Thursday, March 7, 2013

TIDAK PERNAH TERLINTAS PUN

Salam sayang buat yang masih sudi singgah membaca omelan Sarah yang senget di ruangan bebelan kesayangan Sarah ini. Maaflah, kuantiti semakin berkurangan. Ketiadaan idea untuk menulis meskipun banyak topik yang sering berlegar-legar di kotak fikiran, namun ketiadaan inisiatif diri untuk menekan papan kekunci untuk memulakan ayat pertama membuatkan keadaan tersebut berlarutan. Fuhhh... Panjang betul mukadimah Sarah kali ini kann..? Skema sangat, betul tak? Hehehe... (Sila abaikan, memandangkan emosi sedang bercelaru dan tidak dapat dikenalpasti apakah punca sebenar :P )

Baiklah, kali ini Sarah ingin membebel tentang SESAL. Aik? Lain macam aje bunyi posting cik Sarah kita kali ini? Sedang mengalami rasa yang tersebut kah, cik Sarah ooiiii...? Mungkin ya, mungkin tidak. Terserah minda masing-masing untuk menilai bebelan Sarah ini. Kerana setiap orang punya fikiran masing-masing, jadi jika rasa topik ini membuang masa sahaja, dipersilakan.

" Awak tak menyesal ke berkawan dengan saya? "

Masih lagi Sarah ingat diajukan soalan tersebut oleh seorang teman baik Sarah, yang mana sehingga kini fikiran Sarah ini bingung memikirkan soalannya itu. Yalah, boleh bayangkan tak bagaimana kita begitu ikhlas berkawan dengan sesiapapun tanpa mengira rupa, agama maupun bangsa tiba-tiba diajukan persoalan begitu? Tidak pernah terlintas walau sebesar kuman pun, tetapi tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulutnya. Seolah-olah menunjukkan diri tidak yakin akan diri sendiri? Benarkah? Apa benarkah ada orang yang mempunyai perasaan sedemikian? Setelah bertahun-tahun kenal dan berkawan, kenal hati budi masing-masing bagaimana rupanya masih punya rasa sangsi begitu. Mengapa? Apa yang disorokkan dari pengetahuan? Serius Sarah bingung. Sebab apa? Sebab teman Sarah seorang ini Sarah kenal hitam putih sejarahnya semua, namun itu semua adalah kisah hidup masing-masing. Tidak perlu dinilai dari sejarah, tetapi tingkah laku di samping kita apakah seiring dengan sejarah dahulu atau semakin membaik. Betul tak?

Bohong jika Sarah katakan sepanjang hidup ini tidak pernah punya perasaan sesal itu. Sesal kerana kehidupan yang dijalani tidak seiring dengan harapan tersimpan. Benar, memang pernah ada sekelumit terselit rasa tersebut suatu masa dulu. Namun, perjalanan hidup yang penuh liku mendewasakan kita. Setiap kejadian ada hikmahnya. Jika diratap berterusan, pasti musnah jiwa halus didalam diri. Perlu diasah jiwa dengan mendekatkan diri padaNya, Dia yang maha mengetahui, telah tertulis setiap satu kisah untuk kita. Bergantung pada diri masing-masing untuk memastikan kisah kita setiap satunya menuju ke arah yang lebih baik dari dulu.

Berbalik pada soalan teman Sarah ini, jawapan untuk kamu,
(hanya jika dia ada membaca)

"Tidak. Tetapi adakah soalan itu untuk diri awak sebenarnya?"

Tuesday, January 22, 2013

MY BEST PAL IS BACK IN TOWN, yippiee

Tak pasti apakah perasaan Sarah kini. Sangat gembira kerana petang semalam telah bertemu kembali dengan teman baik sewaktu di tingkatan 4 & 5 di laman FB. Dan bila kami sambung berborak seterusnya di whatsapp, serius Sarah sangat rindu padanya. Terasa seperti berkurun lamanya tidak bertemu dengannya, dan insyallah jika panjang umur Sarah ingin bertemunya dan bergosip seperti dahulu.

#Missed you so much babe, wish you were here like we're used to be. Love you. :)

Monday, January 7, 2013

SPEAK SOFTLY LOVE, lagu tema THE GODFATHER

Watch "The Godfather Theme Song" on YouTube

Salam sayang buat yang masih sudi meluangkan masa singgah membaca bebelan Sarah yang semakin senget mungkin..? Dan sejujurnya, sengetkah Sarah kini? Atau semakin berkurang kesengetannya..? Isk...sila tepuk dada, tanya akal masing-masing ye..huhuhu

Kali ini, Sarah ingin bercerita mengenai 'kegilaan' Sarah pada lagu SPEAK SOFTLY LOVE iaitu lagu untuk tema filem The Godfather. Sesungguhnya sejak 2-3 hari yang lepas, Sarah amat ketagih untuk mendengar melodi dan muzik bagi lagu yang tersebut, entah kenapa pada pemikiran Sarah yang sedikit senget mengatakan bahawa dalam setiap manusia yang keras terdapat taman yang begitu indah dalam jiwa mereka. Kenapa? Tak percaya? Jadi mengapa filem The Godfather ini, watak utamanya Micheal (yang bermula sebagai anak yang tidak mahu menceburkan diri dalam bidang gangsterisma, terpaksa memikul tanggungjawab mengganti tempat ayahnya gara-gara situasi sekelilingnya yang memaksa), digambarkan sebagai seorang yang amat digeruni dek kerana sifat tiada belasnya, namun ternyata sifat romantis dalam jiwanya begitu indah sekali. Itulah yang cuba ditunjukkan oleh penulis cerita ini tentang bagaimana sifat manusia dalam diri amat membingungkan. Dalam kekasaran dan kekerasan, sebenarnya mereka lebih halus dari orang yang lemah lembut.

Eh, betul ke? Dah merepek pula cik Sarah senget kita. Baiklah, perlu mengundur diri dulu sebelum membebel lagi yang bukan-bukan ye...

Sarah.

Thursday, January 3, 2013

POKOK CIKU MAMA

Nampaknya pokok ciku mama yang rendang, begitu banyak buahnya. Tapi sayang, Sarah tak 'pandai' makan buah ciku, huhuhu. Sampaikan ada yang bertanya kenapa tak pandai makan pulak? Haaa... Dalam erti bahasa biasa ialah, Sarah memang tak makan buah yang tersebut. Malah hampir kesemua adik beradik Sarah tak makan buah ciku. Entah kenapa, mungkin sewaktu kecil keluarga Sarah jarang 'menkomersialkan' buah tersebut kepada anak-anak. Makanya, bila dah besar panjang semua, dah jadi seperti orang 'jakun' tak pernah makan buah ciku. Kesian kannn...

#Mama sedekahkan buah ciku yang masak ranum pada jiran tetangga. :)
##Sedap ke buah ciku tersebut?

Saturday, December 29, 2012

FEVER + FLU

Salam sayang semua. Dah lama kamar bebelan Sarah menyepi, dah bersarang blog Sarah ni kan? Hurmm... Walau apapun, this is a come back :) Dengan keadaan kesihatan yang kurang menentu sekarang ini, Sarah akan cuba membebel sepatah dua kata, HAC-CHUMMM...!!!! Maaf, sedang selsema. Sebab tu update ni di pagi buta sebelum subuh, tak boleh tidur.

Wednesday, December 14, 2011

PERJUANGAN



Ianya menyesakkan minda, adakala
ia membuat kita berfikir, setiap butir satunya

Tiada yang benar
tiada yang salah

Ianya satu permainan
perlu ada kemahiran untuk 'menang'

Kau tidak boleh bersuara
kau tidak boleh berfikir

Tiada yang mendengar
tiada yang peduli

Hidup perlu diteruskan
jauhkan diri dari ketakutan
hidup penuh ranjau onak duri
kerana hidup ini satu perjuangan.


Monday, December 12, 2011

Video: LOVE MADE IN HEAVEN


Love Made In Heaven.

One very sad song from a wife to her husband, but too bad he's too busy with 'the other'.

LOVE

love knows no borders..
goes where it pleases..
bends all rules..
has its own plans
conforms to no-one
gives no warning..
will hit one hard..

..and the other just as hard
love...is just magical...

Saturday, December 10, 2011

MAAF: SUDAH TIADA ERTI.

Setiap kali kau ucapkan maaf,
setiap kali itu aku memaafkan.
Namun, adakah ungkapan maafmu itu,
benar-benar tulus ikhlas atau
sekadar mahu menutupi salah tingkahmu
yang kerap kau lakukan

Dan setiap kali ungkapan maaf yang kau ucapkan,
setiap kali itulah aku letih mendengarkannya.
Seolah tiada kesudahan kerana perkara yang sama kerap berulang.

Sayang,
jika kau masih tidak mampu menahan dirimu dari melakukan kesilapan itu,
ku mohon pertimbangkan kehadiran aku dalam hidupmu.
Apakah tiada nilai diriku pada pandanganmu,
sehingga sewenangnya kau melakukan kesilapan yang sama berulang kali?

Untuk kesekian kalinya aku,
aku mohon agar kau memikirkan sedalamnya.
Apakah makna diriku padamu.
Kerana aku tidak mahu ianya berakhir begitu sahaja.

Sekali lagi sayang,
aku teramat letih.


Sunday, December 4, 2011

ALHAMDULILLAH :)

Alhamdulillah...

Salam sayang pada yang masih sudi singgah ke blog ini meskipun telah lama Sarah menghilangkan diri.

Melihatkan kebanyakan posting di wall teman-teman di laman FB bagaimana mereka diuji dengan pelbagai dugaan, terdetik rasa syukur akan nikmat kebahagia yang dikecapi waktu ini. Entah mengapa, setiap kali bila merasakan diri seolah insan paling malang pabila ditimpa dugaan yang benar-benar mencabar kesabaran dan keimanan, sepertinya diri sudah mulai merasa mahu sahaja mengambil langkah mudah: BIARKAN SAHAJA BERLALU KERANA DIRI SUDAH TERLALU LETIH.

Apakah itu langkah yang benar jika diri melakukan demikian? Adakala diri merasakan teramat ‘fragile’ dalam cuba untuk menahan tiang yang menjadi penyokong dalam sebuah bangunan. Namun, itulah kehidupan. Jika kita bermula dengan berada di puncak, pasti ada masanya kita akan turun ke bahagian bawah roda. Dan sesungguhnya setiap dugaanNya itu pasti ada hikmah & rahmatnya. Insyallah. Terpulang pada diri sendiri sama ada mahu terus bersedih dan bermuram durja mengenangkan masalah diri atau banyakkan bertawakkal kepadaNya.

Insyallah.