Kesian Sarah tengok seorang ibu yang risaukan anaknya ini.
Haisss...
Sarah tak tahu nak describe macamana ekk...
kisah-kisah DILARIKAN PEMUDA LOMBOK,
tak habis-habis.
Walaupun dah banyak keluar kat media,
masih ada lagi yang 'dilarikan' begini.
Sebenarnya,
apa masalah para gadis-gadis yang menjadi mangsa dilarikan ini ye?
Masalah dengan keluarga di rumah ke?
Sampai boleh 'termakan' oleh kata-kata para pemuda Lombok ini.
Tadi baca kat online Harian Metro,
Sarah naik pelik,
bila terbaca berita macam ni lagi.
Yang dilarikan ni semua bukannya buta huruf pun rasanya,
kan boleh baca kat suratkhabar,
keluar kat berita,
bagaimana payahnya hidup mereka yang pernah terpedaya oleh pemuda Lombok,
hidup SANGAT susah di Lombok.
Tapi,
masih ada yang lari jugak ikut kata hati.
Haisss...
Mereka ni tak sayangkan keluarga mereka ke,
bila mereka mengambil keputusan drastik macam tu?
Dan,
bila dah beranak pinak pula,
macam mana anak-anak tu pulak nanti?
Tak kesian ke kat anak-anak tu nanti bila terpaksa hidup susah di negara orang macam tu???
Dan yang paling penting,
mampukah mereka bersabar hidup tidak 'sesenang' si rumah sendiri?
Bukan senang macam mana pun...
Sekurang-kurangnya,
kat negara kita ni,
ada banyak peluang pekerjaan,
andaikata kelulusan SPM sahaja pun,
masih boleh bekerja,
dapat duit untuk kegunaan sendiri.
Jika dah ke Lombok,
apa kamu nak makan wahai anak gadis yang lari ke sana?
Sedangkan 'boyfriend' kamu pun datang Malaysia nak cari duit lebih,
disamping menadah 'kail' cuba mencari 'hasil' yang boleh dibawa pulang,
dengan penuh bangga.
Adakah kamu berbangga menjadi 'hasil pancingan' tersebut,
wahai anak gadis yang gemar mengikut kata hati ini...?
Betul ke kata hati?
Atau telah 'disihir' a.k.a 'diguna-guna'?
Haisss... Haisss... Haisss...
Aik,
banyak betul mengeluh cik Sarah kita kali ini.
Sedih mengenangkan nasib anak2 gadis yang muda,
mentah,
naif,
sering terpedaya dan termakan kata-kata janji indah terutama oleh pemuda Lombok begitu.
KENAPA YE?
KENAPA???
P/S: Rasa-rasa Sarah macam teremosi sikit entri nieh. Marah ni.
aku tak slahkan jejaka lombok utk ikutkan adat dorg..tpi gadis2 mesia ni pun senang terpengaruh ie tak..the idea of love dah mula merasuk dalam kepaala dorang
ReplyDeletesarah jgn lari ok....duduk diam2 kat umah
ReplyDeletefndrocka: yela...biasanye yg terpengaruh ni belasan thn ke awal 20an...muda dan mudah terikut, naif sgt kan kan kan...?
ReplyDeletepakcik:lari? oh no no no, jogging jer...boleh? hahahah...
is it true? org kata jejaka lombok ni pakai ilmu?..so girls out there..better watch out..takut jadi the next victim je
ReplyDeleteermm.. bila hati dah 'jatuh cinta' maka semuanya akan nampak indah. Gunung yang tinggi akan sanggup didaki,lembah yang dalam akan dituruni.. walau hakikatnya naik 3 tingkatpun dah rasa nak pitam.. bila kat tingkat 3 tengok kat bawahpun dah gayat..
ReplyDeleteAda kata.. mereka mudah terpikat kerna pemuda lombok tu romantis. Percakapanpun sangat lembut? iyake ni?
am: hurmmm...mungkin diorg lebih kpd guna ilmu kot...
ReplyDeletecamar putih: kebykkn yg jadi mangsa ni semua budak lgi, blum kenal pun apa erti cinta bagai ni semua.mungkin sbb tu lebih mudah diorg terperangkap dlm kata2 manis romantis pemuda Lombok sumer tu...