Wednesday, September 1, 2010

Kad Raya...



Salam sayang pada semua...

Waahhh... pejam celik pejam celik, dah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk bulan Syawal. Dalam bulan Syawal inilah kita dapat berkumpul dengan sanak saudara dekat jauh, yang jarang jumpa segala, tak pernah jumpa pun iya juga... Bertemu menghilang rindu dan memohon maaf dan ampun bagi setiap kelakuan dan perkataan. Dan tiba hari-hari sebelum hari tersebut, bagi yang tidak dapat melarikan diri dari tugasan mereka di ambang hari meriah tersebut, maka sibuklah setiap mereka mencari kad pengganti diri bagi mengungkapkan kata-kata ampun dan maaf kepada ahli keluarga yang tersayang, aaawwhhh... :) (* Sesungguhnya, kata-kata dalam kad lebih indah berbanding ungkapan yang keluar dari mulut kita, serius. Huhuhu ;P )

Sarah ingat lagi waktu sekolah dulu, sibuk mencari kad-kad raya nak bagi pada kawan-kawan. Hahah, walhal kawan-kawan tu semua selalu jumpa kat sekolah. Malahan habis cuti raya pun nanti jumpa juga kat sekolah. Betapa lainnya minda waktu sekolah dulukan? Tiba waktu nak habis bulan ramadan je, mulalah sibuk mencari kad, siap kira budget nak beli berapa keping, kawan-kawan ada berapa ramai, lepas tu siap sanggup bersengkang mata nak siapkan tulis ucapan entah apa-apa kat dalam kad tu (yang pasti setiap satu mesti berbeza dari yang lain, tak boleh sama. Betapa kreatifnya zaman muda-muda dulu, ahaks...).


Betapa berbezanya Sarah mengingati kawan-kawan Sarah dalam menyambut Syawal bakal menjelang. Dulu waktu sekolah, rajin mencari ke kedai-kedai untuk kad raya pelbagai jenis, pelbagai bentuk, pelbagai corak. Semata-mata untuk diberikan kepada kawan-kawan. Sanggup pulak bersengkang mata malam-malam untuk menulis ucapan sekreatif mungkin bagi setiap kad, supaya setiap kad itu ucapannya berbeza antara satu dengan lain. Heheheh... rajinnya waktu budak-budak dulu. Ish ish ish... :P Sekarang ni, bila Sarah lalu kedai-kedai yang ada menjual kad raya, Sarah tengokkan sahaja. Ermm... Nak beli, tapi berfikir "NAK POS BAGI KAT SIAPA? SEMUANYA ONLINE DENGAN SMS JE SEKARANG. SAUDARA MARA PUN NANTI JUMPA, BUKAN TAK JUMPA PUN. CUTI LAMA." Malah, Sarah rasa kalau dah beli nak kena tulis pulak. Ayat pun nak kena elok juga bila nak menulis kad raya tu terutama sekali apabila nak bagi pada saudara jauh. Takkan nak tulis 'cincai-cincai' kan? Masa tu... Hurmm... Sekarang baru terasa masa itu teramatlah mahalnya jika nak buat perkara yang sebegitu. Lainnya rasa zaman muda dengan rasa zaman dewasa nie, eheheh...

Errr... cik Sarah dah mula nak merepek pulak dah. Uhuks, sebelum merepek yang bukan-bukan lagi, baik Sarah stop dulu. Sebelum tu, Sarah nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman-teman Sarah, tak kira dekat, jauh, online, offline, tingkat atas, tingkat bawah ofis, dan semua yang mengenali diri Sarah ni (cewah, ucapan budget macam artis glamer pulak, eheheheh). Maaflah kiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya. Maaf zahir batin. :)

P/S: Raya kali ni, tahun ke-3 tanpa arwah ayah. Rindu arwah. Kalau arwah masih ada, dialah yang paling sibuk buat planning nak beraya kat kampungnya di Kelantan. Al-Fatihah buat Ayah. Rindu Ayah.




No comments:

Post a Comment