zaman muda dengan rasa zaman dewasa nie, eheheh...

Errr... cik Sarah dah mula nak merepek pulak dah. Uhuks, sebelum merepek yang bukan-bukan lagi, baik Sarah stop dulu. Sebelum tu, Sarah nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman-teman Sarah, tak kira dekat, jauh, online, offline, tingkat atas, tingkat bawah ofis, dan semua yang mengenali diri Sarah ni (cewah, ucapan budget macam artis glamer pulak, eheheheh). Maaflah kiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya. Maaf zahir batin. :)

P/S: Raya kali ni, tahun ke-3 tanpa arwah ayah. Rindu arwah. Kalau arwah masih ada, dialah yang paling sibuk buat planning nak beraya kat kampungnya di Kelantan. Al-Fatihah buat Ayah. Rindu Ayah.